Assalamualaikum.
Cicak merupakan sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Apa sebenarnya hukum membunuh cicak ni? Sebenarnya membunuh binatang seperti cicak hukumnya adalah sunat di sisi syarak. Terdapat beberapa hadith sahih yang ingin dikongsikan disini mengenai hukum membunuh binatang seperti cicak. Para ulama seperti Imam Nawawi ada menyatakan dan menjelaskan mengenai perkara ini di dalam kitabnya Riyad as-Salihin.
Perkara ini juga bersandarkan kepada beberapa hadis Rasulullah S.A.W. Di antaranya hadis yang digunapakai dan dijadikan hujjah oleh para ulama ialah:
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Cicak itu meniup (untuk menyemarakkan) api yang membakar Nabi Ibrahim A.S. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Boleh juga merujuk kitab Bidayah wa al-Nihayah karangan Imam Ibnu Khatir yang turut menjelaskan perihal ini.
Abdul Razak menceritakan daripada bapanya bahawa Rasulullah S.A.W. menyuruh membunuh cicak dan baginda menamakannya (cicak) sebagai: Pembuat kerosakan. (Riwayat Muslim).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang membunuh cicak pada pukulan yang pertama, baginya sekian banyak pahala, dan sesiapa yang membunuhnya pada pukulan yang kedua, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari yang pertama, dan jika membunuhnya pada pukulan yang ketiga, baginya sekian banyak pahala yang kurang dari pahala yang kedua. (Riwayat Muslim).
Untuk pengetahuan terdapat lebih kurang 3800 spesis cicak didunia. Jadi spesis yang manakah yang dikatakan sunat untuk dibunuh tak kan nak bunuh semua??
Imam As-Suyuti menyebutkan didalam kitab “al Asbah an Nazhoir” bahawa binatang-binatang itu terbahagi kepada empat :
1. Binatang yang didalamnya terdapat manfaat dan tidak berbahaya maka ia tidak boleh dibunuh.
2. Binatang yang mengandungi bahaya didalamnya dan tidak bermanfaat maka dianjurkan untuk dibunuh seperti : ular dan binatang-binatang yang berbahaya.
3. Binatang yang mengandungi manfaat didalamnya dari satu bahagian namun berbahaya dari bahagian lain seperti : burung helang maka tidak dianjurkan dan tidak pula dimakruhkan untuk membunuhnya.
4. Binatang yang tidak mengandungi manfaat didalamnya dan tidak pula berbahaya, seperti : ulat, serangga sejenis kumbang maka tidaklah diharamkan dan tidak pula dianjurkan untuk membunuhnya. (Al Asbah an Nazoir juz II hal 336)
10 pendapat bernas:
bawu tau. huhu. tau da cicak ni sunat bunuh kan tapi xtau pla sebab nye..
contoh binatang no.1 tuh cam anjing ek.. sebab leh bantu manusia kesan sesuatu sebab deria bau yg mantap..
macy - bagus lah kalu mcm tu.. ^_^
kyo - betul. itu merupakan salah satu dari contohnya.
Assalam...ouwh begitukah...TQ share.sebab tak berapa arif gak bab2 nie...entri nie boleh dijadikan rujukan nnt
waalaikumussalam... sma2...
tk suke cicak,geli..
bunuh je,dapt pahala..:)
sekupang pun geli juga sbb 2 xletak gambar dlm entri ni...
so, spesis mana yg sunat bunuh? hehehe
cicak yang menjadi perosak...
Post a Comment