CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Rejab datang sebelum Syaaban

assalamualaikum...
dalam tidak kita sedari hari ini dah masuk bulan rejab...
maknanya tinggal lebih kurang 2-3 bulan saja lagi untuk kita memasuki bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan....pada yang belum ganti puasa Ramadhan tahun lepas rajin-rajinkan diri untuk gantikannya...
pada yang sudah menggantikannya boleh tambah amalan dengan berpuasa sunat...
entri kali ini mengenai bulan Rejab...

Rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim HijrahRejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya.Dalam bulan Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra' Mikraj yang dalam peristiwa tersebut Rasulullah S.A.W telah menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah S.A.W telah diisra'kan dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin menunggang Buraq.

Peristiwa yang berlaku pada bulan Rejab
1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) 
2. Isra' dan Mi'raj 
3. Perang Tabuk
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis 
5. Lahirnya Imam Syafie RH. 


Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,
 

Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah
Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah
Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal
Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya
Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya
Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya
Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda
Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji
Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.
Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.
  


setakat itu saja untuk kali ini...segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri ini...untuk maklumat lebih lanjut boleh klik sini...sekian...assalamualaikum...

0 pendapat bernas: