CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Benda yang Perlu dilakukan Sebelum tidur

assalamualaikum...alhamdulillah akhirnya dapat juga update blog ini setelah berhari ditinggalkan...
terima kasih pada yang sudi lagi singgah sini selama blog ini ditinggalkan...
oleh sebab kemudahan internet agak sukar didapati disini, blog ini juga terpaksa dibiarkan bersawang...
entri kali ini ingin berkongsi mengenai salah satu pesanan dari Nabi Muhammad s.a.w  mengenai  perkara yang perlu dilakukan sebelum kita tidur...

SEBELUM Tidur Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)
Rasulullah Saw berpesan kepada Sayidatina Aisyah ra : "Ya (Sayidatina) Aisyah (r.a) jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu:

1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di Akhirat
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

Bertanya Sayidatina Aisyah r.a :
"Ya Rasulullah Saw .... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim , Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3x)

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim , Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad (3x)

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x)

Dan , perbanyakanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaanirrohiim , Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar (3x)
Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.

Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.

Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.
segala yang baik itu dari Allah s.w.t dan yang tidak itu dari kelemahan diri ini...
assalamualaikum...


p/s: entri ke-200...alhamdulillah...


3 pendapat bernas:

ye btol tue smua ini patut diamalkan oleh org islam sbelum kamu smua tdo..insyaallah mendpt gnjrn drNya..aminn

 

kyo - sma2... ^_^

waniey - insyaAllah...