CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Tanda-tanda keluarnya Al-Mahdi

assalamualaikum...
alhamdulillah ada lagi kelapangan untuk diri ini untuk mengupdate blog...
entri kali ini agak ringkas...entri kali ini adalah mengenai kedatangan Imam Mahdi...

Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku.Tanda-tanda keluarnya Al-Mahdi dinyatakan di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani.


 Di antara tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada beberapa perkara:
 1. Pecah Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut Parsi.


2. Gerhana bulan pada awal malan daripada bulan Ramadhan dan gerhana matahari dari awal bulan Ramadhan.


3. Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadhan


4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.


5. Naik bintang yang berekor yang cerah di sebelah timur


6. Zahir api yang besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam


7. Zahir kelam pada langit.


8. Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada 
merah di tepi langit yang biasa.


9. Seruan yang umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan loghat masing-masing bahawa Al-Mahdi telah zahir.


10.  Tenggelam kampung Khrastan di dalam negeri Syam (Syria).


11. Diserukan daripada Iangit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga didengar oleh alhi bumi danipada Timur ke Barat. Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan orang yang terduduk menjadi terdiri di atas kedua kakinya kerana terlalu terkejut.


12. Zahir jemaah dari lelaki atau kuda di dalam bulan Syawal. Kemudian maka kedengaran suara yang menunjuk atas yang bathil. Peperangan dalam bulan Zulhijjah serta ramai sehingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).


13. Zahir banyak gempa bumi.


14. Datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan katanya, “Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.” (Dan seruan kedua) iaitulah seruan syaitan dengan katanya, “Ke tahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari ketuarga Isa.” (Lihat Ad Duratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah)
 Setengah-tengah ulama’ telah menamakan tokoh-tokoh tertentu sebagai Al-Mahdi. Al-Mahdi yang mereka maksudkan ialah pemimpin-pem inipin Islam yang adil selepas Rasulullah SAW. berpandukan hadits Rasulullah SAW,
“Tetaplah kamu dengan sunnahku dan sunnah khulafa Ar-Rasydin Al-Mahdi (yang mendapat petunjuk).”  Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi.

setakat itu sahaja untuk entri kali ini...
segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk datangnya dari kelemahan diri....assalamualaikum...


6 pendapat bernas:

bro, dengar citer Imam Mahdi dah lahir cume tunggu masa jer ntk "menyerang"~ ade komen x?

 

rasanya tidak mustahil sebab dah banyak tanda-tanda kiamat akan berlaku sekarang ni...

 

meremang.. ;'(
harap banyak masa lagi..isk
cite2 nk dakwah..tp dakwahku x berkesan T_T

 

untuk berdakwah kita kena banyak bersabar...usaha lagi...insyaAllah akan berjaya...

 

mohon untuk meninggalkan dunia ini dahulu sebelum keluarnya imam mahsi (-_-)

 

Jikalau kita ada masa tu dan berjuang bersama-sama imam Mahdi apa yang perlu ditakutkan...kerana Allah s.w.t telah menjanjikan syurga buat semua yang syahid...