CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

kanak-kanak pun berdengkur

assalamualaikum...semalam baru aku sedar yang aku pun seorang yang berdengkur...oh tidak!!!




DENGKURAN kanak-kanak mungkin kedengaran ‘comel’ atau lucu tetapi tabiat berdengkur di kalangan kanak-kanak boleh menyumbang kepada pelbagai masalah daripada kencing malam kepada kelembapan belajar di dalam bilik darjah.
DENGKURAN kanak-kanak mungkin kedengaran ‘comel’ atau lucu tetapi tabiat berdengkur di kalangan kanak-kanak boleh menyumbang kepada pelbagai masalah daripada kencing malam kepada kelembapan belajar di dalam bilik darjah.

Memang ramai kanak-kanak berdengkur yang membabitkan antara tiga hingga 12 peratus kanak-kanak prasekolah. Walaupun berdengkur, tetapi secara umumnya kebanyakan kanak-kanak ini sihat dan tidak mengalami gejala lain.

Kajian menunjukkan masalah berdengkur membabitkan 11 hingga 12 peratus kanak-kanak di seluruh dunia berumur antara satu hingga sembilan tahun. Kanak-kanak berdengkur sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu dan bunyinya cukup kuat untuk disedari ibu bapa.

Namun dianggarkan dua peratus daripada kanak-kanak yang berdengkur ini mengalami masalah kerap terjaga ketika tidur (apnea tidur); iaitu satu keadaan yang dianggap antara penyumbang penting kepada masalah kelakuan di kalangan kanak-kanak.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada dengkuran anak anda adalah dengkuran biasa atau apnea tidur? Kanak-kanak yang berdengkur dan tidak mengalami apnea tidur sepatutnya sihat, cergas, tidak mengantuk pada siang hari dan mempunyai corak tidur yang normal. Sebaliknya apnea tidur menyebabkan tidur anak anda terganggu — nafasnya terhenti, mendengus atau tercungap ketika tidur. 

Kanak-kanak yang ada masalah ini mungkin mengalami masalah tingkah laku, mengantuk pada siang hari dan sukar menumpukan perhatian di dalam bilik darjah.
Punca

Dengkuran pada kanak-kanak boleh disebabkan tiga perkara iaitu:

  •  Bentuk anatomi — seperti rahang mulut yang kecil atau kanak-kanak berkenaan dilahirkan dengan saluran pernafasan yang kecil.

  •  Otot dan saraf yang mengawal otot pada saluran pernafasan tidak bergerak seiringan ketika tidur dan menyebabkan saluran pernafasan tidak terbuka sepenuhnya.

  •  Tonsil dan adenoid bengkak (punca paling lazim)
    Mengapa ibu bapa perlu risau jika anak mereka berdengkur?

    Dengkuran boleh menjejaskan kualiti tidur anak anda dan lain-lain keadaan yang membabitkan otak dan jantung. Malangnya ada ibu bapa tidak kisah anak mereka berdengkur, malah ‘bangga’ kerana anak mereka ‘seperti orang dewasa kecil yang berdengkur seperti ahli keluarga’.

    Dengkuran pada kanak-kanak bukan perkara lucu. Ia menandakan kanak-kanak berkenaan mempunyai masalah dan dengkuran mereka perlu diperiksa.


    Bagaimana dengkuran pada kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa?

    Prinsip dengkur pada kanak-kanak hampir sama dengan orang dewasa. Dengkuran adalah bunyi pernafasan yang kuat disebabkan getaran udara yang memasuki saluran pernafasan atas. Secara umumnya ia hanya bunyi. Namun ia juga menandakan adanya rintangan pada saluran pernafasan atas yang bermakna rintangan udara untuk melalui saluran ini adalah tinggi.

    Ketika tidur, otot juga berehat sedikit dan ia menyebabkan saluran udara menjadi kecil dan sempit. Namun jumlah udara yang masuk adalah sama, sama ada ketika tidur atau jaga.

    Berdengkur juga boleh menjadi petanda kepada masalah lebih serius seperti apnea tidur atau sindrom rintangan saluran pernafasan atas. Kira-kira tiga peratus kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun mengalami masalah ini yang boleh menyebabkan pelbagai keadaan lain.
    Perbezaan antara apnea tidur dan sindrom rintangan saluran pernafasan atas

    Kanak-kanak yang ada masalah sindrom rintangan saluran pernafasan atas kadangkala terjaga kerana dengkuran terlalu kuat atau dengkuran itu menggunakan banyak tenaga mereka. Namun tahap oksigen dan karbon dioksida dalam darah atau tisu kanak-kanak ini tetap sama seperti orang lain.

    Bagi apnea tidur, saluran pernafasan ini kadangkala ‘runtuh’ sehingga menutup saluran pernafasan dan tidak terbuka. Kanak-kanak biasanya terpaksa ‘berjuang’ untuk bernafas kerana udara tidak masuk.

    Akibatnya paras gas oksigen berkurang dan karbon dioksida meningkat yang menyebabkan kanak-kanak terjaga untuk bernafas. Ada kanak-kanak yang terjaga 500 hingga 600 kali semalam hanya untuk bernafas dan kembali tidur.
    Adakah dengkuran yang kronik pada kanak-kanak berbahaya?

    Pakar kesihatan tidak pasti mengenai perkara ini. Berdengkur bukan perkara normal tetapi ia tidak semestinya memerlukan rawatan. Yang pasti, jika anak anda kerap terjaga malam kerana berdengkur, ia menunjukkan dia mengalami masalah apnea tidur atau sindrom rintangan saluran pernafasan yang perlu dirawat.
    Risiko apnea tidur

    Obesiti adalah faktor risiko paling utama. Jika anda baring dan banyak lemak pada leher, ia menambah tekanan pada tisu yang sudah berehat dan membuatkan saluran pernafasan menjadi lebih kecil.

    Kanak-kanak dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai risiko apnea tidur mempunyai risiko lebih tinggi. Selain itu kanak-kanak Sindrom Down, ada masalah hipotonia (otot lemah) dan mengalami penyakit neuromuskular lebih berisiko tinggi mendapat apnea tidur berbanding kanak-kanak lain.

    Pada kanak-kanak alahan, lapisan dalaman hidung akan membengkak menyebabkan adenoid membesar, menyempitkan saluran udara dan menyukarkan mereka bernafas melalui hidung. Sesetengah kanak-kanak asma mengalami masalah ini. Dua masalah boleh berlaku serentak walaupun mempunyai mekanisma berbeza. Bagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa perokok juga berisiko tinggi untuk berdengkur.
    Kesan berdengkur

    Dengkur boleh mendatangkan kesan jangka pendek yang menyebabkan anak anda berasa letih selepas bangun tidur. Daya tumpuannya terhad, sukar menumpukan perhatian, berasa resah gelisah pada waktu pagi dan kerap mengantuk.

    Mereka juga mungkin kencing di tilam kerana bagi mereka yang lebih penting ialah keinginan untuk tidur. Ada juga kanak-kanak yang bermimpi buruk.

    Oleh kerana tidur mereka terganggu, kanak-kanak ini sukar menumpukan perhatian di dalam bilik darjah seolah-olah seperti kanak-kanak yang alami gangguan tumpuan dan hiperaktif. Contohnya kanak-kanak yang melawan rasa mengantuk akan berkelakuan hiperaktif, mula mengacau orang lain dan akhirnya meragam.

    Keesokan harinya, kanak-kanak ini sukar menumpukan perhatian dan duduk diam di dalam bilik darjah. Jika diberi rawatan, masalah hiperaktif ini akan hilang.

    Apnea tidur juga menjejaskan pelajaran. Jika tidak cukup tidur, otak tidak mendapat cukup oksigen dan anak anda kehilangan sel otaknya. Dalam tempoh pembangunan minda, keupayaan kognitif kanak-kanak ini akan terjejas.

    Dalam kajian beberapa tahun lalu mendapati kanak-kanak yang tidak cukup tidur kurang cemerlang di sekolah. Kajian juga mengesahkan kesan kekurangan tidur ini boleh berlarutan sepanjang hayat kerana IQ kanak-kanak menjadi rendah.

    Selain itu paras oksigen rendah juga boleh memberi kesan kepada sistem saraf dan menyebabkan tekanan pada jantung. Lama kelamaan ia mengubah tekanan darah sehingga membuatkan kanak-kanak mengalami tekanan darah tinggi. Pada orang dewasa, keadaan biasanya lebih serius.

    Kekurangan tidur juga boleh mempengaruhi tabiat makan seseorang. Jika kurang tidur, anda cenderung untuk makan lebih banyak keesokan harinya (terutama makanan mengandungi banyak lemak dan gula).

    Jika penat dan tidak bersenam, anda menjadi lebih gemuk dan menyebabkan masalah apnea tidur lebih serius. Ini akhirnya menjadi perangsang kepada masalah kolesterol tinggi, kencing manis dan risiko sakit jantung pada usia yang lebih muda.
    Rawatan

    Rawatan untuk kanak-kanak berbeza sedikit daripada orang dewasa. Pada orang dewasa, oleh kerana masalah dengkur disebabkan obesiti, rawatan menggunakan mesin CPAP (tekanan saluran udara positif berlarutan) boleh membantu.

    Oleh kerana masalah dengkur kanak-kanak berpunca daripada tonsil dan adenoid yang besar, rawatan terbaik ialah menghantar mereka berjumpa pakar bedah telinga, hidung dan tekak. Kira-kira 85 hingga 90 peratus kes berjaya diselesaikan.

    Bagaimanapun masalah ini boleh berulang semula apabila mereka dewasa. Kanak-kanak yang jalani pembedahan akan dipantau 24 jam di hospital.

    Jika pembedahan tidak berjaya (10 peratus terutama pada kanak-kanak obes), mereka boleh diberi rawatan CPAP atau BIPAP (tekanan positif saluran pernafasan dua paras).



    sumber dari harian metro...semalam baru aku sedar yang aku pun seorang yang berdengkur...oh tidak!!!

    assalamualaikum...

  • Nasihat Hidup Bahagia

    assalamualaikum...

    Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah s.w.t menjadi temannya.

    Baranagsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.

    Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.

    Barangsiapa yang tidak cukup dengan ketiga-tiga hal ini, cukuplah Neraka baginya.

    wassalam....

    RUKUN HATI KETIKA SOLAT

    assalamualaikum...hari ini aku jumpa satu lagi artikel yang menarik kat web ini...

    Dalam solat atau sembahyang itu ada berbagai jenis rukun.
    Ada rukun fe’li atau perbuatan. Ada rukun qauli atau
    lafaz dan bacaan. Ada rukun kalbi atau hati.
    Rukun fe’li termasuklah qiam atau berdiri tegak, rukuk,
    sujud, duduk antara dua sujud dan duduk tahiyyat akhir.
    Rukun qauli pula termasuklah takbiratul ihram, bacaan suruh
    Al Fatihah, bacaan tahiyyat akhir dan salam. Rukun kalbi atau
    hati pula ialah niat.

    Namun demikian, kerja hati di dalam solat tidaklah terhenti
    setakat niat sahaja. Kerja hati dalam solat banyak dan umumnya
    lebih rumit dan lebih berat dari kerja anggota lahir atau
    jawarih dan lidah. Termasuk kerja hati ialah tawadhuk, khusyuk
    dan khuduk walaupun ia tidak termasuk dalam rukun
    solat.

    Tawadhuk ialah merendahkan diri, merendahkan hati atau
    merendahkan “sayap” ke hadrat Allah Taala yang disembah.
    Merasakan diri kecil dan kerdil di hadapan Allah. Merasakan
    diri hamba yang sebenar-benar hamba tanpa ada rasa “tuan”
    di dalam hati. Supaya di dalam solat itu hanya ada dua entiti.
    Satu ialah Tuhan yang disembah, dipuja dan diagungkan.
    Kedua ialah hamba yang hina dina yang menyembah, yang
    memuja dan mengagungkan Tuhan dan bukan tuan, bukan
    raja, bukan sultan, bukan Tun, bukan Tan Sri dan sebagainya.
    Khusyuk ialah rasa-rasa yang timbul di hati semasa solat.

    Orang yang khusyuk di dalam solat ialah orang yang mengalami
    dan merasakan berbagai-bagai rasa hasil dari penghayatan
    dan penjiwaan apa-apa yang dilafaz dan dibacanya.
    Rasa-rasa ini boleh jadi rasa-rasa bertuhan seperti merasakan
    bahawa Allah itu Maha Hebat, Maha Pemurah, Maha Pengampun,
    Maha Berkuasa, Maha Perkasa, Maha Mengetahui dan
    sebagainya ataupun rasa-rasa kehambaan seperti rasa bimbang,
    takut, cemas dan gerun terhadap Allah, bergantung
    harap, rasa cinta, rasa bersalah dan berdosa, rasa hina di sisi
    Allah dan sebagainya.

    Khuduk pula ialah ketaatan dan penyerahan diri secara
    total kepada Allah. Merasakan bahawa dirinya adalah hak
    kepunyaan Allah dan terpulanglah kepada Allah untuk berbuat
    apa sahaja terhadap dirinya. Menyerahkan dirinya kepada
    Allah seperti mana bayi yang baru lahir menyerahkan dirinya
    kepada ibunya. Terpulanglah kepada ibunya sama ada akan
    memandikannya, membedungnya, menyusukannya ataupun
    tidak. Si bayi tidak ada apa-apa daya dan kuasa ke atas dirinya
    sendiri. Ataupun seperti mayat yang menyerahkan dirinya kepada
    pengurus mayat. Terpulanglah kepada pengurus mayat
    itu hendak berbuat apa sahaja kepadanya. Si mayat tidak ada
    daya atau kuasa untuk membantah atau menghalang.
    Rukun seperti rukun fe’li, qauli dan kalbi seperti niat perlu
    dijaga kerana ia bersabit dengan sah atau batalnya solat.
    Namun begitu, kerja dan amalan-amalan hati yang lain di
    dalam solat seperti tawadhuk, khusyuk dan khuduk ini sama
    pentingnya kerana tanpa amalan-amalan hati ini, solat kita
    terputus dari Allah walaupun pada zahirnya solat kita sah.
    Ada hadith yang berbunyi:

    Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati dan amalan-amalan kamu.”

    Solat yang tanpa amalan-amalan hati tidak akan dapat
    mendidik kita, tidak akan dapat membersihkan sifat-sifat
    mazmumah yang bersarang di hati kita, tidak akan dapat
    mengembalikan fitrah kita kepada keadaan asal semulajadinya
    yang suci murni, tidak akan dapat membangunkan insaniah
    kita dan tidak akan dapat mencegah kita dari yang keji dan
    yang mungkar.

    mari sama-sama kita meningkatkan kualiti solat kita...wassalam...

    tips jimat minyak

    assalamualaikum...buat kali pertama aku dengar pasal benda ni...guna ubat gegat untuk jimat minyak...hah biar betul...aku tak pernah plak cuba cara ini...Ok.. sebenarnya ada satu cara istimewa yang diadaptasi daripada penggunaan pil penjimat petrol fuel saver tersebut… Mengikut kajian dan eksperimen oleh sekumpulan engineer syarikat automotive dan benda ni telah pon dibuktikan oleh mereka.. Iaitu kita boleh mengunakan UBAT GEGAT sebagai alternatif kepada penggunaan pil fuel saver. Ubat gegat yang dimaksudkan ialah yang berbentuk pil sebesar ibu jari tangan… yang kebiasaannya kita letak dalam almari atau laci untuk elakkan daripada serangga seperti lipas dan semut. Ubat gegat ini boleh didapati secara mudah dan murah dimana-mana pasar raya dan kedai runcit.. 

    Cara-cara penggunaannya begini yang mesti diikut untuk kesan penjimatan yang optima,

    * Pergi mana-mana stesen minyak untuk mengisi petrol dan pastikan memilih jenis unleaded(tanpa plumbum) sahaja.
    * Sila buat isian sepenuh mungkin tangki minyak kereta anda.. sebabnya kita tidak mahu ada ruang udara dalam tangki minyak… cubaminimumkan atau kalau boleh tidak ada langsung ruang udara..
    * Bila tangki sudah penuh dengan petrol, anda terus memasukkan 2 biji ubat gegat yang berbentuk pil tadi kedalam tangki minyak dan tutup dengan ketat secepat mungkin… tujuannya nak kurangkan tidakbalas dengan gas dalam udara.
    * Ok lepas itu anda boleh pandu macam biasa.. dan pastikan anda telah resetkan meter mileage anda kepada zero untuk anda melihat keajaiban hasilnya nanti. 



    jumpa cara-cara ini kat sini...aku tak pernah cuba cara ini...sekadar nak berkongsi...assalamualaikum...

    cinta

    assalamualaikum...apa yang menariknya tentang cinta???
     kata orang cinta itu buta...ada apa dengan cinta sebenarnya..
    cinta dapat mengubah seseorang menjadi lebih baik dan lebih buruk...
    apa yang aku dapat katakan tentang cinta seperti lirik lagu ini...


    Nyayian :>>In-Team dan Mestica
    Tajuk lagu:>>> kerana cinta

    cinta itu cahaya sanubari
    kurniaan Tuhan fitrah insani
    dan di mana terciptalah cinta
    di situ rindu bermula

    cinta itu tak pernah meminta
    tetapi memberi sepenuh rela
    rasa bahagia biarpun sengsara
    berkorban segala-gala

    semua kerana cinta
    yang pahit manis di rasa
    menghibur nestapa
    merawat duka
    damai di jiwa
    terpadamlah api benci permusuhan
    terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
    yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

    dan jangan kita pula
    kerana bercinta kita pun leka
    dan jangan pula kerana bercinta
    tergadai semua maruah agama

    cinta yang sejati
    hanya cintakan illahi
    cinta ayah bonda
    tulus suci selamanya
    cintakan saudara


    hanya sementara
    serta sesama insan
    suburkan dengan ketakwaan

    sumber dari sini...assalamualaikum....



    istiqamah, istiqarah dan istighfar

    assalamualaikum..
    nak berkongsi sesuatu dari iluvislam.com...harap anda dapat sesuatu darinya...

    Muslim sejati akan sentiasa mengingati Pencipta sekalipun berdepan
    dengan cabaran

    UNTUK berdepan cabaran hidup, kita perlu memiliki pegangan dan amalan
    iaitu istiqamah, istiqarah dan istighfar.

    Istiqamah dapat ditakrifkan sebagai: "kukuh dalam akidah dan konsisten
    dalam beribadah". Pentingnya istiqamah ini dapat dilihat daripada sabda
    Nabi SAW yang bermaksud, dari Abi Sufyan bin Abdullah berkata, " Aku
    telah berkata, 'Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku pesan dalam Islam
    sehingga aku tidak perlu bertanya kepada orang lain selain engkau'. Nabi
    menjawab: "Katakanlah aku telah beriman kepada Allah kemudian
    beristiqamahlah' ." (Hadis Riwayat Muslim).

    Orang yang istiqamah selalu kukuh dalam akidah dan tidak goyang keimanan
    dalam menghadapi hidupnya. Walaupun ia dihadapkan dengan persoalan
    hidup, ibadatnya tidak ikut surut. Ia tetap memperhatikan haram halal
    walaupun sakunya kering atau tebal. Sujud pantang berhenti, sekalipun
    dicaci dipuji. Ia hidup dalam kenikmatan, namun tidak tergoda melakukan
    maksiat.

    Orang seperti ini dipuji Allah SWT melalui firman yang bermaksud:
    "Sesungguhnya orang yang mengatakan: 'Tuhan kami ialah Allah' kemudian
    mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada
    mereka (dengan mengatakan): 'Janganlah kamu rasa takut, dan janganlah
    kamu rasa sedih, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan Allah
    kepadamu'" ( Fusshilat: 30)

    Istiqarah pula dapat didefinisikan sebagai, selalu mohon petunjuk Allah
    SWT dalam setiap langkah dan penuh pertimbangan dalam setiap keputusan.

    Setiap orang mempunyai kebebasan untuk berbicara dan melakukan suatu
    perbuatan. Namun, menurut Islam, tidak ada kebebasan tanpa batas, dan
    batas itu adalah aturan agama. Maka seorang Muslim yang benar, selalu
    berfikir berkali-kali sebelum melakukan tindakan atau mengucapkan sebuah
    ucapan serta ia selalu mohon petunjuk kepada Allah SWT.

    Nabi SAW bersabda, "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat,
    maka berkatalah yang baik atau diamlah. (Hadis Al-Bukhari dan Muslim).
    Orang bijak selalu berkata, berfikirlah hari ini dan berbicaralah esok
    hari.

    Kalau ucapan itu tidak baik apalagi sampai menyakitkan orang lain, maka
    tahanlah, jangan diucapkan, sekalipun menahan ucapan itu terasa sakit.
    Tapi kalau ucapan itu benar dan baik maka katakanlah, jangan ditahan
    sebab lidah kita menjadi lemas untuk meneriakkan kebenaran dan keadilan
    serta menegakkan amal makruf nahi mungkar.

    Mengenai kebebasan ini, malaikat Jibril pernah datang kepada Muhammad
    SAW untuk memberikan rambu-rambu kehidupan. Baginda bersabda yang
    bermaksud, "Jibril datang kepadaku dan berkata: 'Hai Muhammad hiduplah
    sesukamu, tapi sesungguhnya engkau suatu saat akan mati. Cintailah apa
    yang engkau sukai tapi engkau suatu saat pasti berpisah juga dan
    lakukanlah apa yang engkau inginkan, sesungguhnya semua itu ada
    balasannya,' " (Hadis Baihaqi dari Jabir).

    Sabda Nabi SAW ini semakin penting untuk diresapi ketika akhir-akhir ini
    dengan dalih kebebasan. Banyak orang berbicara tanpa logik dan data yang
    benar dan bertindak sesuka hati tanpa mengendahkan etika agama.

    Kita memasyarakatkan istiqarah dalam segala langkah kita, agar kita
    benar-benar bertindak secara benar dan tidak menimbulkan kekecewaan pada
    kemudian hari.

    Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak akan rugi orang yang
    beristiqarah, tidak akan kecewa orang yang bermusyawarah dan tidak akan
    miskin orang yang hidupnya hemat. (Hadis Thabrani dari Anas)

    Istighfar pula dapat diertikan sebagai bermuhasabah diri dan mohon ampun
    kepada Allah SWT. Setiap orang pernah melakukan kesalahan, sama ada
    kesalahan individu atau kesalahan sebagai sebuah bangsa. Setiap
    kesalahan dan dosa itu sebenarnya penyakit yang merosak kehidupan kita,
    ia harus diubati.

    Banyak persoalan besar yang kita hadapi akhir-akhir ini adalah akibat
    kesalahan kita sendiri. Muhasabah diri dan pohonlah keampunan kepada
    Allah SWT. Buatlah pembetulan untuk masa depan yang lebih cerah dengan
    penuh keredaan Allah SWT.

    Dalam persoalan ekonomi, jika rezeki Allah SWT tidak sampai kepada kita
    disebabkan kita malas, maka yang perlu diubati adalah sifat malas itu.
    Kita tidak boleh menjadi umat pemalas. Malas adalah sebahagian musuh
    kita.

    Namun, ada kalanya kehidupan sosial ekonomi sebuah bangsa yang mengalami
    kesulitan. Kesulitan itu disebabkan dosa masa lalu yang bertompok dan
    belum bertaubat darinya. Jika itu penyebabnya, maka satu-satunya ubat
    adalah beristighfar dan bertaubat.

    Firman Allah SWT yang mengisahkan seruan Nabi Hud kepada kaumnya yang
    bermaksud, "Dan (Hud) berkata, hai kaumku, mohonlah ampun kepada tuhanmu
    lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat
    deras atasmu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan
    janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa" (Hud: 52)

    sumber dari sini..terima kasih kerana membaca....assalamualaikum...

    tanah runtuh di taiwan



    assalamualaikum....pagi ini masa tgh belek-belek paper kelmarin ternampak satu berita yang memang mengejutkan...tanah runtuh kat lebuhraya taiwan...ini petikan dari sini.


    GAMBAR menunjukkan tanah runtuh di Lebuh Raya No.3 dekat Keelung di utara Taiwan semalam.TAIPEI – Sejumlah kenderaan tertimbus di bawah timbunan batu dalam satu kejadian tanah runtuh di kawasan seluas 300 meter di Lebuh Raya No.3 di antara Taipei dan Keelung semalam.
    Datuk Bandar Keelung, Tung-jung berkata, kejadian berlaku pada pukul 2.33 petang waktu tempatan apabila lereng sebuah bukit di kilometer 3.1, di hujung utara lebuh raya berkenaan dan ke utara plaza tol Chitu, runtuh dan menyebabkan sebuah jejantas runtuh.
    Beberapa saksi yang kebetulan berada di lokasi kejadian berkata, sekitar dua hingga empat buah kereta dianggarkan tertimbus dalam bencana itu.
    Seorang wanita muncul di lokasi kejadian pada petang semalam dan memberitahu wartawan, dia yakin suaminya tertimbus di bawah tanah runtuh tersebut.
    Timbunan tanah dan batu menghalang perjalanan di lebuh raya selebar 100 meter itu dan melitupi semua enam lorongnya pada jarak sejauh 300 meter.
    Beberapa pegawai berkata, pihak tentera menghantar kira-kira 200 askar bagi membantu kerja menyelamat manakala 36 jentera berat dan 37 trak tiba di lokasi kejadian bagi membuka semula kawasan tertimbus itu.
    Perdana Menteri, Wu Den-yih berkata, kerja-kerja membersihkan tanah runtuh itu dijangka mengambil masa 20 hari jika ia dilakukan berterusan 24 jam sehari.
    Punca kejadian itu masih disiasat ekoran tiada gempa bumi atau hujan berlaku di kawasan tersebut semasa bencana. – Agensi
                                                                          
    memang dasyat lar...mungkin ini peringatan dari Allah s.w.t untuk hambaNya....
    semoga kita sentiasa dekat denganNya,...insyaAllah...wassalam

    salah polis?

    assalamualaikum...



    SHAH ALAM - Seorang remaja lelaki disyaki penyamun mati ditembak selepas kereta dipandu suspek itu didakwa cuba merempuh anggota polis peronda di Jalan 11/2G, Seksyen 11 di sini semalam.Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, dua kereta peronda polis bersama empat anggota dikatakan bertembung dengan kereta jenis Proton Iswara Aeroback dinaiki dua lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Tarian 11/2 di sini.
    "Anggota polis meminta pemandu kereta itu berhenti namun kereta itu dipecut laju menyebabkan polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta tersebut."Kereta itu kemudian terbabas di bahu jalan di Jalan Makyong," kata beliau di sini semalam. Menurut Khalid, seorang daripada lelaki itu dapat keluar dari kereta dan melarikan diri menyebabkan dua anggota polis mengejar lelaki itu. Dua lagi anggota polis yang cuba memeriksa keadaan kereta itu terkejut apabila mendapati kereta tersebut mengundur dan cuba melanggar polis. "Salah seorang anggota polis yang cuba mempertahankan diri telah melepaskan tembakan mengenai pemandunya. "Pemandu kereta itu, Aminulrashid Amzah, 15, mati terkena tembakan," kata beliau. petikan kosmo
    takziah buat keluarga Aminulrashid Amzah...kes ini masih lagi dalam siasatan polis...wassalam

    Aurat

    assalamualaikum...alhamdulillah setelah sekian lama nak tulis pasal aurat...mari mulakan...
    aurat merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajibke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.


    Dalil dari Al-Quran mengenai aurat : "Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)"


    dalil hadis mengenai aurat : Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat." (Hadis Riwayat al-Baihaqi)


    Aurat Lelaki

    Didalam mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah, aurat lelaki ialah diantara pusat dengan lutut, ini termasuk lelaki dan juga perempuan. Ini bermaksud mereka seharusnya menutup alat kemaluan dan bahagian diantara pusat dan lutut setiap masa kecuali atas dasar privasi. Mereka juga wajib memakai pakaian yang longgar dan tidak telus bagi mengelakkan warna kulit dan juga bentuk badan dilihat oleh golongan bukan ajnabi.
    Aurat Wanita
    Aurat wanita sangat komplikated dan berubah mengikut situasi:
    • Dihadapan mahram(saudara lelaki rapat), seseorang wanita itu wajib menutup seluruh badannya kecuali kepala dan tangan. 
    • Dihadapan sesama wanita muslim, aurat perempuan ialah diantara pusat hingga lutut.
    • Aurat dihadapan sesama wanita bukan Islam menjadi perdebatan. Sesetengah ilmuwan menyatakan wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Sementara, sesetengah ilmuwan lain berpendapat aurat perempuan muslim kepada bukan wanita bukan Islam ialah sama ketika mana mereka berada dengan sesama wanita Islam.
    • Aurat dihadapan lelaki yang tiada pertalian tidak kira Islam mahupun bukan Islam adalah menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi terdapat ilmuwan berpendapat, muka adalah aurat.Isu ini berlarutan termasuk yang sudah berlalu dan sedang berlaku, adakah ia hanya keafdalan. 
    • Aurat ketika solat ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.


    12 aurat wanita


    1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

    2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng....

    3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

    4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

    5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

    6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

    7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

    8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

    9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

    Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

    10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

    Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

    11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

    Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

    Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

    12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah


    setakat itu sja untuk kali ini...kalu ada kesempatan lagi boleh lar sambung lagi topik aurat...wassalam...


    ~~dah abis~~

    assalamualaikum...alhamdulillah dapat lagi idea nak wat entry untuk malam ni...haha...
    entry kali ini  nak cerita pasal drama SENJA PERMAI DI ASTRO PRIMA...ada tak sapa2 yang tengok crita ni..


    Sipnosis
    Kisah tiga buah keluarga ini bermula dengan Rahman (lakonan Norman Hakim) yang mengambil keputusan untuk kembali ke tanahair bersama isterinya Shazlina (lakonan Marissa Yasmin) dan anak-anak mereka; Danial (lakonan Aeril Zafrel) dan Yasmine (lakonan Nurul Elfira Loy) selepas lapan tahun mencari rezeki di dalam bidang perbankan di kota New York. Zahirnya keluarga Rahman nampak tenang, namun ada konflik yang membakar. Shazlina yang pernah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki Barat telah meninggalkan parut yang amat dalam di jiwa Rahman. Sejak kembali ke Kuala Lumpur, soal kecurangan Shazlina ditanam sama sekali, namun itulah barahnya. Shazlina sering merasa dipinggirkan, lalu membangkitkan azamnya untuk bekerja semula. Danial dan Jasmine pula sejak awal membangkang untuk kembali ke Kuala Lumpur dan meninggalkan kehidupan yang lebih berwarna di New York. Maka, Senja Permai seolah-olah “neraka” buat mereka. Dalam pada itu, Danial mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik namun tidak direstui Rahman. Tidak lama kemudian, sinar Senja Permai mula terbit buat Danial apabila dia makin meminati Ayeesha, anak kepada jiran mereka Nik Mazlan.  Sayangnya Ayeesha sudah berpunya. Jasmine pula mengalami masalah untuk menyesuaikan diri di tempat baru dari segi bahasa, sekolah dan kawan-kawan sehingga sering menjadi mangsa buli. Dia berasa begitu terasing dan seringkali merancang untuk pulang ke kota New York.
    Sementara itu, seiring namanya yang bermaksud singa, Nik Mazlan (lakonan Hafizuddin Fadzil) adalah seorang ayah yang tegas kepada tiga anaknya, Ayeesha (Ainul Aishah), Adeena (lakonan Lisa Loy) dan Ameena (lakonan Erin Ezzryn) serta suami kepada Khaleeda (lakonan Dian P.Ramlee). Konflik awal buat dirinya ialah dia tidak dihormati oleh seorang pegawai wanitanya, Laila, sekaligus mencabar egonya. Dia enggan mengakui kelemahan, namun hari demi hari, Nik Mazlan mula merasai keserasian dengan Laila yang membuatkan isterinya, Khaleeda rasa terpinggir. Lantas Khaleeda mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran yang akhirnya merungkai rahsia besar Nik Mazlan. Ayeesha pula menjalinkan hubungan dengan lelaki berumur dan ini amat tidak disenangi Nik Mazlan dan Khaleeda. Adeena, anak kedua mereka yang berjiwa romantik, telah jatuh cinta pandang pertama pada Danial. Berusaha keras untuk mencurahkan rasa cinta pada Danial, namun cintanya bukan sahaja tidak dibalas malah Adeena merasakan diri dikhianati apabila Danial menjalinkan hubungan dengan orang yang rapat dengannya. Manakala, Ameena, anak yang paling dimanjai keliru antara persahabatan dan percintaan.
    Kisah di Senja Permai ini tidak lengkap tanpa watak Hairi (lakonan Faizal Hussien) seorang ahli perniagaan berjaya yang kelihatan baik hati, alim dan pemurah. Namun hakikatnya, Hairi adalah seorang yang licik memperdaya ramai orang melalui skim cepat kayanya. Sikap baik hati dan pemurah hanyalah topeng kepada kejahatannya. Hairi laparkan penghormatan, kekayaan dan nama. Baginya status adalah segala-galanya. Namun, kasihnya terhadap isteri tercinta, Mimi (Zarina Zainuddin) amat tulen. Mimi umpama permata Hairi. Mimi, berusia lewat 20-an, juga dahagakan status. Mimi sanggup melakukan apa saja untuk menyertai golongan elit dan ternama. Walaupun beberapa kali dipinggirkan dan menjadi bahan jenaka, Mimi tetap berusaha. Hairi dan Mimi belum dikurniakan anak, namun itu tidak pernah menjadi konflik perhubungan mereka.
    Pelbagai kisah yang berlegar di sekitar keluarga Nik Mazlan, Rahman dan Hairi akan dirungkai secara teliti dalam setiap episod yang pasti akan membuat penonton terpaku untuk menyaksikan kesudahan setiap konflik yang berlaku.


    tapi drama ini episode akhir minggu lepas...overall best gak crita ni...pada yang nak tengok bolehlah singgah lar youtube...setakat itu saja untuk kali ini...wassalam...

    web paling diminati di malaysia

    assalamualaikum..
    alhamdulillah diberikan peluang lagi untuk berblog lgi...
    dalam duk diam tiba-tiba terpikir nak wat entri ini..dengan hasil usaha dan bantuan dari mr google alhamdulillah dapat jugak bahan untuk entri...tau tak antara berjuta-juta website dalam dunia ni apa website yang paling diminati orang kat malaysia ni...jeng2...bagi suspens sikit...
    yang pasti mungkin website yang dimaksudkan bukan website ni...
    website paling popular adalah facebook...boleh dikatakan kebanyakan rakyat malaysia ada akaun facebook....
    mungkin ini adalah faktor website ini paling diminati...
    dibawah ini  senarai 20 website paling diminati dimalaysia...

    1- facebook - perdana menteri pun ada...
    2- google.com.my - macam2  ada...link malaysia
    3- yahoo.com - email dan lain2...
    4- google.com - mcm2 ada gak...universal link kot...
    5- youtube.com - video lagu, trailer movie dll
    6- blogger.com - website untuk apa??? saja wat tak tau...
    7- live.com - search engine by microsoft
    8- wikipedia.org - sebuah ensiklopedia bebas yang boleh disunting oleh sesiapa jua. -haha...
    9-  msn,.com - fungsi lebih kurang cam yahoo
    10- maybank2u.com.my - internet banking...
    11- mudah.my - untuk cari barang 2nd hand dan baru...best gak...
    12- wordpress.com - free blog cam blogger.com gak...
    13- thestar.com.my - online newspaper....
    14- myspace.com  -  social webpage mcm facebook...
    15- malaysiakini.com - berita terkini negara malaysia...
    16- twitter.com - social network page
    17- lowyat.net - web membincangkan pasal teknologi yang berbentuk forum...
    18- mediafire.com - website digunakan untuk share file...
    19- tagged.com - social networking macam myspace dan facebook...
    20 - cari.com.my - mcam2 ada dalam website ini...kalu rajin2 singgah lar..haha...1st time singgah masa nak post entri ni...haha...

    kalu nak lagi masuk  sini...setakat itu saja untuk entri kali ini...wassalam...