assalamualaikum...
alhamdulillah diberikan lagi kesempatan untuk mengupdate blog yang ini selepas
beberapa hari ditinggalkan...
walaupun mungkin kebanyakkan yang dah tau bahawa harga minyak dan gula akan dinaikkan mulai hari ini iaitu 16/7/2010 atau bersamaan dengan 4 Sya'ban 1431...
ini merupakan petikan dari laman berita harian...
PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan harga gula diselaras sebanyak 25 sen sekilogram, harga petrol RON95 dan diesel 5 sen seliter dan gas memasak LPG sebanyak 10 sen sekilogram mulai esok.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyatannya sebentar tadi menyebut, harga petrol RON97 pula akan diapungkan secara terkawal.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyatannya sebentar tadi menyebut, harga petrol RON97 pula akan diapungkan secara terkawal.
Kabinet membuat keputusan hari ini bahawa harga bahan api dan gula diselaraskan sebagai sebahagian program rasionalisasi subsidi kerajaan," kata kenyataan itu.
Ini bermakna, harga gula di pasaran mulai tengah malam ini akan dijual RM1.75 sekilogram, gas LPG RM1.85 sekilogram, petrol RON95 menjadi RM1.85 seliter dan diesel RM1.75 seliter.
harga minyak dan harga gula cepat naik....tapi bila masa pula gaji pekerja nak naik??
sekian..assalamualaikum...
4 pendapat bernas:
naik pening..naik migrain semua satu pakej..
jgn cepat menghukum..ade la pro n kontra die kerajaan buat camtu..
DuniakuAbstrak - sabar2...
SyafiqDe'Albuquerque - betul tu..
huhu...
ak nie pon naik minyak...
ehehehehehe
Post a Comment