CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Cari Kerja Kosong

Assalamualaikum.
Hari ini satu hari kelas batal...bunyi macam best tapi sebenarya untuk memberi laluan kepada program lain...program yang dinamakan "kebolehpasaran graduan"...program ini sebenarnya untuk mendedahkan kepada bakal graduan kepada cara untuk mencari kerja dan kaedah yang betul untuk mendapatkan pekerjaan...lebih kurang macam seminar karier...program ni dijangka  bermula pukul 8 pagi...tapi aku bangun lambat....pukul 8:20 baru terjaga...bajet malas nak gi tapi dah hilang rasa mengantuk masa terjaga so terus bersiap-siap...sampai dewan lebih kurang dalam pukul 8:45...(lelaki siapkan diri x lama)....kiranya aku agak bertuah hari ini sebab program sebenarnya bermula pukul 9 pagi...banyak juga input-input yang berguna sepanjang program ini berlangsung....program sebenar tamat dalam pukul 6 petang tapi aku cabut lepas minum petang dalam kul 4...heee...ini antara laman web yang mengiklankan jawatan kosong....

www.jobstreet.com
www.jobsdb.com
www.jobcity.com
www.monster.com.my
www.jobscentral.com.my
www.mystarjob.com

selain itu ada juga laman web agensi pekerjaan yang diberikan tadi jadi aku ingin berkongsinya  disini...

www.kellyservices.com.my 
 www.jac-recruitment.my
www.tele-temp.com


kepada sesiapa yang tidak mempunyai pekerjaan dan sedang mencari pekerjaan  boleh cuba link diatas...overall program ini berguna juga kepada bakal graduan...rasanya tidak sia-sia aku join program ini...


holiday

assalamualaikum dan salam sejahtera....
rasanya dah lebih seminggu juga aku biarkan blog ini tanpa sebarang entri...
sepanjang minggu lepas agak sibuk dan tak da masa untuk update blog ini...
semalam aku baru balik dari terengganu...ini merupakan kali kedua program ini dibuat...
kali pertama  tahun lepas...program kali pertama x dapat nak join...
bertolak dari sini khamis malam kui 10...sampai sana dalam kui 6 pagi...
singgah kat masjid tengku tengah zaharah untuk wat apa yang patut...lepas tu singgah lak kat kedai makan dan buat kali pertama aku makan nasi dagang...aku terpaksa cekik sampai habih gak walaupun x suka sangat pada ikan2...hee...sedap juga nasi dagang kat situ...tak teringat lak nama kedai tu...
sorry mak cik...x dapat den nak promote kedai makcik.....lebih kurang dalam kui 8 sampai destinasi yang ingini iaitu kampung taman rahmat, marang....sampai saja terus diagihkan kepada keluarga angkat masing2...kebanyakan penghuni kat sana adalah dari golongan kurang upaya...lepaih tinggal bersama selama beberapa hari baru tau yang depa ni suma macam kita yang normal gak, dapat berdikari dengan baik.....banyak gak tempat-tempat best yang aku dapat singgah... harap ada kesempatan lagi untuk pi sana lagi...


~~~end~~~

dah abih suma...

assalamualaikum dan salam sejahtera...
hari ini aku akan kembali kepada kehidupan sebagai seorang pelajar...memang ramai orang yang akan menjadi malas pada hari pertama selepas cuti yang panjang...aku pun tidak lari dari  golongan tu...walaupun macam tu aku tetap ada semangat untuk teruskan perjalanan hidup ini...ari ini aku kunci jam pukul 7 sebab bajet kelas pukul 8 tetapi agak malang sekali kelas sebenarnya bermula pukul 10 pagi...ini merupakan salah satu tanda yang aku sangat bersemangat untuk memulakan hidup baru pada sesi kedua semester ini...semalam tak dapat nak tidur awal sebab masa cuti dah terbiasa tidur lambat...ari ni walaupun tidur beberapa jam saja aku tetap segar seperti sediakala...harap ini akan berterusan sehingga akhir semester...budak-budak (beza 2 tahun saja) pun ramai yang masih meneruskan cuti walaupun semua dah mula sesi perkuliahan hari ini...agak aman juga bila dalam blok ni tak ramai orang...cukup kot sampai situ...assalamualaikum...

al-fatihah buat arwah M Rajoli

assalamualaikum dan salam sejahtera....
hari ini aku nak berkongsi mengenai kisah yang menyedihkan...
seorang pelawak dan pelakon yang disengani telah meninggal dunia...
ini petikan dari akhbar berita harian online...

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam ini akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu. 

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat, sebelum Zohor esok.


semoga roh arwah dicucuri rahmat...al-fatihah....

lampu isyarat macam ni pun ada??

assalamualaikum dan salam sejahtera ...selamat hari Malaysia...
sudah agak lama tak update blog ini....sebenarnya akhir-akhir ni malas lak nak update blog...
nasib baik hari ini agak rajin sikit boleh juga update blog....rasanya ini semua disebabkan banyak makan masa meraya umah kawan-kawan kot...hari ini dah masuk raya ke-6 masih banyak lagi umah terbuka yang ada...kalu ada lagi yang buat rumah terbuka aku sudi saja nak pi...post ini just nak share satu gambar yang lampu isyarat  menarik yang aku jumpa masa search kat google tadi...









kalau kat malaysia ada lampu isyarat macam ni kompem lagi banyak eksiden..
mesti konfius lampu mana nak ikut???








Entri Khas Sempena Hari Raya

assalamualaikum...
alhamdulillah dapat lagi menulis@menaip entri disini...
setelah sebulan berpuasa dipanjangkan lagi umur untuk menyambut aidilfitri...
ramadhan telah pergi untuk kali ke 20 dalam hidup aku dan digantikan dengan syawal untuk kali ke 20...
entah kenapa tahun ni mood menyambut aidilfitri masih tidak dirasai...
mungkin sebab seharian bertungkus lumus untuk mengemas rumah dan membuat persiapan terakhir untuk menyambut syawal...memang setiap tahun akan membuat persiapan disaat-saat akhir...kalu buat awal2 rasa kosong lak malam raya...esok dah boleh mula makan tengah hari seperti hari biasa...esok pagi jangan lupa pegi solat hari raya...lepas tu jangan blah terus...lepak2 dulu dengar khutbah baru blah k...

terdapat banyak benda sunat yang boleh dilakukan pada pagi hari raya aidilfitri ini diantaranya ialah:

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.


2) Menjamah makanan sebelum kelua dari rumah.


3) Memperbanyakkan Takbir.


4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.


5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).


6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi).


7) Berziarah dan merapatkan silaturahim sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.



ini merupakan kad raya@poster raya yang telah disiapkan untuk rakan-rakan blogger sekalian....
simple mimple saja...minta maaf kalau ada salah dan silap sepanjang berblogging...
rasanya setakat itu sahaja untuk entri kali ini...
segala yang baik dari Allah s.w.t dan yang tidak dari kelemahan diri ini...
sekian...assalamualaikum...



Mengingati Mati

assalamualaikum...
alhamdulillah akhirnya ramadhan sampai  ke penghujungnya...ianya akan meningglkan kita untuk setahun akan datang...apakah kita akan dapat bertemu lagi dengan ramadhan pada tahun akan datang atau tidak???
berikut merupakan peringatan Rasullulah s.a.w. mengenai kematian. 

Rasulullah S.A.W bersabda, “ Perbanyakkanlah meningati hal yang dapat menghancurkan segala kelazatan.”

Dalam satu lagi wasiat Nabi Muhammad S.A.W  kepada Ibnu Umar (Abdullah) R.A  berbunyi:

"Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara"

Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang fana ini.

Ibnu Umar pernah berkata:

"Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit"






Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah S.W.T pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?  Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah, tetapi kejahatan yang kita buat semasa hidup di dunia, kesemuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah S.W.T oleh para jururakam di kalangan para Malaikat, walaupun kita telah melupakannya, tetapi Allah S.W.T sekali-kali tidak demikian. Mereka yang telah pun meninggal dunia dan mendapat seksa kubur, meraung-raung minta pertolongan daripada orang yang masih hidup, terutamanya ahli keluarga terdekat, apakan daya, kita tidak mendengarnya, maka yang dibawa oleh seseorang dalam alam kubur bersamanya ialah amalannya semasa hidup di dunia satu ketika dahulu, maka fikir-fikirlah.


Sesungguhnya kematian bukanlah bererti berakhirnya suatu kehidupan tetapi ia bermakna bermulanya satu kehidupan yang abadi.Sebaik baik jalan untuk mengenal Allah yang Maha Esa adalah kematian dan bersedialah menghadapinya dengan amal yg soleh. setakat itu saja untuk entri kali ini...


segala yang baik itu dari Allah s.w.t dan yang tidak dari kelemahan diri ini...
assalamualaikum...

Undang-undang pelik didunia

assalamualaikum...
alhamdulillah masih lagi diberikan kelapangan untuk menaip sesuatu disini...
dalam tidak kita sedari ramadhan semakin menghampiri kepada penghujungnya...
syawal pula semakin dekat menemui kita....

Undang-undang amat penting didalam kehidupan seharian. Setiap negara didunia ini mempunyai undang-undang atau peraturannya yang tersendiri tetapi ada diantaranya yang kadang-kadang tidak dapat diterima akal fikiran. Berikut merupakan antara undang-undang pelik yang diadakan manusia di negara-negara tertentu...

THAILAND :
* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.
SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu.
SWEDEN :
* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.
KOREA SELATAN :
* Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.
SINGAPURA :
* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.
UNITED KINGDOM :
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.
MEXICO :
* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.
AUSTRALIA :
* Dilarang mengangkat telefon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan seluar dalam Hot Pink di hari minggu.
GREECE :
* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.
KANADA :
* Dilarang memakai handiplast luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.
PERANCIS :
* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.
ISRAEL :
* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.
AMERIKA :-
- ARIZONA :
* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai misai palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.
- ALASKA :
* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.
- ARKANSAS :
* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.
- CALIFORNIA :
* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.
- COLORADO :
* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.
- CONNECTICUT
* Dilarang mencium isterinya di hari Minggu.
- FLORIDA :
* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

segala kesahihan mengenai undang-undang ini tidak dapat dipastikan...info mengenai undang-undang ini diperolehi menerusi pencarian di google.com...setakat itu saja untuk entri kali ini...
segala yang baik itu dari Allah s.w.t dan yang tidak dari kelemahan diri ini...
assalamualaikum...

Di Ambang Kiamat

assalamualaikum...alhamdulillah nyawa ini masih lagi dipinjamkan Allah s.w.t....
diberikan juga kelapangan untuk berkongsi disini...
ramadhan pada tahun ini juga hampir sampai ke penghujungnya...
kiamat juga semakin hampir dengan kita...salah satu tanda kedatangan kiamat adalah dengan kemunculan imam Mahdi...disini terdapat satu dokumentari mengenai ambang kiamat dan kedatangan imam Mahdi yang ingin dikongsikan...banyak info yang menarik boleh didapati dalam video ini...
selamat menonton...




Bahagian 1-







Bahagian 2- 







Bahagian 3 - 







Bahagian 4-







Bahagian 5







Bahagian 6 tamat





kiamat semakin hampir dengan kita...marilah kita bersedia untuknya...
setakat itu saja untuk entri ini..
segala yang baik itu dari Allah s.w.t dan yang tidak dari kelemahan diri ini...
assalamualaikum...

Selamat BerCuti

assalamualaikum...
alhamdulillah ada lagi kesempatan untuk mengupdate blog yang tidak seberapa ini...
hari ini akan bermula cuti pertengahan semester dan cuti hari raya...
rasanya ini adalah masa untuk charge balik tenaga...
kat sini nampak kosong saja...rasanya ramai yang akan balik pada hari ini...



pada yang memandu sendiri tu cuba pandu dengan berhati-hati...
kalu rasa agak mengantuk terus berhenti kat R&R untuk tambah tenaga...
jangan lupa kita masih berada di dalam bulan ramadhan...
kalu mengantuk cuba tidur kejap untuk mendapatkan kecergasan semula...
pada yang naik bas tu kalau nampak pemandu bas agak letih cuba urut bahu dia....hehe...
hari ini merupakan hari terakhir aku bersahur kat sini...
.tahun depan insyaAllah aku mungkin dah abis belajar dikala bulan ramadhan menjelma...
ramadhan tahun ini berjalan terlalu pantas...rasa macam minggu ini baru mula berpuasa....
selamat berpuasa menjalani ibadah puasa....
setakat itu saja untuk entri kali ini....selamat bercuti...
segala yang baik itu dari Allah s.w.t dan yang tidak dari kelemahan diri ini....
assalamualaikum....

Sedekah sebenarnya Mudah



assalamualaikum...
alhamdulillah kerana masih lagi bernyawa untuk beribadah kepadaNya dibulan yang penuh barakah ini...ramadhan tahun in hampir sampai ke penghujungnya...ramai yang tengah menghitung hari untuk pulang ke pangkuan keluarga...bawa-bawa bersabar...tinggal beberapa hari saja lagi...

Sedekah adalah daripada perkataan bahasa arab  yang bermaksud benar. Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi : “Setiap yang baik itu sedekah.”






Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk bersedekah. Sedekah bukannya dikira berdasarkan nilai wang semata-mata, bahkan skopnya lebih luas.


Setiap kata-kata yang baik dikira sedekah.

Setiap langkah menuju solat itu sedekah.

Malah, senyuman itu juga diambil kira sebagai sedekah.

Nah, terbuka luas jalan untuk kita melakukan sedekah. Pendek kata, segala amalan kebaikan yang kita buat, ganjaran pahalanya sangat besar. Ketika solat, kebanyakan orang akan memakai songkok atau kopiah. Ada segelintir yang tak memakainya. Pemakaian songkok atau kopiah pun dikira sebagai perkara ma'ruf jika dilakukan. Terkadang kita selalu memandang remeh akan hal ini. Solat tanpa kopiah atau songkok pun dikira sah. Namun, lagilah cantik kalau kita sempurnakan zahir kita dengan amalan ma'ruf ini agar kita mendapat ganjaran sedekah yang dijanjikan.






Selain itu, mendahulukan kaki kanan ketika memakai kasut. Ini juga dikira sebagai yang ma'ruf. Nampak memang sangat mudah. Mulakan kaki kanan dahulu ketika memakai kasut. Apabila nak menanggalkan kasut pula, keluarkan kaki kiri dahulu. Sebabnya ? Supaya kaki kanan berada lagi lama di dalam kasut berbanding kaki kiri. Ini sebagai satu bentuk penghormatan kepada kaki kanan. Persoalannya, pernahkah kita fikirkan ini semua dan melakukannya ? 




Bahkan masuk ke masjid dengan kaki kanan dahulu disertai doa masuk masjid, juga antara adab yang harus menjadi amalan yang boleh menambah sedekah kita. Kalau difikir-fikirkan, segala aktiviti harian dalam hidup ini, semuanya dikira sebagai sedekah sekiranya kena cara dan aturannya. Boleh jadi, sekecil-kecil amalan yang kita buat, dipandang tinggi oleh Allah. Kita fikir benda tu nampaknya kecil dan remeh. Tapi di sisi Allah, siapa yang tahu. Kita pun tak dapat menilai amalan manakah yang kita buat, yang diterima oleh Allah. Kerana setiap yang baik itu, dianggap satu bentuk sedekah yang ternyata sangat menguntungkan kita jika diamalkan. Sekecil-kecil amalan itu, mungkin sebesar-sebesarnya di sisi Allah.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu berbahaya di jalanan adalah sedekah. (Hadis Riwayat Bukhari)

Jadi, janganlah kita memandang mudah pada segala bentuk amalan yang baik itu. Selagi dikurniakan kesihatan yang baik, berlumbalah melakukan amal kebaikan. InsyaAllah ada sahamnya di akhirat kelak...
segala yang baik itu dari Allah s.w.t dan yang tidak itu dari kelemahan diri ini...
assalamualaikum...