Assalamualaikum.
Sombong merupakan salah satu sikap negatif yang tidak disukai oleh orang lain. Kadang-kadang kita tidak merasakan diri kita sombong walaupun ramai yang menyatakan kita ini seorang yang sombong. Definisi sombong oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadits: “Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia” (Riwayat Muslim).
Sombong haram hukumnya dan termasuk dosa besar. Ayat diatas telah dengan tegas menjelaskannya.
Ibnu Katsir : ; mengatakan,; “Firman Allah s.w.t., "Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh” maksudnya janganlah kamu menjadi orang yang sombong, keras kepala, lagi berbuat semenamena. Jangan kamu lakukan semua itu yang menyebabkan Allah akan
murka kepadamu” (Tafsir Ibnu Katsir 3/417)
Langkah-langkah untuk mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong yang keterlaluan, sederhana atau ringan.
Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya:
1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.
2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.
3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati katakatanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.
4. Memandang hina pada golongan bawahan.
5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.
7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.
8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.
9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpatumpat.
10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.
11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.
12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.
13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.
Senarai tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila sudah dikenal pasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau mencabut sifat keji ini.

sumber : sini
31 pendapat bernas:
itu salah satu dari tandanya... ^_^
assalam...org2 sombong jer ker leh komen?ok bai...huhuhu
klo ikut experience mmg ramai yg sombong, tp sombong sbb tak kenal...tp OK lagi dari yang slalu suka berlagak...fuh...
abes pon baca 26 point... nice info.. thnx share.. tengah selidik mane2 yg ade kaitan dgn diri... :D
Assalamualaikum...
entry yg terbaik..penuh dgn ilmu dan pengajaran.. jom muhasabah diri kita supaya tidak jd sombong =)
p/s.. ct sombong ke? erk
adam - wassalam...orang tak sombong pun boleh komen...
fariq - tahniah kerana berjaya baca semua...sama2...
ct - waalaikumussalam....jom muhasabah diri....ct tak sombong pun..
hehe..tersentap..kdg2 kita melakukan tnp kita sedar pon...aish...tp ade gak mmg dah lahir 2 muka sombong..tp hati baik...sian die....
adehhh,terkena btg hidung..meresap dalam jiwa...huhu
an - kadang2 kita memang tak sedar...sebab tu kita kena sentiasa muhasabah diri ...
aisya - wah ... meresap ke jiwa..
Byk keburukan bila sombong. Sombong boleh mendatangkan riak dan takbur.
Allah murka, manusia benci. Fuh~
(^___^)
betul tu.... ^_^
:hah
no 12 dgn 14 tu cm ade je :hihi
aku tak sombong la :erk
aku cuma cuma tidak ada keyakinan diri :hihi
boleh rujuk entri terbaru fariq :idea
:hoho :lari
kalo kurang peramah dikire sombong gak ke.??
uih..
semua ciri2 tu ak ada..
:cool
Tak tau la ada ke tak semua ni dalam diri akak..
Akak ni mungkin jenis kurang peramah kot.. Kdg2 malas nak dengar cerita yg remeh-temeh or cerita yg sama berulangkali... Kategori sombong gak ke ni..?
Bila difikir2kan balik, takde apa yg nak disombongkan sebab serba-serbi kekurangan..
alamak..byknya dlm point2 tu yg ada pada diriku..macam mana ni? =(
sikap sombong tak akan membawa kita kemana2...banyak kerugian yg kita dapat darinya
alamak ! tergolong =.="
owg ckp ctp sombong pandangan pertama..
tapi bila kawan.. tak.. hehe
menzalimi orang juga dikira sombong :tulis
nice info cs :bagus
Teringat kisah iblis.. gara2 diatas sebab kesombongannya.. dari penghuni syurga dan ketua para malaikat.. akhirnya dicampak kedunia dan menjadi laknatullah..betapa bahayanya sombong ini.. semoga kita sama2 dapat muhasabah.. entry terbaik cs :five
salin jap.... :tulis
salin jap.... :tulis
erk..kurang mesra pon.?
CS kategori mesra alam, mana p leh jd kawan punye... pernah org kata... mcm dah lama akak kenal CS hehehe
aku tak sombong.. aku pemalu ja.. huhu
kawan fya yg sombong. tapi, fya tak terpengaruh taw :P
mengong je. haha.
byakkan tanda2 mcm mana nak tau ktgeri sombong ni..
tapi kalu asik smbong je..x akan.. kmana ..rugilgi ada la..
Subhanallah.. mmg ramai skang ni yg brsikap sombong.. tmbh2 bodoh sombong.. xtau la bla nk ada perubahan dlm diri tu.. Semoga kedatangn ramadhan ni beri makna or perubahan kpd mereka.. Peringatan buat diri ku jua...
sama2 kita perbaiki diri ....sombong mmg x elok...tapi kdg2 perlu...lebih2 lagi kalau perlu layan apa yg x perlu....
bila sombong kwn lari la..
OWHH ACETU....semoga terhindar dan kalau ade, disucikan hati ini...wahhh! ~
Post a Comment