CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Ketika Hancurnya Kaabah

Asssalamualaikum.
Kota Mekah adalah tempat di mana letaknya rumah Allah di muka bumi iaitu Kaabah. Ia menjadi tempat umat Islam seluruh dunia beribadat kepada yang Esa. Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air dua ribu tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.

Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”

Tidak lama selepas kota Baitul Muqqadis kembali aman dari pergolakan oleh Dajjal serta Yakjuj dan Makjuj.  Kini tersebar pula berita mengatakan tentera Habshi telah datang menyerang untuk meruntuhkan Kaabah.  Penduduk kembali gementar setelah mendengarkan berita tersebut.

Lalu Nabi Isa mengerahkan tentera muslimin supaya bersiap sedia untuk menghadapi tentera Habshi yang telah -tnenghampiri ke kawasan Mekah.  Apabila terlihat saja tentera Habshi memasuki kawasan kota Mekah, maka tentera muslimin pun mula menyerang.  Bergemalah kota Mekah dengan ledakan-ledakan meriam di antara kedua belah pihak.  Kerana kekuatan tentera Habshi adalah di luar dugaan, mereka terus mara dengan bantuan sekutu-sekutunya.Diriwayatkan bahawa dalam pertempuran itu tentera muslimin telah berjaya dikalahkan sehingga mereka berundur ke sempadan Baitul Muqqadis.

Dalam suasana kehebatan perang itu, tak kala tentera muslimin berundur hingga ke sempadan Baitul Muqqadis mereka ternampak orang sedang mengusung jenazah yang diiringi oleh orang yang begitu ramai.

Setelah diketahui yang diiringi itu alah jenazah Nabi Isa, tentera muslimin terpinga-pinga seolah-olah tidak percaya akan kewafatan Nabi Isa.  Berdukalah umat Islam setelah mendapat berita sedih itu.  Suasana dunia Islam mulai muram.  Mereka berkabung di atas kewafatan Nabi Isa pemimpin yang dimuliakan.

Apa yang menyedihkan umat Islam ketika itu ialah kewafatan Nabi Isa tidak lama selepas wafatnya Imam Mahadi. Kesedihan terus menusuk jiwa di atas kehilangan kedua pemimpin dan pejuang agama yang disanjung diseluruh dunia.  Tahun itu merupakan tahun mendukacitakan.  Dalam umat Islam di Baitul Muqqadis sedih dengan wafatnya Nabi Isa, tentera muslimin di Mekah terus memberi tentangan yang hebat terhadap tentera Habshi.  Meskipun kedudukan tentera muslimin bertambah meruncing, namun dengan gigih mereka tetap mempertahankan Kaabah walaupun nyawa sendiri terkorban.  Demi Kaabah yang suci mereka tidak berganjak walaupun setapak asalkan Kaabah tidak dinodai.

Tentera Habshi yang begitu ramai serta kelengkapan yang kuat, membuatkan pertahanan tentera muslimin roboh satu persatu.  Akhirnya semua tentera muslimin kecundang di tangan musuh.  Mereka akan berjaya merobohkan Kaabah dan Masjidil Haram serta membuang Hajadratul Aswad ke dalam laut.Maka akan berakhirlah keagongan dan kesucian Kaabah dan Masjidil Haram yang mana menjadi kebanggaan umat Islam sejak dari dahulu dan tinggallah sisa-sisa runtuhan yang memilukan.Kaabah yang hormati, cuma akan tinggal debu-debu runtuhan yang pasti akan mengguriskan perasaan insan.

Sabda Rasullullah, “Kaabah akan dihancurkan oleh orang Habsyah yang bergelar Dzus-Suwaiqatain (orang yang kedua-dua betisnya kecil) dan ia akan merampas segala perhiasannya dan melucutkan kelambunya. Seakan-akan terbayang di hadapan mataku keadaan seorang yang botak, bengkok sedikit sendi-sendinya. Ia memukul-mukul Kaabah itu dengan besi penyeduk dan kapak besar”. Nabi SAW bersabda lagi, “Seolah-olah aku dapat melihat orang-orang yang merobohkan Kaabah itu berkulit hitam, merenggangkan kedua kakinya dan membongkar Kaabah itu batu-batunya satu demi satu”.

(petikan dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)


 

Rekod Gempa Bumi Abad ke - 20

Assalamualaikum. 
Gempa bumi adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas. Ianya sudah menjadi satu perkara yang normal bagi sesetengah penduduk di dunia. Ianya merupakan salah satu bencana alam yang dapat memusnahkan harta benda dan nyawa dalam sekelip mata. 

Terdapat dua jenis gempa bumi iaitu gempa bumi tektonik dan gempa bumi gunung berapi, Gempa bumi teknonik ialah disebabkan oleh perlepasan tenaga yang terhasil daripada geseran batuan di keretakan memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik. Tenaga dihasilkan oleh tekanan antara batuan dikenali sebagai kecacatan tektonik. Kesan ini adalah seperti gelang getah ditarik dan dilepaskan dengan tiba-tiba. Manakala gempa bumi gunung berapi pula berlaku berdekatan dengan gunung berapi tetapi mempunyai cara keretakan memanjang yang sama dengan gempa bumi tektonik. Gempa bumi gunung berapi disebabkan oleh pergerakan magma ke atas dalam gunung berapi, di mana geseran pada batu-batuan menghasilkan gempa bumi. 

Berikut merupakan  rekod gempa bumi yang paling besar sepanjang abad ke-20.

Tarikh Kawasan Kekuatan (skala Richter) Ulasan
11/03/2011 Sendai-Jepun 8.9 Gempa bumi tektonik disertai Tsunami mangakibatkan ratusan ribu penduduk Jepun termasuk Tokyo mengalami rosak teruk dan paling ngeri dalam 140 Tahun.
13/09/2007 Sei-Penuh Jambi 7.7 Gempa bumi tektonik Ratusan Rumah penduduk rusak ringan sampai berat 4 orang tewas.
12/09/2007 Bengkulu 7.9 Gempa bumi tektonik 13 orang tewas dan sempat terjadi tsunami kecil
27/05/2006 Yogyakarta 6.2 Gempa bumi tektonik selama 57 saat yang meragut lebih dari 6500 nyawa.
26/12/2004 Aceh 8.9 Disertai oleh tsunami, ini merupakan gempa bumi yang paling kuat dalam dekad itu.
26/12/2003 Bam (Iran), barat daya Iran 6.5 Menyebabkan lebih 41,000 terbunuh.
21/05/2002 Utara Afghanistan 5.8 Menyebabkan lebih 1,000 orang mati.
26/01/2001 India 7.9 Menyebabkan sekurang-kurangnya 2,500 maut biarpun ada meletakkan angka korban seramai 13,000 orang.
21/09/1999 Taiwan 7.6 Menyebabkan 2,400 maut.
17/081999 Barat Turki 7.4 Meragut 17,000 nyawa.
25/01/1999 Barat Colombia 6.0 Meragut 1,171 nyawa.
30/05/1998 Utara Afghanistan dan Tajikistan 6.9 Menyebabkan seramai 5,000 orang terbunuh.
17/01/1995 Kobe, Jepun 7.2 Meragut 6,000 nyawa.
30/09/1993 Latur, India 6.0 Menyebabkan seramai 1,000 mati.
21/06/1990 Barat laut Iran 7.3 Meragut 50,000 nyawa.
17/12/1988 Barat laut Armenia 6.9 Menyebabkan 25,000 maut.
19/09/1985 Mexico Tengah 8.1 Meragut lebih 9,500 nyawa.
16/09/1978 Timur laut Iran 7.7 Menyebabkan 25,000 maut.
28/07/1976 Tangshan, China 7.8 Menyebabkan 240,000 orang terbunuh.
4/02/1976 Guatemala 7.5 Menyebabkan 22,778 terbunuh.
29/02/1960 Barat daya pesisiran pantai Atlantik di Maghribi 5.7 Menyebabkan kira-kira 12,000 maut dan memusnahkan keseluruhan bandar Agadir.
26/12/1939 Wilayah Erzincan, Turki 7.9 Menyebabkan 33,000 orang maut.
24/01/1939 Chillan, Chile 8.3 Menyebabkan 28,000 maut.
31/05/1935 Quetta, India 7.5 Meragut 50,000 nyawa.
1/09/1923 Yokohama, Jepun 8.3 Meragut sekurang-kurangnya 140,000 nyawa.

“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." 
(Al - Hadid : 22)

sumber dari ms.wikipedia.org


Fakta menarik mengenai Khinzir

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dapat lagi aku menulis entri pada hari ini setelah beberapa hari menyepi tanpa sebarang entri. Entri ini aku nak berkongsi  mengenai sebab khinzir diharamkan didalam Al – Quran.

Allah s.w.t telah berfirman didalam surah Al-Maidah ayat ke 3 yang bermaksud :

 “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang mati tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Didalam surah Al-Maidah telah dinyatakan dengan jelas mengenai pengharaman memakan daging khinzir@babi. Berikut merupakan beberapa fakta mengapa ianya diharamkan kepada umat Islam. 

      (1)   Kajian Saintis mendapati memakan daging khinzir boleh mendatangkan 70 jenis penyakit kerana terdapatnya cacing yang dibawa oleh daging khinzir. Cacing ini boleh memasuki badan manusia dan membawa jangkitan seperti Trichinella, Spiralis dan Teania Solium.
               
     (2)  Menurut Dr Murat Hoffman (salah seorang saintis Jerman) memakan daging khinzir yang dijangkiti cacing bukan sahaja merbahaya tetapi boleh meningkatkan kandungan kolestrol dan melambatkan proses penguraian protein dalam tubuh dan boleh mengakibatkan diserang kanser ususm iritasi kulit, eksim dan rematik.

      (3)  Saintis menganggap khinzir sebagai mixing vessel atau tempat kuman berkumpul untuk diubah kepada bentuk merbahaya.

      (4)  Dr Muhammad Abdul Kadir iaitu penulis buku Ijtihad fi al –Quran al – Karim menyatakan bahawa daging khinzir mengandungi benih-benih cacing pita dan cacing trachenea lolipia. Cacing ini akan berpindah kepada menusia yang menghampiri dan memakan daging khinzir serta menyebarkan virus seperti Japanese Vesicular (JE), West Nile Enceiphalitis (WNE), Vesicular Stomatis (VS), kuku dan mulut, serta radang otak dan hati.

Setiap sesuatu yang dianjurkan oleh Islam pasti ada sesuatu yang baik disebaliknya. Kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa mencari yang halal kerana ianya sudah menjadi fardu kepada kita walaupun pada zaman sekarang ini memang untuk mencari yang halal itu semakin sukar. 

Merong Mahawangsa Filem Epik Terbaik!!!

Assalamualaikum.
Setelah hampir beberapa bulan menunggu tayangan cerita epik hikayat Merong Mahawangsa akhirnya semalam dapat juga aku menontonnya. Mulanya rancang nak tengok hari ini tapi oleh sebab semalam ada aku ada banyak waktu lapang jadi aku pun serang panggung berdekatan. Nasib baik masa aku sampai tak ramai sangat orang menonton mungkin sebab tidak balik kerja lagi. 

Pembikinan filem epik Hikayat Merong Mahawangsa dilaporkan menelan belanja kira-kira RM 8 juta, menjadikannya filem Melayu kedua termahal selepas Puteri Gunung Ledang dan selebihnya dalam bahasa Melayu Klasik dan lain-lain. Akan tetapi, pada Mei 2010, ketika proses pascapenerbitan dijalankan, pihak KRU mengesahkan bahawa Hikayat Merong Mahawangsa keluar dalam dua versi, iaitu versi Malaysia yang melebihkan dialog bahasa Melayu, dan versi pasaran antarabangsa yang mengutamakan bahasa Inggeris yang ditayangkan pada tahun 2004. Oleh sebab filem ini ditujukan kepada pasaran antarabangsa, mula-mula dilaporkan bahawa filem ini terdiri daripada 70% bahasa Inggeris

Untuk menjimatkan perbelanjaan, KRU memanfaatkan teknologi CGI untuk menghasilkan kebanyakan latar bersejarah, selain prop dan latar fizikal yang hanya terdiri daripada empat buah kapal, perkampungan Melayu pada abad ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India. Walau bagaimanapun, pengurangan prop fizikal tidak bermakna penggambaran berjalan lancar. Apabila ditanya mengenai pengalamannya, pengarah Yusry Abdul Halim mengimbau, "Kami juga terpaksa mengharungi ribut taufan sehingga set dan kapal kami pecah. Nak kawal lebih 300 orang di set juga bukan mudah. Alhamdulillah, tidak ada sebarang insiden yang serius berlaku. Kesemua mereka memberi komitmen yang bagus. Bagi saya, ia sesuatu benda yang baru dan banyak ilmu serta pengalaman yang saya dapat, Kelebihan saya ialah ada ramai kru di belakang saya yang banyak membantu."

Penggambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa diadakan selama 52 hari, bermula pada 9 Jun 2009 dan berakhir pada 8 Ogos, dengan menyempurnakan 90% penggambarannya di negeri Terengganu, dan selebihnya di negeri lain seperti Pahang dan Kuala Lumpur. Yusry memaklumkan pihak akhbar bahawa skrip filem ditulis berpandukan buku dan sumber Internet serta kajian yang dilakukan kru produksi. "Kita tidak mengambil keseluruhan cerita, sebaliknya hanya bahagian penting yang menguatkan jalan cerita. Ini kerana cerita asalnya banyak mitos dan kita menukarnya menjadi logik dan mudah difahami," katanya. "Sebagai contoh, watak burung garuda dalam cerita asal kita tukar kepada watak lanun, tetapi masih mengekalkan namanya."

Secara keseluruhannya, filem ini merupakan salah satu filem yang wajib ditonton kepada peminat filem epik kerana ianya memang merupakan satu filem epik yang terbaik buatan Malaysia setakat hari ini. Walaupun pemilihan pelakonnya ada beberapa orang yang aku tidak berapa puas hati. Kepada yang belum lagi menonton cerita ini boleh ke panggung berdekatan untuk menyaksikannya. Untuk mengetahui lebih lagi mengenai filem atau sejarah mengenai Hikayat Merong Mahawangsa boleh baca sejarah awal kerajaan Melayu. 
 


p/s: banyak lagi nak update tapi masa menceburi aku...

Berbekam?? Apa tu??

Assalamualaikum...
Apa itu bekam? Bekam ialah istilah Melayu yang berarti “Pelepasan Darah”, dipanggil “Cupping” dalam bahasa Inggris. Dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai “al-Hijamah”. Bekam adalah satu proses mengeluarkan darah kotor dari badan bagi tujuan kesihatan. Ianya juga adalah satu rawatan  kesihatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodenkan mengikut kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.

Dalam ilmu perubatan modenm darah kotor adalah "venous blood" yang mengandungi carbon dioksida (co2) dan bahan kumuh yang lain. Dalam pendekatan berbekam Rasulullah S.A.W ianya diistilah kan sebagai "periodic phlebotomy" yang mana darah kotor dikeluarkan secara beransur-ansur. Kontroversi  bekam terjadi di Eropah apabila darah dikeluarkan dengan banyak sekali gus dan boleh mengakibatkan maut. 


Berbekam Cara Rasulullah S.A.W
- Nabi berbekam dibahagian kepala dan antara 2 bahu. 
- Berbekam secara berkala setiap bulan.
- Mengggunakan peralatan yang bersih, untuk mengelakkan jangkitan kuman.
- Dilarang berbekam jika ada masalah darah beku.


Faedah@Kebaikan Berbekam.
- Hereditary haemochromatosis iaitu merupakan sejenis penyakit keturunan dimana zat besi berkumpul dalam organ terutamanya hati boleh dirawat dengan menggunakan kaedah berbekam.

- Membantu melambatkan proses kerosakan hati dalam penyakit chronic hepatitis C yang disebabkan oleh virus hepatitis C itu sendiri.
- Boleh mengurangkan risiko sakit jantung.


sumber : sini