CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Ini akibat dari menjilat sampul surat

assalamualaikum...alhamdulillah nyawa ini masih dipinjamkan....
kesibukan membuatkan blog ini jarang diupdate...ari ini ada juga kelapangan untuk mengupdate...
ramai diantara kita yang masih lagi menggunakan surat sebagai salah satu cara untuk berhubung...
cara yang paling cepat untuk melekatkan sampul surat adalah dengan menggunakan span basah ...'
kisah menarik mengenai seorang wanita yang tidak menggunakan lidah untuk menggantikan span basah.. 

Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California.Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa. Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak. Tetapi setelah hari berganti hari. Bengakpada lidah wanita tersebut semakin membesar. Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada lidahnya. Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itumenjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu Kesimpulannya terdapat telur lipas padapelekat sampul suratyang dijilatnya. Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulutnya.


Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:

"Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat."

"Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat
untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda
yang
terapung di permukaan "tray" gam tersebut!"

"Sayasudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat
sampul
surat sebaliknya saya menggunakan span basah."

"Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan
tidak
membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.
Saya tidak pernah faham mengapa.

"Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500
kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di
suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang
menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!"


lepas ini harap anda akan menggunakan span basah atau benda lain selain dari lidah anda untuk 
melekatkan sampul surat...sekian...segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang tidak itu dari kelemahan diri ini...assalamualaikum...

4 pendapat bernas:

fulamak bahaya oooo.. lipas euuuuuuuwwww!!

 

memang pun...lebih baik gna email...

 

yek! lorong belakang yg berbau lipas pon dah rasa nk muntah
ni kan plak lipas dalam mulut.. (-__-)"

 

salah satu cara untuk menternak lipas...hehe...