CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Merong Mahawangsa Filem Epik Terbaik!!!

Assalamualaikum.
Setelah hampir beberapa bulan menunggu tayangan cerita epik hikayat Merong Mahawangsa akhirnya semalam dapat juga aku menontonnya. Mulanya rancang nak tengok hari ini tapi oleh sebab semalam ada aku ada banyak waktu lapang jadi aku pun serang panggung berdekatan. Nasib baik masa aku sampai tak ramai sangat orang menonton mungkin sebab tidak balik kerja lagi. 

Pembikinan filem epik Hikayat Merong Mahawangsa dilaporkan menelan belanja kira-kira RM 8 juta, menjadikannya filem Melayu kedua termahal selepas Puteri Gunung Ledang dan selebihnya dalam bahasa Melayu Klasik dan lain-lain. Akan tetapi, pada Mei 2010, ketika proses pascapenerbitan dijalankan, pihak KRU mengesahkan bahawa Hikayat Merong Mahawangsa keluar dalam dua versi, iaitu versi Malaysia yang melebihkan dialog bahasa Melayu, dan versi pasaran antarabangsa yang mengutamakan bahasa Inggeris yang ditayangkan pada tahun 2004. Oleh sebab filem ini ditujukan kepada pasaran antarabangsa, mula-mula dilaporkan bahawa filem ini terdiri daripada 70% bahasa Inggeris

Untuk menjimatkan perbelanjaan, KRU memanfaatkan teknologi CGI untuk menghasilkan kebanyakan latar bersejarah, selain prop dan latar fizikal yang hanya terdiri daripada empat buah kapal, perkampungan Melayu pada abad ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India. Walau bagaimanapun, pengurangan prop fizikal tidak bermakna penggambaran berjalan lancar. Apabila ditanya mengenai pengalamannya, pengarah Yusry Abdul Halim mengimbau, "Kami juga terpaksa mengharungi ribut taufan sehingga set dan kapal kami pecah. Nak kawal lebih 300 orang di set juga bukan mudah. Alhamdulillah, tidak ada sebarang insiden yang serius berlaku. Kesemua mereka memberi komitmen yang bagus. Bagi saya, ia sesuatu benda yang baru dan banyak ilmu serta pengalaman yang saya dapat, Kelebihan saya ialah ada ramai kru di belakang saya yang banyak membantu."

Penggambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa diadakan selama 52 hari, bermula pada 9 Jun 2009 dan berakhir pada 8 Ogos, dengan menyempurnakan 90% penggambarannya di negeri Terengganu, dan selebihnya di negeri lain seperti Pahang dan Kuala Lumpur. Yusry memaklumkan pihak akhbar bahawa skrip filem ditulis berpandukan buku dan sumber Internet serta kajian yang dilakukan kru produksi. "Kita tidak mengambil keseluruhan cerita, sebaliknya hanya bahagian penting yang menguatkan jalan cerita. Ini kerana cerita asalnya banyak mitos dan kita menukarnya menjadi logik dan mudah difahami," katanya. "Sebagai contoh, watak burung garuda dalam cerita asal kita tukar kepada watak lanun, tetapi masih mengekalkan namanya."

Secara keseluruhannya, filem ini merupakan salah satu filem yang wajib ditonton kepada peminat filem epik kerana ianya memang merupakan satu filem epik yang terbaik buatan Malaysia setakat hari ini. Walaupun pemilihan pelakonnya ada beberapa orang yang aku tidak berapa puas hati. Kepada yang belum lagi menonton cerita ini boleh ke panggung berdekatan untuk menyaksikannya. Untuk mengetahui lebih lagi mengenai filem atau sejarah mengenai Hikayat Merong Mahawangsa boleh baca sejarah awal kerajaan Melayu. 
 


p/s: banyak lagi nak update tapi masa menceburi aku...

6 pendapat bernas:

memng filem melayu the best..tahniah KRU production!!

 

mmg best pon ni..tak sia2 pg tengok..rasa nak tgk buat kali ke 2 plak. hehe..

 

huishh kena p tgk nie.. :)

 

rozuan - betul2...tapi banyak menggunakan pelakon luar...

JT - download sudah lepaih ni..haha..

tomato - tak rugi kalu p tengok...

 

oke maaf . tak tau kenapa saya tak berminta dan tak bersungguh-sungguh untuk tengok cerita ni . tapi taktau macamana kalau dah lepas tengok nanti .

 

xpa2...bukan semua orang mempunyai pendapat yang sama...