CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Berbekam?? Apa tu??

Assalamualaikum...
Apa itu bekam? Bekam ialah istilah Melayu yang berarti “Pelepasan Darah”, dipanggil “Cupping” dalam bahasa Inggris. Dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai “al-Hijamah”. Bekam adalah satu proses mengeluarkan darah kotor dari badan bagi tujuan kesihatan. Ianya juga adalah satu rawatan  kesihatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodenkan mengikut kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.

Dalam ilmu perubatan modenm darah kotor adalah "venous blood" yang mengandungi carbon dioksida (co2) dan bahan kumuh yang lain. Dalam pendekatan berbekam Rasulullah S.A.W ianya diistilah kan sebagai "periodic phlebotomy" yang mana darah kotor dikeluarkan secara beransur-ansur. Kontroversi  bekam terjadi di Eropah apabila darah dikeluarkan dengan banyak sekali gus dan boleh mengakibatkan maut. 


Berbekam Cara Rasulullah S.A.W
- Nabi berbekam dibahagian kepala dan antara 2 bahu. 
- Berbekam secara berkala setiap bulan.
- Mengggunakan peralatan yang bersih, untuk mengelakkan jangkitan kuman.
- Dilarang berbekam jika ada masalah darah beku.


Faedah@Kebaikan Berbekam.
- Hereditary haemochromatosis iaitu merupakan sejenis penyakit keturunan dimana zat besi berkumpul dalam organ terutamanya hati boleh dirawat dengan menggunakan kaedah berbekam.

- Membantu melambatkan proses kerosakan hati dalam penyakit chronic hepatitis C yang disebabkan oleh virus hepatitis C itu sendiri.
- Boleh mengurangkan risiko sakit jantung.


sumber : sini

4 pendapat bernas:

nice bro letak link rujukan skali..
hmm, dari dulu lagi tertanya2 ttg hadis sahih yang menerangkan tentang berbekam nih... zaman Nabi dulu pon cara bekam dia sama ngn skang ke ek?

 

tak pasti pasal tu rasanya konsepnya mungkin sama tapi caranya berbeza...

 

tgk org berbekam ni mcm sakit je. pernah nk try buat tp takot =.="

 

rasanya mungkin sakit skit kot..