CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Pahala diterima selepas mati

 assalamualaikum...alhamdulillah diberikan kesempatan untuk berkongsi disini..
entri kali ini adalah mengenai pahala yang diterima selepas mati....

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya. - yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.


segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan segala yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri ini..
sekian..assalamualaikum...


12 pendapat bernas:

... entri yang baik tuk kesedaran diri

 

terima ksih atas perkongsian ilmu ni...

 

Bagaimana pula dengan dosa selepas mati? Ada jugak ke? Kalo masa hidup kita melabur untuk tempat2 maksiat, bila mati nnt dosa tu tetap kita terima ke?

 

amirah - trima kasih...

nyetok - selepas kita terpisah dengan jasad kita...hanya doa org lain dan amalan kita didunia sja yang dapat menyelamatkan kita...

 

nice... termenung seketika.. =)

recent post :
apabila yahudi mula memperbodohkan kita

 

terima kasih ats pkongsian yg berguna ini :)

 

sma2....trima kasih sudi ziarah...

 

Salam..termenung.teringat cikgu saya ada berkata demikian..tapi bab bina masjid ..aduhh,calon pun tak ku temui..huhuhu

 

wassalam...sabar...calon terbaik akan datang....