Assalamualaikum.
Entah berapa lama rasanya blog ini dibiarkan bersawang tanpa sebarang update. Tak update bukan sebab sibuk tapi sebab malas dan idea pun dah tak datang singgah. Akhirnya setelah sekian lama idea bercuti, hari ini dapat juga menaip entri baru.
Berbalik kepada tajuk entri ini, masyarakat kita sekarang memandang mudah kepada isu bercinta sebelum nikah atau lebih dikenali dengan istilah "couple". Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Setiap permasalahan dan persoalan yang timbul pasti ada jawapan terbaik dan boleh diterima akal.
Didalam soal perkhawinan juga Islam tidak menyusahkan umatnya terutama kepada yang ingin berkhawin tetapi masih tidak mempunyai kemampuan untuk menyara sebuah keluarga. Kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung.
Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
- Suami
- Isteri
- Wali
- Saksi
- Aqad (Ijab Qabul)
Cuma bezanya ialah pasangan suami isteri tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti masih menuntut di universiti atau kolej, tidak berkemampuan menyewa rumah atau belum bersedia menanggung kehidupan berumahtangga.
Kesimpulan mengenai nikah khitbah ini ialah bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .
Anda mungkin berminat >> Nikah Khitbah vs Tunang
sumber : iluvislam.com