CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Rekod Gempa Bumi Abad ke - 20

Assalamualaikum. 
Gempa bumi adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas. Ianya sudah menjadi satu perkara yang normal bagi sesetengah penduduk di dunia. Ianya merupakan salah satu bencana alam yang dapat memusnahkan harta benda dan nyawa dalam sekelip mata. 

Terdapat dua jenis gempa bumi iaitu gempa bumi tektonik dan gempa bumi gunung berapi, Gempa bumi teknonik ialah disebabkan oleh perlepasan tenaga yang terhasil daripada geseran batuan di keretakan memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik. Tenaga dihasilkan oleh tekanan antara batuan dikenali sebagai kecacatan tektonik. Kesan ini adalah seperti gelang getah ditarik dan dilepaskan dengan tiba-tiba. Manakala gempa bumi gunung berapi pula berlaku berdekatan dengan gunung berapi tetapi mempunyai cara keretakan memanjang yang sama dengan gempa bumi tektonik. Gempa bumi gunung berapi disebabkan oleh pergerakan magma ke atas dalam gunung berapi, di mana geseran pada batu-batuan menghasilkan gempa bumi. 

Berikut merupakan  rekod gempa bumi yang paling besar sepanjang abad ke-20.

Tarikh Kawasan Kekuatan (skala Richter) Ulasan
11/03/2011 Sendai-Jepun 8.9 Gempa bumi tektonik disertai Tsunami mangakibatkan ratusan ribu penduduk Jepun termasuk Tokyo mengalami rosak teruk dan paling ngeri dalam 140 Tahun.
13/09/2007 Sei-Penuh Jambi 7.7 Gempa bumi tektonik Ratusan Rumah penduduk rusak ringan sampai berat 4 orang tewas.
12/09/2007 Bengkulu 7.9 Gempa bumi tektonik 13 orang tewas dan sempat terjadi tsunami kecil
27/05/2006 Yogyakarta 6.2 Gempa bumi tektonik selama 57 saat yang meragut lebih dari 6500 nyawa.
26/12/2004 Aceh 8.9 Disertai oleh tsunami, ini merupakan gempa bumi yang paling kuat dalam dekad itu.
26/12/2003 Bam (Iran), barat daya Iran 6.5 Menyebabkan lebih 41,000 terbunuh.
21/05/2002 Utara Afghanistan 5.8 Menyebabkan lebih 1,000 orang mati.
26/01/2001 India 7.9 Menyebabkan sekurang-kurangnya 2,500 maut biarpun ada meletakkan angka korban seramai 13,000 orang.
21/09/1999 Taiwan 7.6 Menyebabkan 2,400 maut.
17/081999 Barat Turki 7.4 Meragut 17,000 nyawa.
25/01/1999 Barat Colombia 6.0 Meragut 1,171 nyawa.
30/05/1998 Utara Afghanistan dan Tajikistan 6.9 Menyebabkan seramai 5,000 orang terbunuh.
17/01/1995 Kobe, Jepun 7.2 Meragut 6,000 nyawa.
30/09/1993 Latur, India 6.0 Menyebabkan seramai 1,000 mati.
21/06/1990 Barat laut Iran 7.3 Meragut 50,000 nyawa.
17/12/1988 Barat laut Armenia 6.9 Menyebabkan 25,000 maut.
19/09/1985 Mexico Tengah 8.1 Meragut lebih 9,500 nyawa.
16/09/1978 Timur laut Iran 7.7 Menyebabkan 25,000 maut.
28/07/1976 Tangshan, China 7.8 Menyebabkan 240,000 orang terbunuh.
4/02/1976 Guatemala 7.5 Menyebabkan 22,778 terbunuh.
29/02/1960 Barat daya pesisiran pantai Atlantik di Maghribi 5.7 Menyebabkan kira-kira 12,000 maut dan memusnahkan keseluruhan bandar Agadir.
26/12/1939 Wilayah Erzincan, Turki 7.9 Menyebabkan 33,000 orang maut.
24/01/1939 Chillan, Chile 8.3 Menyebabkan 28,000 maut.
31/05/1935 Quetta, India 7.5 Meragut 50,000 nyawa.
1/09/1923 Yokohama, Jepun 8.3 Meragut sekurang-kurangnya 140,000 nyawa.

“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." 
(Al - Hadid : 22)

sumber dari ms.wikipedia.org


6 pendapat bernas:

syukurla malaysia ni bebas dr gempa bumi o.0

 

betul...tapi tak mustahil sebenarnya..

 

ERM.. GEMPA YANG TERBARU NI GEMPA YANG PALING KUAT SEBENARNYA.. MASYAALLAH..

 

dunia hampir kiamat ! :)