CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Entri Khas Sempena Hari Raya

assalamualaikum...
alhamdulillah dapat lagi menulis@menaip entri disini...
setelah sebulan berpuasa dipanjangkan lagi umur untuk menyambut aidilfitri...
ramadhan telah pergi untuk kali ke 20 dalam hidup aku dan digantikan dengan syawal untuk kali ke 20...
entah kenapa tahun ni mood menyambut aidilfitri masih tidak dirasai...
mungkin sebab seharian bertungkus lumus untuk mengemas rumah dan membuat persiapan terakhir untuk menyambut syawal...memang setiap tahun akan membuat persiapan disaat-saat akhir...kalu buat awal2 rasa kosong lak malam raya...esok dah boleh mula makan tengah hari seperti hari biasa...esok pagi jangan lupa pegi solat hari raya...lepas tu jangan blah terus...lepak2 dulu dengar khutbah baru blah k...

terdapat banyak benda sunat yang boleh dilakukan pada pagi hari raya aidilfitri ini diantaranya ialah:

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.


2) Menjamah makanan sebelum kelua dari rumah.


3) Memperbanyakkan Takbir.


4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.


5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).


6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi).


7) Berziarah dan merapatkan silaturahim sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.



ini merupakan kad raya@poster raya yang telah disiapkan untuk rakan-rakan blogger sekalian....
simple mimple saja...minta maaf kalau ada salah dan silap sepanjang berblogging...
rasanya setakat itu sahaja untuk entri kali ini...
segala yang baik dari Allah s.w.t dan yang tidak dari kelemahan diri ini...
sekian...assalamualaikum...



2 pendapat bernas:

Salam 'Idilfitri.Pohon ma'af Zahir & Batin pada semua.
كل عام وأنتم بخير