Kota Mekah adalah tempat di mana letaknya rumah Allah di muka bumi iaitu Kaabah. Ia menjadi tempat umat Islam seluruh dunia beribadat kepada yang Esa. Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air dua ribu tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.
Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”
Tidak lama selepas kota Baitul Muqqadis kembali aman dari pergolakan oleh Dajjal serta Yakjuj dan Makjuj. Kini tersebar pula berita mengatakan tentera Habshi telah datang menyerang untuk meruntuhkan Kaabah. Penduduk kembali gementar setelah mendengarkan berita tersebut.
Lalu Nabi Isa mengerahkan tentera muslimin supaya bersiap sedia untuk menghadapi tentera Habshi yang telah -tnenghampiri ke kawasan Mekah. Apabila terlihat saja tentera Habshi memasuki kawasan kota Mekah, maka tentera muslimin pun mula menyerang. Bergemalah kota Mekah dengan ledakan-ledakan meriam di antara kedua belah pihak. Kerana kekuatan tentera Habshi adalah di luar dugaan, mereka terus mara dengan bantuan sekutu-sekutunya.Diriwayatkan bahawa dalam pertempuran itu tentera muslimin telah berjaya dikalahkan sehingga mereka berundur ke sempadan Baitul Muqqadis.
Dalam suasana kehebatan perang itu, tak kala tentera muslimin berundur hingga ke sempadan Baitul Muqqadis mereka ternampak orang sedang mengusung jenazah yang diiringi oleh orang yang begitu ramai.
Setelah diketahui yang diiringi itu alah jenazah Nabi Isa, tentera muslimin terpinga-pinga seolah-olah tidak percaya akan kewafatan Nabi Isa. Berdukalah umat Islam setelah mendapat berita sedih itu. Suasana dunia Islam mulai muram. Mereka berkabung di atas kewafatan Nabi Isa pemimpin yang dimuliakan.
Apa yang menyedihkan umat Islam ketika itu ialah kewafatan Nabi Isa tidak lama selepas wafatnya Imam Mahadi. Kesedihan terus menusuk jiwa di atas kehilangan kedua pemimpin dan pejuang agama yang disanjung diseluruh dunia. Tahun itu merupakan tahun mendukacitakan. Dalam umat Islam di Baitul Muqqadis sedih dengan wafatnya Nabi Isa, tentera muslimin di Mekah terus memberi tentangan yang hebat terhadap tentera Habshi. Meskipun kedudukan tentera muslimin bertambah meruncing, namun dengan gigih mereka tetap mempertahankan Kaabah walaupun nyawa sendiri terkorban. Demi Kaabah yang suci mereka tidak berganjak walaupun setapak asalkan Kaabah tidak dinodai.
Tentera Habshi yang begitu ramai serta kelengkapan yang kuat, membuatkan pertahanan tentera muslimin roboh satu persatu. Akhirnya semua tentera muslimin kecundang di tangan musuh. Mereka akan berjaya merobohkan Kaabah dan Masjidil Haram serta membuang Hajadratul Aswad ke dalam laut.Maka akan berakhirlah keagongan dan kesucian Kaabah dan Masjidil Haram yang mana menjadi kebanggaan umat Islam sejak dari dahulu dan tinggallah sisa-sisa runtuhan yang memilukan.Kaabah yang hormati, cuma akan tinggal debu-debu runtuhan yang pasti akan mengguriskan perasaan insan.

Sabda Rasullullah, “Kaabah akan dihancurkan oleh orang Habsyah yang bergelar Dzus-Suwaiqatain (orang yang kedua-dua betisnya kecil) dan ia akan merampas segala perhiasannya dan melucutkan kelambunya. Seakan-akan terbayang di hadapan mataku keadaan seorang yang botak, bengkok sedikit sendi-sendinya. Ia memukul-mukul Kaabah itu dengan besi penyeduk dan kapak besar”. Nabi SAW bersabda lagi, “Seolah-olah aku dapat melihat orang-orang yang merobohkan Kaabah itu berkulit hitam, merenggangkan kedua kakinya dan membongkar Kaabah itu batu-batunya satu demi satu”.
(petikan dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)
7 pendapat bernas:
berkaca ak membaca cerita nih..
ya ka bro...haha...
takot...
^_^
ni ke detik kehancuran dunia bila NABI ISA AS dh wafat? sdihnye..mcm ne la dgn kita nti..huhu :(
tak dapat nk byangkan kalau kehancuran tu jadi kt depan mata kita..adakah kita akan jadi salah seorg dr pejuang2 tu?
:sedih ta dapt bayagkan umat islam ditindas nnt, dan Kaabah runtuh,
paling sedih bila dua2 pemimpin Nabi Isa ngn Imam Mahadi wafat...
Post a Comment