CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Buat Benda Ni Bila Marah

assalamualaikum...alhamdulillah dapat lagi menaip dalam keadaan sihat...
masih mampu lagi tubuh ini untuk berkongsi disini selepas beberapa hari blog 
ini tidak dihiasi dengan entri baru...


Semua orang mempunyai perasaan marah. Perasaan ini akan hadir dari tekanan dari persekitaran. Di sini terdapat diantara kaedah untuk mengatasi perasaan marah mengikut cara Islam.

1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

kesan negetif dari perasaan marah adalah lebih banyak dari positif...
semoga kita dapat mengurangkan dan mengawal perasaan marah sebelum terlewat..
segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang tidak itu dari kelemahan diri ini...
assalamualaikum...

p/s: teman sebilikku adalah seorang yang panas baran...erm...

8 pendapat bernas:

sempat sound roommate tuh.. ;)

 

huh..kalau fahmie tumbuk aje pape...pintu ker.ape ker.janji puas ati.hehe

Entry terbaru Fahmie:
¶ Lokasi Pergambaran Transformers
¶ Muka Cantik Soalan Bodoh Yang Ditanya
¶ Gambar Itu Haram

 

rasanya ini cara terbaik dan untuk mengelakkan kemusnahan..

 

mmg kena sgt! mmg skrg ni tgh marah grr..grr..
tp kalo marah sllu aku tido je (-_-)

 

uhuhu..info y baek :)