assalamualaikum...a
lhamdulillah diberikan lagi kesempatan olehNya untuk menambah dan berkongsi disini...
idea untuk menulis entri kali ini datang dari air limau nipis yang telah aku minum sebentar tadi...
mulanya sedap...pastu terfikir apa kebaikannya atau khasiat dari limau nipis ini...
jadi apa khasiatnya??? entri kali ini adalah mengenai khasiat limau nipis...
Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau lainnya, berperanan pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh. Jika ingin melakukan pembuangan toksin, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas besar air putih setiap jam berikutnya. Jika tidak tahan dengan rasa masamnya, limau nipis boleh digantikan dengan limau biasa.
Kadang-kadang proses pembuangan toksin diikuti dengan keluarnya gejala seperti kulit kering atau sakit kepala. Gejala ini berjalan seiring dengan keluarnya racun dari tubuh dan keadaan ini adalah wajar. Namun jika tidak yakin, anda mesti mendapatkan nasihat doktor. Selain itu, disarankan agar tidak memakan limau nipis untuk membuang toksin ketika tubuh tidak sihat kerana keadaan ini boleh memburukkan lagi kesihatan anda.
Tingkat daya tahan tubuh . Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di alamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.
Selagi tidak disebabkan oleh jangkitan di tekak atau jangkitan paru yang parah, limau nipis berkesan untuk menghilangkan batuk. Ini kerana beberapa kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti kalsium, pospor, potasium dan besi. Seperti diketahui, besi adalah suatu antioksidan.
Potasium menyeimbangkan tekanan darah menguatkan fungsi jantung. Ada pun pospor memperbaiki metabolisme tubuh. Kombinasi vitamin C dan beberapa mineral tersebut sudah tentu berkesan untuk mengatasi gangguan ringan pada tubuh, seperti masuk angin, yang menyebabkan batuk. Secara tradisional, penggunaan limau nipis sebagai ubat batuk adalah cukup dengan membelah sebiji limau nipis dan dituangkan dengan sedikit kicap di atas hirisan limau tersebut, lalu diperah ke dalam mulut. Penggunaan kicap itu sendiri tidak jelas tujuannya.
Mungkin kicap digunakan untuk mengseimbangkan rasa masam yang sangat kuat dari limau nipis. Kicap dipilih kerana rasa manis yang ditimbulkan juga tidak setajam rasa manis pada gula yang boleh merangsang munculnya batuk. Kombinasi semacam ini umum dijumpai pada ubat-ubat dijual di kedai-kedai ubat Cina.
Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

Batuk
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini baik juga untuk menyembuhkan

Selesema
Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.

Bau ketiak yang tak sedap
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
rupanya memang ada banyak khasiat limau nipis...harapnya entri ini akan dapat memberi sedikit info kepada pembaca...segala yang baik datangNya dari Allah s.w.t dan yang tidak itu dari kelemahan diri sekian..assalamualaikum...
14 pendapat bernas:
info yang menarik...rajin gak mnum air limau msa tgk piala dunia sblm ni..
setiap segala ciptaanNya pasti ada kebaikan...
MM memang pernah bace mengenai khasiat air limau nie, that's why MM always amalkan petua meminum air limau.. tapi you all boleh cuba campur dgn madu pulak, rasanye bukan shj sedap malah berkhasiat
terima kasih untuk info 2..
wahhh..bgus2...info yg menarik kita slalu wat...
klu kat klantan/teregganu..biasa gak nampk hidangan kicap+lada/cabai+perahan limau nipis dicincah bersama ulam...
org tua2 ckp kalo nk hlgkn bau badan..mkn ulam2 yg wangi dan mkn limau nipis..
ermm..ade signifikan nye jgak petua org tua2 ni sbb kan limau ni leh buang toksin..toksin byk dlm bdn tu lah punca bau yg x enak kt badan huhu
banyak rahsia sebenarnya petua orang tua2 ni...
woo. bnyak jugak ekh khasiat dye? slalu tahu uat air limau jeh. hehe. good2.
thanks...hehe..
terima kasih kongsi info ni.
best baca info2 kat sini..
harap dapat memberi info yang menarik seperti ini lagi..
Pokok Manggis Depan Rumah
Try minum la air limau ni mana tau jadi kurus..
Try minum la air limau ni mana tau jadi kurus..
Limau nipis campur air tebu macam di Mekah..sedap sangaat
Slm
Post a Comment