CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

kepada semua yang terkait dengan hutang

assalamualaikum...alhamdulillah dapat lagi nak mengupdate blog ini...
entri kali ini adalah mengenai hutang...anda pernah berhutang??

DEFINISI
Hutang dalam bahasa Arab di sebut Qardh iaitu bermaksud potong. Hutang dari segi istilah bermaksud memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan gantinya tanpa sebarang tambahan.
Hutang lapuk ialah hutang yang tidak dibayar dalam masa tempoh yang lama. Jika orang yang memberi hutang atau warisnya tidak ditemui, maka nilai wang hutang tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.

Kedudukan Hukum
1. Sunat jika orang yang berhutang tidak dalam keadaan terpaksa.
2. Wajib jika orang yang berhutang dalam keadaan terpaksa
3. Haram bagi orang yang tidak terpaksa dan tidak ada harapan dapat membayar hutangnya. Dan haram pula jika untuk berbuat maksiat.
Ketentuan Hukum.
1. Harus dengan Ijab-Qobul (transaksi)
2. Dibolehkan bagi pihak pertama (yang menghutangi/muqridh)mencabut kembali (menggagalkan akad)
3. Pihak pertama boleh menerima manfaat (kelebihan/keuntungan) dari pihak kedua (yang berhutang) dengan catatan tanpa syarat.
4. Bagi pihak ke dua (muqtaridh) disunatkan member kelebihan (keuntungan tanpa syarat) sebagai sedekah atau infaq.
5. Jika pihak ke dua masih dalam kesulitan sehingga belum mampu membayar maka pihak pertama harus menagguhkan pembayaran.
6. Jika pihak kedua sudah mampu membayar hutangnya dan sudah jatuh tempo maka menunda-nunda pembayaran hukumnya haram.
KEWAJIPAN MELUNASKAN HUTANG
Boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita berhutang tidak kira samada banyak atau sedikit. Berhutang atau meminjam dibenarkan dalam Islam. Namun, Islam turut menekankan dengan tegas mengenai tanggungjawab untuk membayar hutang walaupun selepas kematian penghutang. 
Dalil Hadis: 
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a berkata, “Rasulullah S.A.W pernah berhutang seekor unta kemudian beliau membayarnya dengan yang lebih baik dan bersabda” : “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutangnya”. (Hadis Shahih Muslim)


Sabda Rasulullah saw.:
Artinya: Setiap hutang piutang yang menarik keuntungan (bagi muqrid) maka hukumnya riba. (I’anah III hal 53).
Artinya: Penundaan pembayaran hutang bagi orang kaya (sudah mampu) adalah dzalim, maka barang siapa yang ingin menuntut. Silahkan menuntut orang kaya (yang sudah mampu membayar hutang) (HR. Bukhori Muslim)
Artinya: Barang siapa yang menangguhkan (pembayaran hutang) orang yang masih kesulitan atau menggugurkan hutang itu maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat tidak ada perlindungan kecuali perlindungan Allah (HR. Ahmad dan Muslim)
jangan tagguhkan pembayaran hutang anda...elakkan diri dari berhutang...
segala yang baik dari Allah s.w.t dan yang buruk adalah dari kelemahan diri ini...
terima kasih sudi membaca...assalamualaikum....

6 pendapat bernas:

salam ziarah...
thanks coz sudi kongsi ilmu :)

 

salam ziarah...
thanks coz sudi kongsi ilmu :)

 

hutang ni mm aklo boleh syuq takmau..senak otak pk pasal utang :( belum habis belajo lagi dah tanggung hutang..dgn mara.

 

typo *mmg kalo*

 

betui2...masuk belajar pun dah mula berhutang dgn kerjaan...