CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Aurat : Peka Atau Tidak ?


Assalamualaikum.
Aurat merupakan salah satu topik sangat kerap dibicarakan. Jadi tidak perlu lagi menerangkan apa yang dimaksudkan dengan aurat. Kaum hawa sentiasa menjadi mangsa kepada topik ini, sedar atau tidak sebenarnya kaum adam juga tidak boleh lari daripada topik ini. Disini merupakan antara bahagian yang tidak begitu diberi perhatian oleh kaum adam dan hawa.

 







Seperti gambar diatas ini, kaum adam sering sekali memandang ringan mengenai aurat semasa bersukan. Kita juga boleh melihat ramai kaum adam sekarang yang tidak menutup bahagian lutut semasa berada diluar dan menjadi trend sekarang untuk memakai seluar pendek. Kalau ya pun ingin mengikut trend, ianya juga perlu berlandaskan garis panduan dalam Islam.








Manakala kaum hawa pula sering memandang ringan aurat bahagian lengan mereka, iaitu dengan sering memakai t-shirt yang berlengan pendek. Tidak dinafikan banyak syarikat yang mencipta pakaian seragam kerja yang berlengan pendek tetapi kita sebagai seorang muslim hendaklah mencari alternatif lain. Contohnya dengan memakai inner yang berlengan panjang. 

Islam itu mudah jika kita memahaminya. 



Blogger Boy - Kisah Blogger Si Pelukis Komik

Assalamualaikum.
Blogger boy ialah sebuah siri drama terbitan Red Communications untuk saluran 8TV yang mengisahkan seorang guru tuisyen yang menyamar identitinya sebagai seorang pelukis komik yang melukis kehidupannya dalam blognya. Siri drama ini telah ditayangkan pada bulan Mei 2009 hingga April 2010. 





Blogger Boy mengisahkan kehidupan pahit manis seorang jejaka bernama Budi (Qi). Budi, masih mencari-cari erti sebenar kehidupan di bandar Kuala Lumpur. 

Pada waktu yang sama, Budi juga mempunyai identiti rahsia di sebuah laman blog miliknya yang diberi nama Budak KL. Setelah lebih sebulan menganggur, Budi akhirnya berjaya mendapatkan pekerjaan tetap di sebuah pusat tuisyen.

Budi yang sentiasa didesak oleh ibunya untuk berkahwin, telah mengambil keputusan untuk melamar teman wanitanya, Zehan. Namun Zehan terlebih dahulu memberikan kejutan apabila mengeluarkan kad jemputan perkahwinannya dengan lelaki lain sebelum Budi sempat melamarnya.



 

Budi yang hampa dan sedih menghabiskan hari-harinya berkurung di dalam bilik. Kid (Nas-T) teman serumah Budi menasihatinya untuk bersemuka dengan Zehan untuk membuktikan bahawa hidupnya sempurna tanpa Zehan di sisinya. 

Budi yang bersetuju dengan idea gila Kid kemudiannya bertemu dengan Zehan, namun hatinya begitu sakit melihat Zehan sedang mencuba baju pengantin. Budi bergegas keluar kerana tidak mahu bertemu dengan tunang Zehan.  





 

Walaupun begitu dalam keadaan tergesa-gesa,  Budi terserempak dengan teman sekolah lamanya Nina, seorang jurugambar. Kekecewaannya diluahkan dalam blog. Tidak lama kemudiaan laman blog Budi mula menjadi ikutan ramai.  Pelayar berdebat tentang karakter dan jalan cerita si Budak KL itu. Blogger boy merupakan idea kreatif Lina Tan, Rafidah Abdullah dan Bernard Chauly. Merekalah penerbit, penulis dan pengarahnya.






Siri drama ini tidak lagi disiarkan di saluran 8TV.  Sebenarnya siri drama ini merupakan penyebab cs berminat menjadi seorang blogger. Tidak sangka minat yang disangka hanya akan bertahan dalam masa yang singkat menjadi satu hobi yang berterusan. Pada yang berminat untuk menonton siri ini boleh memuat turun untuk musim 1 dan musim 2


Aku Maafkan Kamu - Malique & Jamal Abdillah


Assalamualaikum.
Lagu ini merupakan hasil karya terbaru Malique selepas lagu "Perang Dah Tamat yang dinyanyikan oleh Rabbani dan Malique. Setiap lagu mempunyai lirik dan setiap lirik mempunyai maksud tersendiri. Ada yang mudah dirungkai dan ada yang hanya penulis lirik saja tahu apa maksudnya. 



 Sambil dengan lagu mari hayati liriknya. 

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
 
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
 
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan

Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan

Jangan ahli sihir seru nama maharaja

Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)

Ada teratak di hujung kampung

(Ba)

Bawah cermin kopak ada kotak

(Ta)

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak


Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan



Lagu ini dijadikan salah satu isi blog ini kerana ianya mempunyai banyak maksud yang mendalam dan lagu yang menarik. Walaupun lagu ini boleh dikatakan sudah lama keudara di corong-corong radio tetapi ianya masih lagi sedap didengar.

Muat Turun : sini

Kawal Kemarahan Cara Islam

Assalamualaikum.  
Setiap yang bergelar manusia pasti pernah marah dan mempunyai perasaan marah. Berapa ramai yang dapat mengawalnya dengan cara yang betul. Pastinya ramai yang lebih suka melepaskan perasaan marah daripada menahannya. Di sini terdapat diantara kaedah untuk mengawal perasaan marah mengikut cara Islam.




1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.


6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.




Sabda Rasulullah s.a.w dalam satu yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari bermaksud :

"Jangan kami memutuskan silaturahim dan jangan kamu bergaduh dan jangan kamu berhasad dengki dan jadilah hamba Allah s.w.t yang bersaudara."

Kesan negatif dari perasaan marah adalah lebih banyak dari positif. Semoga kita dapat mengurangkan dan mengawal perasaan marah sebelum terlewat. 

Maulidur Rasul Dalam Bahasa Lain

Assalamualaikum.
Maulidur Rasul  adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T.  Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Terdapat banyak nama yang disebut untuk mengambarkan hari bersejarah ini. Disini ada cs nak kongsikan gelaran yang digunakan dalam beberapa bahasa. Antaranya ialah : 
 
Nama
Bahasa
Maksud
Mawlid an-Nabī
Arab
"Kelahiran Nabi"
Milād an-Nabī
Arab dan Urdu
"Kelahiran Nabi"
Mevlid-i Şerif
Turki
"Kelahiran yang dirahmati"
Mevlud/Mevlid
bahasa Bosnia
"Kelahiran"
Mawlūd-e Sharīf
Urdu dan Dari
"Kelahiran yang dirahmati
Zadruz-e Payambar-e Akram
Parsi
"Kelahiran yang agung/yang dirahmati"
Eid al-Mawlid an-Nabawī
Arab
"Pesta kelahiran Nabi"
Eid-e-Milād-un-Nabī
Urdu
"Pesta kelahiran Nabi"
Mawlid en-Nabaoui Echarif
Arab Algeria
"Kelahiran Nabi yang dirahmati"
el Mūled (en-Nabawi)
/Mūled en-Nabi
Arab Mesir
"Kelahiran (Nabi)/Kelahiran Nabi"
Yawm an-Nabī
Arab
"Hari Nabi"
Maulidur-Rasūl
Melayu
"Kelahiran pesuruh Allah"
Mulud
Jawa
"Kelahiran"
Maulid Nabi
Indonesia
"Kelahiran Nabi"
Maulud Nabi
Malaysia
"Kelahiran Nabi"
Meeladu Nabi
Sri Lanka, India Selatan dan Maldives
 "Kelahiran Nabi"


Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan. 

Selain itu, kita juga sering sahaja diajak untuk berselawat sempena menyambut maulidur rasul. Jadikan selawat kepada Rasulullah itu amalan seharian bukan sahaja sempena menyambut Maulidur Rasul.

Dari Ka’ab B. ‘Ujrah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
Wahai Rasulullah, kami telah tahu bagaimana mengucapkan salam ke atas engkau, tetapi bagaimana pula untuk kami berselawat ke atas engkau?

Rasulullah pun menjelaskan – Katakanlah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
 
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkahilah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat an-Nasaa’i, Sunan an-Nasaa’i, 5/63, no. 1272. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan an-Nasaa’i, no. 1289.

sumber ; 1

Tutup Aib Saudara Islam

Assalamualaikum. 
Aib menurut kamus dewan ialah hina atau malu oleh sebab sesuatu perbuatan yg tidak sopan. Pastinya setiap diantara kita mempunyai aib dan tidak ingin ianya terbongkar. Ianya merupakan salah satu perkara yang berkaitan dengan maruah. Di dalam Islam terdapat larangan membuka aib saudara Islam. 


Nilai menutup keaiban seorang itu amat dihargai disisi Allah s.w.t dan menzahirkan keaiban seseorang itu dikira sesuatu amalan yang buruk kerana keharmonian rakyat akan terjejas dan keluarga akan berpecah belah. 







Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksud :

"Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim Allah s.w.t akan menutup keaibannya di hari kiamat". Hadis Riwayat Muslim. 







Hadis ini merupakan salah satu hadis yang memberi secukupnya didikan yang paling penting bagi umat Islam. Menutup aib dan rahsia seorang muslim merupakan sesuatu pertolongan yang demi menjaga maruahnya didepan khalayak dalam semua masyarakat muslim mahupun bukan muslim. 

 

Membongkarkan keaiban orang lain merupakan satu sifat keji dan hati yang busuk yang tidak mahu mendapat rahmat Allah s.w.t bukan sahaja didunia bahkan dihari kiamat dimana rahsia-rahsia manusia akan dibongkarkan atau tetap dirahsiakan bagi orang yang tidak membongkarkan rahsia orang lain. 


  
sumber : Buku Permata hadis 40 : Pedoman Hidup Muslim : Ustaz Abu Ahmad dan Abdul Rashed Ebrahim.