CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

- H A T I -


Assalamualaikum.
Hati merupakan salah satu anggota badan yang paling penting dalam diri setiap manusia. Ianya merupakan tempat yang diturunkan ilmu pengetahuan dan rahmat dari Allah s.w.t. Kata Saidina Ali RA : " Bekas-bekas (tempat diturunkan ilmu dan rahmat) Allah di dunia ini adalah hati". Para ulama membahagikan hati kepada 4 bahagian iaitu :


Hati  Hidup
  ialah hati yang tenang diselaputi dengan iman dan dipenuhi dengan cahaya.Yakin dan Ikhlas serta dipenuhi dengan cinta kepada Allah SWT. Mencintai apa sahaja yang Allah Cintai serta Redha kepada Allah SWT.





Hati Mati 
ialah hati yang dipenuhi dengan kegelapan dan bersifat ganas, seperti rumah yang ditinggalkan dan didiami oleh syaitan, Dipenuhi dengan  sifat munafiq, kafir dan maksiat. hatinya adalah seperti hati orang kafir.






Hati Sakit
ialah hati yang Imannya sentiasa berubah, kadang-kadang menjadi munafiq dan kadang-kadang berminat kepada Islam, Hatinya sentiasa dibelai dengan nafsu, bergelombang dengan fitnah dan tergoda dengan syaitan, ia adalah hati yang terlalu lemah iman.




Hati Yang Kosong
ialah hati yang apa jua diisi ia tidak membawa apa-apa faedah,tidak mengenal kebaikan dan tidak mengenal kejahatan, apa yang menjadi matlamatnya adalah nafsu semata-mata, inilah hati orang munafiq.





Hati yang bersih dapat menolong kita mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Kita tidak dapat melihat apa yang ada dalam hati seseorang itu, jadi tidak perlu kita menuding siapa yang baik dan siapa yang jahat. Tetapi peribadi yang baik itu sendiri kadang-kadang dapat menggambarkan hati yang baik. Sama - sama kita semak hati dan cuba perbaiki hati kita supaya menjadi lebih baik.

8 pendapat bernas:

semoga kita dikategorikan dalam golongan Hati Hidup..ameen :)

 

Assalamualaikum...

entry dan info yg terbaik..terima kasih ya..penyakit hati pun ada..tapi bagaimana nak atasinya??

 

kunjungan pagi.. salam kenal ea.. dan terima kasih atas blognya. sangat membantu..

 

terima kasih cs >.<
terima kasih mengingati

 

huhu, hati yang rosak lahirnya dari daging yang busuk....hehe, so, segalanya bermula dari pemakanan yg bersih dan halal insyaAllah maknan yg bersih dan halal itu dapat mngatasi penyakit hati =) berserta dgn zikir2...