CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Asal-Usul Syiah

assalamualaikum....
lhamdulillah diberikan kesempatan untuk berkongsi disini..
entri kali ini agak panjang dan harap semua baca sehingga ke akhir...
entri kali ini adalah mengenai asal-usul syiah...


Kebanyakan ahli sejarah berbeza pendapat tentang permulaan Syi’ah yang sebenarnya. Yang diketahui umum, Syi’ah adalah puak yang mendokong Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. dalam pertelingkahannya dengan Mu’awiah bin Abi Sufyan r.a.

Namun tidak bermakna pengikut Ali itu syi’ah dan pengikut Mu’awiah itu Sunnah. Tiada seorangpun yang bersetuju dengan kenyataan ini. Malah, semua ahli sunnah yakin bahawa dalam perselisihan yang berlaku antara dua sahabat besar itu, kebenaran berada di pihak Ali. Dan Mu’awiah, beliau telah berijtihad. Namun ijtihadnya tidak menepati kebenaran. Jelas bahawa fikrah ahli sunnah adalah memihak kepada Ali. Begitu juga prinsip-prinsip akidah dan fikrah yang dipegang oleh syi’ah bukan daripada fikrah dan prinsip akidah Ali bin Talib sama sekali. Justeru kita tidak boleh berkata bahawa syi’ah bermula pada zaman ini.

Terdapat ahli sejarah yang berkata bahawa permulaan syi’ah adalah selepas syahidnya Husain bin Ali r.a.
Pendapat ini memang berasas. Husain telah keluar dari pemerintahan (tidak mengiktiraf kekhalifahan) Yazid bin Mu’awiah. Beliau berangkat menuju ke Iraq apabila beliau dipanggil oleh sebahagian penduduknya dan berjanji akan membantunya. Namun di saat-saat akhir, mereka telah memungkiri janji. Itulah yang menjadi punca syahidnya Husain.

Setelah Husain syahid, sebahagian mereka yang mengajaknya keluar telah menyesal. Mereka bertekad untuk menghapus dosa-dosa mereka dengan mengisytiharkan diri keluar dari pemerintahan Bani Umayyah. Pertempuran pun berlaku, sebahagian mereka terbunuh. Mereka inilah dikenali sebagai syi’ah. Lantaran itulah kita lihat hubungan mereka dengan Husain lebih rapat berbanding hubungan mereka dengan Ali sendiri. Pada hari ini, kita semua lihat mereka mengadakan upacara memperingati kesyahidan Husain, tetapi tidak ada sebarang upacara memperingati kesyahidan Ali.

Sungguhpun begitu, kelahiran golongan ini tidak lain hanyalah suatu gerakan politik menentang pemerintahan Bani Umayyah. Mereka tidak mempunyai prinsip-prinsip akidah atau mazhab fiqhiyyah yang berlawanan dengan ahli sunnah. Bahkan kita dapati para pemimpin angkatan pertama yang didakwa oleh orang-orang syi’ah sebagai imam-imam mereka adalah pendokong-pendokong sunnah. Semua tutur kata mereka adalah berlandaskan akidah sunnah dan prinsip-prinsipnya.
Keadaan pemberontakan boleh dikatakan reda seketika selepas beberapa bulan syahidnya Husain. Tidak lama kemudian muncul Ali Zainal Abidin bin Husain bin Ali r.a. Beliau merupakan antara manusia terpilih, ulamak yang zuhud. Tidak terdapat langsung kesan-kesan atau tanda-tanda perbezaan akidah dan fikrah yang dibawanya dengan apa yang dipegang oleh para sahabat dan tabi’in.
Terdapat di kalangan anak-anak Zainal Abidin dua tokoh yang sangat hebat dan sangat tinggi darjah kewarakan dan ketaqwaan mereka. Mereka adalah Muhammad al-Baqir dan Zaid. Fikrah mereka berdua juga sama sepenuhnya dengan ulamak sunnah dari kalangan sahabat dan tabi’in. kalau pun ada perbezaan hanyalah pendapat Zaid yang melihat Ali bin Talib lebih utama menjadi khalifah daripada Abu Bakar as-Siddiq. Pendapat ini, meskiupun bercanggah dengan ijmak dan bercanggah dengan hadis-hadis yang tidak terhitung banyaknya mengenai kelebihan Abu Bakar, Umar dan Uthman, namun ia bukanlah perselisihan dari segi akidah. Zaid mengiktiraf kelebihan tiga khalifah terdahulu, tetapi dia berpendapat Ali lebih afdhal. Dia juga berpendapat harus melantik khalifah di kalangan mereka yang kurang afdhal. Dengan itu beliau tidak menafikan kepimpinan (imamah/kekhalifahan) Abu Bakar, Umar dan Uthman. Dalam nuktah yang lain daripada ini, beliau selari dengan ahli sunnah; akidah, fekah dan prinsip-prinsipnya.

Zaid meneruskan tradisi datuknya dalam menentang khilafah bani Umayyah. Penentangan beliau telah berlaku di zaman pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik dan telah berakhir dengan beliau mati terbunuh pada tahun 122 H.

Selepas kematiannya pengikut-pengikutnya mengasaskan mazhab yang terbina di atas fikrahnya dikenali sebagai Zaidiyyah, iaitu nisbah kepada namanya Zaid bin Ali. Mazhab ini, sekalipun tersenarai di dalam mazhab syi’ah tetapi ia selari dengan ahli sunnah dalam semua aspek kecuali dalam bab mengatakan Ali lebih utama daripada tiga khalifah ar-rasyidin sebelumnya. Pengikut mazhab ini bertaburan di Yaman. Mereka adalah puak syi’ah yang paling dekat dengan sunnah. Boleh dikatakan hampir tiada perbezaan dalam kebanyakan perkara.
Perlu disebutkan bahawa di sana terdapat satu golongan dari pengikut Zaid bin Ali yang bertanya pendapatnya mengenai Abu Bakar dan Umar. Maka dia mendoakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas mereka berdua. Para pengikutnya yang bertanya tadi tidak dapat menerima pendiriannya. Mereka enggan memohon rahmat ke atas Abu Bakar dan Umar. Lalu mereka memisahkan diri dari menjadi pengikut Zaid. Golongan ini dikenali sebagai ar-rafidhah (orang yang menolak) kerana mereka menolak kepimpinan Abu Bakar dan Umar dan menolak pendapat Zaid tentang kepimpinan kedua-dua tokoh besar itu. Dan dari golongan inilah yang menjadi pengasas Mazhab al-Ithna ‘Asyariyyah, iaitu Mazhab Syi’ah yang terbesar.
Muhammad al-Baqir, saudara kepada Zaid bin Ali yang meninggal dunia sebelum Zaid selama lapan tahun, iaitu pada tahun 114H telah meninggalkan sseorang anak yang alim dan hebat, iaitu Jaafar as-Sadiq. Dia merupakan salah seorang ulamak yang berpengaruh, seorang faqih yang sangat pintar. Semua pandangannya adalah selari dengan akidah sahabat, tabi’in dan seluruh ulamak muslimin.

Di akhir pemerintahan Bani Umayyah, gerakan ‘Abbasiyyah bangkit dengan cergas. Gerakan ini berusaha mengumpul manusia untuk melakukan rampasan kuasa dari khalifah Bani Umayyah. Gerakan ini menjalinkan kerjasama dengan golongan yang berpecah dari Zaid bin Ali. Akhirnya khalifah Bani Umayyah digulingkan pada tahun 132H dan terbangunlah khilafah al-‘Abbasiyyah dengan dipimpin oleh Abi al-‘Abbas as-Saffah, kemudian Abi Jaafar al-Mansur. Golongan yang berpecah dari Zaid yang telah bekerjasama menjatuhkan khilafah Umayyah berasa keciwa kerana mereka mahukan kepimpinan dipegang oleh salah seorang dari kalangan cucu cicit Ali bin Abi Talib. Maka mereka bangkit semula untuk menggulingkan khilafah ‘Abbasiyyah dengan membentuk satu jamaah yang dikenali sebagai Talibiyyin (nisbah kepada Ali bin Abi Talib) sebagai saingan kepada puak yang dinisbahkan kepada al-‘Abbas bin Abdul Muttalib.

Sampai ke saat ini tidak terdapat sebarang perbezaan dari segi akidah dan fiqah kecuali dalam isu Abu Bakar dan Umar. Golongan ini, iaitu yang terpisah dari Zaid bin Ali menolak mereka berdua (Abu Bakar dan Umar), malah secara terang-terangan melaknat mereka berdua.
Tahun 148H Jaafar as-Sadiq meninggal dunia. Beliau meninggalkan seorang putera bernama Musa al-Kazim. Musa al-Kazim juga seorang yang alim, tetapi tidak sampai ke taraf ayahnya. Beliau meninggal dunia pada tahun 183H dengan meninggalkan beberapa orang anak. Antara mereka adalah Ali bin Musa ar-Ridha.

Khalifah al-‘Abbasiyyah yang terkenal, iaitu al-Ma’mun mahu mententeramkan fitnah at-Talibiyyin yang menuntut jawatan ketua untuk cucu cicit Ali bin Abi Talib. Beliau melantik Ali bin Musa ar-Ridha sebagai putera mahkota. Perlantikan ini telah mengundang bantahan yang meluas di kalangan ‘Abbasiyyin. Tetapi Ali ar-Ridha tiba-tiba mati secara mengejut. At-Talibiyyun menuduh al-Ma’mun telah membunuhnya. Maka sekali lagi timbul pemberontakan demi pemberontakan ke atas al-‘Abbasiyyin sebagaimana mereka telah lakukan ke atas Umawiyyin.

Tahun demi tahun berlalu. Akar umbi pemberontakan secara relatifnya kelihatan tenang. Dan sehingga waktu ini belum kelihatan suatu aliran keagamaan yang berlainan yang dinamakan mazhab syi’ah. Yang ada hanyalah gerakan politik yang bertujuan untuk mendapatkan kuasa pemerintahan dan menentang pemerintah sedia ada kerana beberapa sebab. Namun tidak ada satupun di antara sebab-sebab yang banyak itu sebab berkaitan dengan akidah yang menjadi pegangan mazhab syi’ah sekarang.

Apa yang menarik perhatian, suara-suara mengajak keluar dari pemerintahan ‘Abbasiyyin telah tersebar begitu meluas di wilayah Parsi (Iran sekarang). Kebanyakan penduduk di daerah ini telah sekian tahun mengalami kekeciwaan kerana kejatuhan kerajaan dan raja negara Parsi yang agung. Ia telah jatuh ke tangan umat Islam dan telah menjadi sebahagian daripada empayarnya. Mereka beranggapan bahawa bangsa mereka lebih tinggi keturunannya, lebih mulia darah dagingnya, lebih mendalam tunjang sejarahnya daripada kaum muslimin. Kerana itu, muncul pula sebuah gerakan yang dinamakan asy-Syu’ubiyyah, iaitu dinisbahkan kepada suatu bangsa tertentu, bukan kepada Islam. Sebahagian mereka menzahirkan kecintaan yang berakar umbi kepada Parsi dengan segala elemen yang ada padanya termasuk api yang menjadi sembahan mereka.

Mereka sedar bahawa secara bersendirian mereka tidak akan mampu menjatuhkan kerajaan Islam, dan mereka sendiri telah menjadi muslim sejak bebarapa dekad yang lalu. Maka mereka melihat pemberontakan yang dilakukan oleh Talibiyyin sebagai satu peluang bagi memenuhi hasrat mereka. Mereka akan bergabung dengan Talibiyyin untuk menggulingkan khilafah islamiyyah yang telah menjatuhkan negara mereka sebelum ini. Pada masa yang sama mereka tidak akan meninggalkan agama Islam yang mereka telah anuti bertahun-tahun lamanya, tetapi mereka akan menyelewengkannya dengan mencampur adukkan saki baki tradisi negara Parsi yang lalu. Mereka akan menyuntik ke dalamnya apa-apa yang boleh menjamin berterusannya suasana tidak stabil di kalangan umat Islam. Mereka tidak akan memainkan peranan sebagai pucuk pimpinan, sebaliknya mereka akan berselindung di sebalik Talibiyyin yang bernasabkan Ali bin Abi Talib yang merupakan sebahagian dari Ahli Bait Rasulullah s.a.w. Ahli Bait memang mendapat tempat di hati orang ramai. Dengan cara itu dakwah mereka akan berterusan.

Demikianlah bersatunya gerakan Syu’ubiyyin Parsi dengan puak Talibiyyin dari kalangan Ahli Bait. Kesatuan ini membentuk suatu susuk yang baru yang berkembang menjadi sebuah organisasi yang berdiri sendiri, bukan sahaja bercorak politik semata-mata, malah bercorak keagamaan juga.

Kembali kepada silsilah keturunan Talibiyyin, kita dapati setelah kewafatan Ali ar-Ridha yang dipilih oleh al-Ma’mun sebagai putera mahkota, muncul anaknya Muhammad al-Jawad. Kemudian Muhammad al-Jawad meninggal dunia pada tahun 220H. Muncul pula selepasnya anaknya yang bernama Ali bin Muhammad al-Hadi. Ali meninggal pada tahun 254H. muncul anaknya al-Hasan bin Ali yang mendapat gelaran al-‘Askariy. Beliau mati secara mengejut pada tahun 260H. Baliau tidak mempunyai anak kecuali seorang yang masih kecil berusia lima tahun, bernama Muhammad.

Dalam tempoh beberapa tahun berlalu, gerakan pemisah yang merupakan gabungan sekumpulan ahli bait dan sekumpulan syu’ubiyyin Parsi, mereka menyerahkan pucuk pimpinan kepada anak sulung kepada pemimpin Talibiyyin, bermula dari Ali ar-Ridha dan berakhir kepada al-Hasan al-‘Askariy. Adapun pemimpin sebelum Ali ar-Ridha seperti ayahnya Musa al-Kazim atau datuknya Jaafar as-Sadiq atau moyangnya Muhammad al-Baqir, tidak pernah memimpin mana-mana gerakan pemberontakan, sama ada ke atas pemerintahan Umawiy atau ‘Abbasiy.
Semasa kematian al-Hasan al-‘Askariy pada tahun 260H, puak pemberontak berada dalam kebingungan; siapakah yang akan dilantik sebagai pemimpin mereka? Al-Hasan al-‘Askariy hanya meninggalkan seorang anak yang masih kecil. Keadaan bertambah kusut apabila anak yang kecil ini ikut meninggal dunia secara tiba-tiba. Keadaan ini menjadikan puak pemberontak berpecah kepada beberapa kelompok yang sangat banyak. Setiap kelompok berbeza antara satu sama lain dari semua sudut: fikrah, syari’ah dan akidah.

Kumpulan yang paling masyhur dari kalangan kelompok ini adalah al-Ithna ‘Asyariyyah. Inilah kelompok yang wujud sekarang di Iran, Iraq dan Lubnan. Dan inilah kelompok syi’ah yang paling besar pada masa kini.

Para pemimpin golongan ini mula menempelkan kepada Islam perkara-perkara yang bersesuaian dengan situasi yang mereka hadapi waktu itu dan perkara-perkara yang menjamin kelangsungan gerakan mereka, khususnya di kala ketiadaan pemimpin bagi kumpulan mereka
Sesungguhnya mereka telah menokok tambah ke dalam agama Islam perkara-perkara bid’ah yang sangat berbahaya. Mereka mendakwa apa yang ditokok tambah itu merupakan bahagian yang tidak terpisah dari Islam. Dan bid’ah-bid’ah itu akhirnya menjadi akidah yang membentuk susuk tubuh mereka. Antara bid’ah itu ada yang secara khusus berkaitan dengan imamah (kepimpinan dalam agama). Mereka mahu menyelesaikan masalah ketiadaan pemimpin pada masa itu, maka mereka berkata pemimpin hanyalah 12 orang sahaja. Pemimpin-pemimpin itu secara tertibnya adalah terdiri dari:
1. Ali bin Abi Talib
2. Al-Hasan bin Ali
3. Al-Husain bin Ali
4. Ali Zainal Abidin bin al-Husain
5. Muhammad al-Baqir bin Zainal Abidin
6. Jaafar as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir
7. Musa al-Kazim
8. Ali ar-Ridha
9. Muhammad al-Jawad
10. Ali al-Mahdi
11. Muhammad al-Mahdi
12. Al-Hasan al-‘Askariy

Dari sini kumpulan ini dikenali sebagai al-Ithna ‘Asyariyyah. Dan untuk memberikan pentafsiran terhadap berakhirnya imam-imam, mereka mendakwa bahawa anak kecil Muhammad bin al-Hasan al-‘Askariy sebenarnya tidak mati. Bahkan dia berada di tempat persembunyian di atas bukit. Dan dia masih hidup sampai sekarang (kini sudah lebih 1000 tahun). Dan suatu hari nanti dia akan kembali memerintah dunia. Pada pegangan mereka, dia itulah al-Mahdi al-Muntazar. Mereka mendakwa juga bahawa Rasulullah s.a.w. telah berwasiat dengan menyebut nama-nama imam yang 12 itu, tetapi para sahabat menyembunyikannya. Kerana itulah mereka mengkafirkan para sahabat keseluruhannya atau memfasiqkan sebahagian daripada mereka. Alasannya ialah para sahabat telah menyembunyikan wasiat mengenai nama-nama imam mereka. Kemudian mereka memasukkan ke dalam Islam konsep perwarisan dalam sistem pemerintahan. Menurut mereka, imam mestilah dilantik dari kalangan anak lelaki yang sulung bermula daripada Ali bin Abi Talib diikuti dengan imam-imam selepasnya. Fahaman seperti ini, seperti sedia maklum, tidak ada dalam ajaran Islam. Sehingga negara-negara Islam yang diperintah oleh ahli sunnah yang mengamalkan sistem perwarisan seperti dinasti umayyah, ‘abbasiyyah, saljuqiyyah, ayubiyyah dan uthmaniyyah, mereka tidak pernah mendakwa bahawa perwarisan ini adalah ajaran agama. Mereka tidak pernah berkata bahawa khalifah mesti dilantik dari kalangan ahli keluarga tertentu sahaja.

Syi’ah juga telah memasukkan fahaman yang berasal dari ajaran Parsi mengenai masalah mentaqdis (memuja) ahli keluarga pemerintah. Mereka mendakwa imam-imam adalah maksum dan semua imam-imam yang telah disenaraikan nama-nama mereka itu terpelihara dari kesalahan dan dosa. Natijahnya mereka mengambil kata-kata imam itu seperti al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Bahkan kebanyakan kaedah-kaedah fiqh dan asas-asas perundangan mereka sekarang adalah berlandaskan kata-kata imam-imam mereka, sama ada kata-kata itu benar-benar pernah dilafazkan oleh imam-imam itu atau dinisbahkan kepada mereka secara palsu. Dan lebih daripada itu, al-Khomaini, pemimpin revolusi Iran telah menulis di dalam kitabnya ‘Al-Hukumah al-Islamiyyah” (kerajaan Islam): “…. Sesungguhnya antara asas penting dalam mazhab kita ialah: bagi imam-imam kita maqam (kedudukan) yang tidak dicapai oleh malaikat muqarrabin dan tidak dicapai oleh nabi yang mursal (yang diutus)!! Mereka sangat memusuhi semua sahabat (kecuali segelintir yang bilangannya tidak lebih dari 13 orang). Permusuhan ini termasuklah terhadap sebahagian daripada ahli bait seperti al-‘Abbas bapa saudara Rasulullah s.a.w. dan puteranya Abdullah bin al-‘Abbas r.a. Dan sebab mereka memusuhi dan mengkafirkan dua beranak ini adalah perselisihan antara kumpulan Ithna ‘Asyariyyah dengan khilafah al-‘Abbasiyyah.

Antara bid’ah mereka juga, mereka menghukum kebanyakan negeri-negeri Islam sebagai negeri kafir. Mereka mengkafirkan penduduk Mekah dan Madinah, Syam dan Mesir. Mereka mengeluarkan kata-kata yang dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. dan menganggapnya sebagai sebahagian daripada agama. Kata-kata ini terdapat di dalam sumber rujukan mereka yang asli seperti al-Kafi, Bahr al-Anwar, Tafsir al-Qummiy, Tafsir al-‘Ayyasyi, al-Burhan dan lain-lain.

Ekoran dari itu mereka menolak semua ulamak sunnah. Mereka menolak kitab-kitab hadis dan sunnah yang sahih. Bagi mereka, tiada Bukhari, Muslim, at-Tirmizi, dan an-Nasaei. Tiada Abu Hanifah, Malik, asy-Syafiei atau Ahmad bin Hanbal. Demikian juga, tidak ada pada mereka Khalid bin al-Walid, Sa’ad bin Abi Waqqas, Umar bin Abdul Aziz, Musa bin Nusair, Nurud-Din Mahmud, Salahud-Din, Qataz, Muhammad al-Fatih dan sebagainya.

Oleh kerana mereka telah menolak sahabat r.a., at-Tabi’in, kitab-kitab hadis dan tafsir, maka mereka berpegang dengan kata-kata yang nisbahkan kepada imam-imam mereka. Kata-kata itu dari segi periwayatannya amat-amat lemah. Lantaran itu juga lahir di kalangan mereka bid’ah–bid’ah yang munkar dengan begitu banyak sekali sama ada dalam bab akidah, ibadah, muamalah dan lain-lain. Bukan tujuan kita di sini untuk menghitung bid’ah mereka kerana itu memerlukan penulisan yang berjilid-jilid. Tujuan kita hanya sekadar untuk menunjukkan punca masalah sahaja agar senang bagi kita memahami natijah daripadanya. Sesungguhnya bid’ah yang dicetuskan oleh mereka tidak terhitung banyaknya. Antaranya taqiyyah, raj’ah, tuduhan yang mengatakan al-Quran diselewengkan, upacara memperingati hari syahidnya al-Husain bin Ali dan banyak lagi.

Apa yang diperkatakan di atas adalah sebahagian daripada fikrah firqah Ithna ‘Asyariyyah. Di sana terdapat banyak lagi firqah yang muncul pada masa itu, khususnya masa yang dikenali sebagai ‘hirah asy-syi’ah’ (kebingungan syi’ah) yang bermula pada pertengahan kurun ke tiga hijriyyah, selepas kewafatan al-Hasan al-‘Askariy (Imam mereka yang ke 12)

Bermula dari zaman itu lahirlah kitab-kitab dan karangan-karangan yang ditulis untuk memperteguhkan fikrah dan akidah mereka. Fahaman mereka tersebar dengan meluasnya di negeri Parsi khasnya dan di negeri-negeri Islam lain amnya. Namun tidak ada negara yang didirikan pada masa itu menjadikan fikrah ini sebagai asas kerajaannya secara rasmi. Tetapi pada akhir kurun ke 13 hijriyyah dan permulaan kurun ke 14, dengan beberapa kejadian dan perkembangan yang berlaku mereka dapat telah sampai ke tampok pemerintahan di sesetengah negara umat Islam.

setakat itu sja untuk kali ini...
terima kasih kerana sudi membaca...
assalamualaikum....
sumber dari:- syok.org...

Pahala diterima selepas mati

 assalamualaikum...alhamdulillah diberikan kesempatan untuk berkongsi disini..
entri kali ini adalah mengenai pahala yang diterima selepas mati....

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya. - yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.


segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan segala yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri ini..
sekian..assalamualaikum...


MAsa Untuk bErsihkan SaWanG

assalamualaikum...
alhamdulillah setelah sekian lama menyepi akhirnya diberi juga 
kesempatan untuk membersihkan sawang disini..
lebih kurang seminggu berhenti berblog untuk memeriahkan MSK...
nasib baik penat seminggu berakhir dengan kegembiraan sebab semuanya berjalan lancar...
semua berikan kerjasama yang baik kecuali 
budak-budak junior dalam bahagian yang degil sikit...
tapi tak kisah sangat sebab kerja jalan juga...walaupun hati ini agak panas pada mulanya...
ramai juga mantan-mantan yang turun untuk membantu dalam menjayakan MSK kali ini...
tetapi masalah mula berlaku selepas itu...lintas pintas berlaku di blok kediaman 
tetapi bukan semua bilik yang kena terjejas...nasib baik ada bilik yang kosong, boleh juga lepak sambil update blog ini...
setakat itu sahaja untuk kali ini...jika ada kesempatan lagi boleh update lagi...insyaAllah...
assalamualaikum...

cuti kejap

assalamualaikum...


oleh disebabkan kesibukan diri ini blog ini akan bercuti untuk seminggu...
harap maklum...sebarang kesulitan amat dikesali...
kerjasama anda amat dihargai....

Aku dalam dilemma

assalamualaikum...
semuanya berjalan lancar sehingga....
mesyuarat untuk membahagi tugas untuk minggu suai kenal....
memang tidak disangka yang akan diberikan tugas yang paling berat sepanjang MSK...
ditugaskan untuk menjadi ketua untuk AJK makanan...
sepanjang berkecimpung dalam bidang ini memang tidak pernah walaupun sekali menjadi AJK makanan...
sekali ditugaskan jadi KETUA....apa perasaan anda jika situasi tersebut berlaku kepada anda???
lepas itu masa nak bagi penerangan lagi best...dah lar blurr pastu kertas dan pen pun tak bawak...
ades....apa punya ketua?? tapi semua ini akan jadikan sebagai satu cabaran dan pengajaran  untuk menjadi yang lebih baik untuk masa hadapan...aku akan melakukan yang terbaik untuk MSK kali ini....
aku lebih suka  dibawah tetapi semua yang berada dibawah pasti akan berasa berada di atas 
sebab dunia ini bulat...setakat itu untuk kali ini...
assalamualaikum....


Aku Kembali

assalamualaikum
hari ini bangun awal sebab kena daftar masuk ke kediaman...
semua ini adalah untuk membuat persediaan untuk minggu suai kenal untuk budak2 junior..
mungkin selepas blog ini akan tidak aktif seperti sediakala...
minggu suai kenal ini akan berlangsung selama seminggu...
cuti pun tak puas lagi dah kena balik..tak cukup menikmati cuti...
tapi puas hati jgak sem ni sebb dapat bilik besar dari sem lepas...
harap anda terus menyokong blog ini...


aku akan kembali kesini...

setakat itu saja untuk kali ini...
assalamualaikum...

Fiq - Manifestasi Cinta

assalamualaikum...
setelah melihat muzik video kat eratv tadi terus terpikat...
terus rasa nak download...
best juga lagu dari fiq yang bertajuk manifestasi cinta...
mari layan sama-sama..




Fiq - Manifestasi Cinta Lirik


Apakah akan terjadi pada semua
Bila mentari dan sang bumi
Tak lagi saling memahami

Dan cinta yang sedia ada
Pupus sudah segalanya
Hanya tinggal sisa suka duka percintaan

Haruskan aku berdiam membisu
Berdiri membiarkan semua itu

Dan cinta yang sedia ada
Pupus sudah segalanya
Hanya tinggal sisa suka duka percintaan

Haruskan aku berdiam dan membisu
Berdiri membiarkan biarkan semua itu

Engkau nafas hidupku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Dari detik terulang
Kau rahsia mimpiku

Haruskan aku berdiam membisu
Berdiri membiarkan semua itu

Engkau nafas hidupku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Kau manifestasi cinta
Engkau rahsia mimpiku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Kau manifestasi cinta





jangan tanya maksud manifestasi sbb aku pun masih mencari maksudnya...
setakat itu saja...assalamualaikum

kelebihan membaca surah Yassin

assalamualaikum...
sudah menjadi kebiasaan umat Islam sekrang untuk membaca surah Yassin pada malam jumaat..
setiap ayat yang diturunkan pasti ada kelebihannya...

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", yaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.


2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.


3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.


4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.


5. Jika terpenjara akan dibebaskan.


6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.


7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.


8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.


9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.


10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.


11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al- 
Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah tuliskan  pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.


12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".


13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.


14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima buku amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan segala yang buruk itu adalah dari kelemahan diri ini...
assalamualaikum...

Perkara yang menjejaskan prestasi komputer

assalamualaikum...

Kemungkinan selepas setahun kita menggunakan komputer, kita akan dapati terdapat beberapa perubahan yang ketara terhadap prestasi komputer kita misalnya selalu 'hang' ataupun operasi yang semakin lambat. Jika kita pengguna yang hardcore pula, masalah ini pasti berlaku lebih awal lagi. Berikut disenaraikan sepuluh perkara yang dirasakan menjadi punca kepada terjejasnya prestasi komputer kita.

1. Mikropemproses mengalami kepanasan melampau.
Kepanasan melampau ini terjadi apabila motor kipas yang menjadi penyejuk kepada mikropemproses tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini disebabkan habuk yang terdapat di sekeliling kipas yang menyekat putaran kipas tersebut. Selain daripada itu, mungkin bearing kipas menjadi longgar yang menyebabkan gegaran berlaku pada mikropemproses. Kesannya ialah mikropemproses tidak dapat bekerja dengan baik.

2. Masalah RAM
Terdapat juga RAM yang dari jenis murah yang tidak memenuhi spesifikasi serta mempunyai masalah komposisi cip-cip yang siap terbina. Akibat dari masalah ini, ialah RAM mudah mengalami kepanasan melampau yang menjejaskan keupayaan komputer. Selain daripada itu, masalah ëBlue Screení juga akan lebih kerap berlaku.

3. Cakera keras (Hard Disk)
Bagi cakera keras pula, masalah-masalah yang menyebabkan terjejasnya prestasi komputer ialah seperti bertambahnya sektor-sektor rosak (bad sector) ketika melakukan proses chkdsk dan scandisk, kerosakan dalaman (intermittent) yang mengakibatkan kegagalan proses boot dan capaian putaran per masa yang rendah yang mungkin tidak sesuai dengan spesifikasi komputer yang digunakan.

4. Konfigurasi BIOS
Pengguna komputer seharusnya tidak terlalu bergantung kepada konfigurasi BIOS 'kilang' sebaliknya perlu mengetahui konfigurasi sistem yang optimum. Ini adalah kerana konfigurasi BIOS yang tidak tepat turut mempengaruhi keupayaan komputer.

5. Pengawal Cakera (
Disk Controller)
Kabel pengawal yang digunakan perlu menepati spesifikasi pengawal cakera yang dipasang. Begitu juga dengan papan ibu (motherboard) yang harus mampu menyokong pengawal cakera. Sebagai contoh pengawal cakera UDMA-66 memerlukan kad khusus untuk dipasang pada papan ibu yang hanya menyokong pengawal cakera UDMA-33. Jika tidak dipasang, ia pasti akan mengundang masalah kepada prestasi komputer.

6. Sistem Operasi
Sistem operasi seperti Windows XP dan Windows 2000 biasanya mempunyai banyak servis yang dijalankan. Servis-servis yang dijalankan jika terlampau banyak akan merencatkan prestasi komputer. Servis yang jarang diguna sepatutnya diberhentikan kerana ia banyak menggunakan sumber tenaga komputer.

7. Proses dan Aplikasi
Proses dan Aplikasi (.exe) yang terlampau banyak digunakan akan menyebabkan komputer menjadi perlahan. Untuk melihat proses dan aplikasi yang sedang dilarikan, pengguna bolehlah klik pada bahagian Windows Task Manager.

8. Fragmentasi Cakera (
Disk fragmentation)
Fragmentasi cakera berlaku apabila terlalu kerap fail-fail disimpan, dipadam dan ditukar. Ini menyebabkan kandungan fail bertaburan didalam sektor. Fragmentasi juga berlaku apabila kandungan cakera penuh. Seharusnya ruang kosong sebanyak 20% sehingga 25% perlu disediakan bagi mengurangkan masalah fragmentasi ini.

9. Aplikasi latar belakang
Ramai pengguna yang suka melarikan aplikasi latar belakang secara automatik selepas proses boot ataupun permulaan sistem operasi. Aplikasi yang terlalu banyak dilarikan pada satu-satu masa akan menyebabkan komputer menjadi perlahan dan adakalanya menyebabkan 'hang'. Aplikasi-aplikasi yang digunakan ini boleh dilihat pada folder Startup.

10.Sistem fail
Dalam sistem operasi Windows terutamanya NT dan 2000, pemilihan sistem fail iaitu NTFS dan FAT adalah sangat penting. Ini adalah kerana sistem fail ini merujuk kepada saiz dan bilangan kelompok dalam sesuatu cakera. Saiz kelompok yang besar akan meningkatkan prestasi komputer. Kebiasaanya, sistem fail NTFS mempunyai saiz kelompok yang lebih besar berbanding FAT.


sekian..assalamualaikum...

Revolusi Siaran Radio dan TV di Malaysia


assalamualaikum...
tv dan radio merupakan salah satu keperluan untuk manusia zaman sekarang....
entri kali ini mengajak pembaca sekalian untuk melihat revolusi siaran radio dan tv di Malaysia...

1946
Penubuhan Radio Malaya. Disiarkan dari Singapura.
1959
Radio Malaya/Rangkaian Nasional disiarkan dari Kuala Lumpur.
1971
Rangkaian Nasional memulakan siaran 24 jam.
Radio Malaysia Ibukota (RMIK) dilancarkan untuk para pendengar di Kuala Lumpur.
1975
20 Jun - Radio FM Stereo dilancarkan di Lembah Klang menerusi 95.3FM. Siaran radio pertama di Malaysia menggunakan format stereo. Siaran ini juga kadangkala dapat diikuti di Negeri Sembilan, Melaka, Johor utara, Ipoh, Taiping, selatan Pulau Pinang, Kuantan, Kuala Terengganu dan selatan Kedah. Ketua stesen pertama ialah Tan Sri S.M. Salim.
1989
Kesemua nama rangkaian radio RTM diseragamkan.
Rangkaian Nasional - Radio 1 RTM (24 jam)
FM Stereo - Radio 2 RTM (9 pagi-12 malam)
Radio Malaysia Ibukota, RMIK- Radio 3 Ibukota (6 pagi-9 malam)
Rangkaian Biru - Radio 4 RTM (6 pagi-12 malam)
Rangkaian Hijau - Radio 5 RTM (6 pagi-12 malam)
Rangkaian Merah - Radio 6 RTM (5 pagi-11 malam)
1991
Kesemua rangkaian radio RTM dipancarkan menerusi format FM Stereo.
1993
1 Januari - Radio 2 RTM menambah masa siaran 3 jam dan beroperasi 6 pagi-12 malam.
Kesemua saluran Radio 3 seluruh negara ditambah 3 jam masa siaran dan beroperasi 6 pagi-12 malam.
1994
1 Ogos - Radio 2 RTM dinamakan Radio Muzik dan mula dipancarkan ke seluruh negara. Ia beroperasi 24 jam.
31 Ogos -Time Highway Radio (THR) memulakan siaran radio swasta pertama.
1996
Radio 4 dan Radio 5 mula beroperasi 24 jam.
FM92.9 (Hitz FM) memulakan siaran ujian di Lembah Klang.
Stesen pemancar Menara Kuala Lumpur memulakan siaran ujian 7 frekuensi baru FM RTM (87.7, 88.5, 89.3, 90.3, 92.3, 93.1 dan 93.9). Walaubagaimanapun FM 93.1 telah ditukarkan ke FM 91.1 kerana bertindih dengan FM 92.9 (siaran ujian Hitz FM pada waktu itu).
Radio 7 dan Suara Islam mula keudara menerusi 91.1FM dari Menara Kuala Lumpur.
Radio 8 dilancarkan.
Radio 3 Ibukota dinamakan Radio KL.
Best 104 Johor mula memancarkan siaran ke Lembah Klang menerusi 104.1FM.
RFM 98.8 (Rediffusion) memulakan siaran.
1997
1 Januari - Hitz FM dilancarkan di Lembah Klang.
FM94.5 (Mix FM) memulakan siaran ujian di lembah Klang.
Radio 6 mula beroperasi 24 jam.
16 April - Mix FM dilancarkan di Lembah Klang.
FM103.3 (Classic Rock), FM101.8 (Talk Radio) dan FM105.7 (Light and Easy) memulakan siaran ujian di Lembah Klang.
Julai -TalkRadio, Classic Rock dan Light and Easy dilancarkan di Lembah Klang.
November - Rangkaian kedua Rediffusion RFM 91.5FM dilancarkan. 98.8FM dinamakan Redi 98.8 .
Saluran TV ntv7 memulakan siaran ujian di Lembah Klang diikuti Ipoh, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.
1998
16 Mac - Radio Irama Melayu Asli, RiMA RTM memulakan siaran ujian.
1 April - Radio RiMA dilancarkan.
7 April - NTV 7 dilancarkan di seluruh negara.
31 Julai - Siaran TalkRadio 101.8FM dan Classic Rock 103.3FM tidak lagi disiarkan. My FM mengambilalih 101.8FM dan Era FM di 103.3FM pada 1 Ogos.
31 Ogos - Kesemua saluran Radio RTM diberi nama baru bermula dengan Radio Malaysia

Radio 1 RTM
à Radio Malaysia Saluran 1
Radio Muzik 
à Radio Malaysia Saluran Muzik
Radio 4 RTM
à Radio Malaysia Saluran 4
Radio 5 RTM
à Radio Malaysia Saluran 5
Radio 6 RTM
à Radio Malaysia Saluran 6
Radio 7 RTM
à Radio Malaysia Saluran 7
Radio 8 RTM
à Radio Malaysia Saluran 8
Radio RiMA 
à Radio Malaysia Saluran RiMA
Radio KL
à Radio Malaysia Kuala Lumpur, RMKL
Radio 3 Kangar
à Radio Malaysia Perlis, RMP
Radio 3 Alor Star
à Radio Malaysia Kedah, RMK
Radio 3 Pulau Pinang
à Radio Malaysia Pulau Pinang, RMPP
Radio 3 Ipoh
à Radio Malaysia Negeri Perak, RMNP
Radio 3 Shah Alam
à Radio Malaysia Selangor, RMS
Radio 3 Seremban
à Radio Malaysia Negeri Sembilan, RMNS
Radio 3 Melaka
à Radio Malaysia Melaka, RMM
Radio 3 Johor Bahru
à Radio Malaysia Johor, RMJ
Radio 3 Kuantan
à Radio Malaysia Pahang, RMP
Radio 3 Kuala Terengganu
à Radio Malaysia Terengganu, RMT
Radio 3 Kota Bharu
à Radio Malaysia Kelantan, RMK
1999
RFM 91.5 menukarkan frekuensinya ke 104.9FM dan dinamakan Red 104.9 .
Penggunaan nama Radio Malaysia pada Radio 1, Muzik, 4,5,6,7,8 dan RiMA dimansuhkan. Hanya rangkaian Radio ibu negeri mengekalkan nama Radio Malaysia.
2000
WowFM memulakan siaran di Lembah Klang dan sekitar bandar-bandar utama di Semenanjung.
2001
IKIM FM memulakan siaran 91.5FM di Lembah Klang. Kemudian mengembangkan siaran ke serata tanah air.
RMKL mula beroperasi 24 jam.
2003 
20 Januari - WowFM hanya ke udara di Lembah Klang sahaja. Siaran di luar Lembah Klang ditamatkan.
16 Februari - Radio RiMA disambung siar ke seluruh negara melalui Radio 1 selama 45 minit setiap hari.
1 Jun - Penambahan waktu sambung siar RiMA di Radio 1 dari 10.15 malam hingga 11.30 malam.
9 September - Saluran TV 9 (nine) dilancarkan di Lembah Klang.
November - Saluran TV 8 (8 tv) memulakan siaran ujian di Lembah Klang.
2004
8 Januari - Siaran Media Prima 8tv dilancarkan di Lembah Klang dan bandar-bandar utama pantai barat Semenanjung Malaysia.
1 Mac - Saluran Radio FM ke-6 AMP Astro, Sinar FM dilancarkan di Lembah Klang. Saluran ke-7 AMP Astro (Varia FM) memulakan siaran ujian di 92.0FM di Lembah Klang, kemudian 105.4FM dan akhirnya 103.0FM.
28 Sept - Astro X-Fresh FM 103.0FM (Saluran FM ke-7 AMP) memulakan siaran secara rasmi.
2005 Home
1 Februari - Siaran Channel 9 diberhentikan.
1 April - Penjenamaan semula semua siaran radio RTM

Radio 1 - Nasional FM
Radio (2)Muzik - Muzik FM
Radio Malaysia Kuala Lumpur RMKL - KLFM
Radio 4 - TraXX FM
Radio 5 - Ai FM
Radio 6 - Minnal FM
Radio 7 - Asyik FM
RiMA - Klasik FM

dan kesemua siaran radio negeri juga diberi nama baru.

1 Okt - Media Prima Fly FM memulakan siaran rasmi.
15 Okt - WA FM berhenti beroperasi.
1 Nov - Suria FM memulakan siaran ujian 105.3FM di Lembah Klang & 105.9FM di Kota Kinabalu..
2006 
1 Januari - Suria FM memulakan siaran rasmi.
6 Februari - Media Prima Hot FM memulakan siaran rasmi.
22 April - Media Prima Channel Nine dilancarkan semula sebagai TV 9


kita sememangnya beruntung kerana sekarang sudah ada pelbagai variasi siaran...
boleh tukar-tukar apabila sudah bosan...bayangkan zaman datuk dan nenek kita dulu...
kalu dah bosan kompem pegi menoreh...
sekian..assalamualaikum