CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Mengingati Mati

assalamualaikum...
alhamdulillah akhirnya ramadhan sampai  ke penghujungnya...ianya akan meningglkan kita untuk setahun akan datang...apakah kita akan dapat bertemu lagi dengan ramadhan pada tahun akan datang atau tidak???
berikut merupakan peringatan Rasullulah s.a.w. mengenai kematian. 

Rasulullah S.A.W bersabda, “ Perbanyakkanlah meningati hal yang dapat menghancurkan segala kelazatan.”

Dalam satu lagi wasiat Nabi Muhammad S.A.W  kepada Ibnu Umar (Abdullah) R.A  berbunyi:

"Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara"

Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang fana ini.

Ibnu Umar pernah berkata:

"Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit"






Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah S.W.T pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?  Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah, tetapi kejahatan yang kita buat semasa hidup di dunia, kesemuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah S.W.T oleh para jururakam di kalangan para Malaikat, walaupun kita telah melupakannya, tetapi Allah S.W.T sekali-kali tidak demikian. Mereka yang telah pun meninggal dunia dan mendapat seksa kubur, meraung-raung minta pertolongan daripada orang yang masih hidup, terutamanya ahli keluarga terdekat, apakan daya, kita tidak mendengarnya, maka yang dibawa oleh seseorang dalam alam kubur bersamanya ialah amalannya semasa hidup di dunia satu ketika dahulu, maka fikir-fikirlah.


Sesungguhnya kematian bukanlah bererti berakhirnya suatu kehidupan tetapi ia bermakna bermulanya satu kehidupan yang abadi.Sebaik baik jalan untuk mengenal Allah yang Maha Esa adalah kematian dan bersedialah menghadapinya dengan amal yg soleh. setakat itu saja untuk entri kali ini...


segala yang baik itu dari Allah s.w.t dan yang tidak dari kelemahan diri ini...
assalamualaikum...

1 pendapat bernas:

Gambar post entry yang menimbulkan keinsafan....