Assalamualaikum.
Alhamdulillah dapat lagi aku menulis entri pada hari ini setelah beberapa hari menyepi tanpa sebarang entri. Entri ini aku nak berkongsi mengenai sebab khinzir diharamkan didalam Al – Quran.
Allah s.w.t telah berfirman didalam surah Al-Maidah ayat ke 3 yang bermaksud :
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang mati tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Didalam surah Al-Maidah telah dinyatakan dengan jelas mengenai pengharaman memakan daging khinzir@babi. Berikut merupakan beberapa fakta mengapa ianya diharamkan kepada umat Islam.
(1) Kajian Saintis mendapati memakan daging khinzir boleh mendatangkan 70 jenis penyakit kerana terdapatnya cacing yang dibawa oleh daging khinzir. Cacing ini boleh memasuki badan manusia dan membawa jangkitan seperti Trichinella, Spiralis dan Teania Solium.
(2) Menurut Dr Murat Hoffman (salah seorang saintis Jerman) memakan daging khinzir yang dijangkiti cacing bukan sahaja merbahaya tetapi boleh meningkatkan kandungan kolestrol dan melambatkan proses penguraian protein dalam tubuh dan boleh mengakibatkan diserang kanser ususm iritasi kulit, eksim dan rematik.
(3) Saintis menganggap khinzir sebagai mixing vessel atau tempat kuman berkumpul untuk diubah kepada bentuk merbahaya.
(4) Dr Muhammad Abdul Kadir iaitu penulis buku Ijtihad fi al –Quran al – Karim menyatakan bahawa daging khinzir mengandungi benih-benih cacing pita dan cacing trachenea lolipia. Cacing ini akan berpindah kepada menusia yang menghampiri dan memakan daging khinzir serta menyebarkan virus seperti Japanese Vesicular (JE), West Nile Enceiphalitis (WNE), Vesicular Stomatis (VS), kuku dan mulut, serta radang otak dan hati.
Setiap sesuatu yang dianjurkan oleh Islam pasti ada sesuatu yang baik disebaliknya. Kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa mencari yang halal kerana ianya sudah menjadi fardu kepada kita walaupun pada zaman sekarang ini memang untuk mencari yang halal itu semakin sukar.
5 pendapat bernas:
ada hikmahnya x leh mkn khinzir, he3
hmm.. jika di masa depan para saintis berjaya mencipta ubat yang boleh membunuh sumer cacing tuh camne ek??
kyo - kuasa Allah s.w.t lebih hebat dari tu...mesti ada benda lain pulak yang akan datang mengantikannya...
cacing ? oke . itu sangat tidak menyelerakan saya .
yes cacing...bukan mee..
Post a Comment