Assalamualaikum.
Sekejap sahaja rasanya masa berlalu, sudah tiba bulan Syaaban dan ianya menandakan kita semakin hampir melalui bulan Ramadhan. Setiap bulan didalam Islam pasti ada kelebihan dan sejarahnya. Syaaban juga dikenali sebagai bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah',
kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari untuk mencari sumber
air di padang pasir bagi ketibaan bulan yang seterusnya iaitu bulan Ramadhan yang cuacanya panas.
Antara peristiwa penting yang berlaku pada bulan Syaaban ialah :
1.
Malam Nisfu Syaaban
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah iaitu hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja) dan15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib.
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah iaitu hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja) dan15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib.
2. Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis. Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.
3. Peperangan Zat Al-Riqa
Peristiwa peperangan Zat Al-Riqa tercetus akibat pengkhianatan di kalangan kabilah-kabilah Nadj terhadap kaum Muslimin. Tragedi ini telah mengorbankan sehingga 70 orang kaum muslimin.Peperangan ini dinamakan Zat Al-Riqa (peperangan yang bertampung) oleh kerana tentera Islam pada ketika itu ramai yang telah pecah tapak kaki ketika dalam perjalanan.
4. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah
seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya
adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin
Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah
pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit
bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia
meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan
pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk
membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada
waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin
Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah
menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak
faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan
Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di
antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun
56H.
8 pendapat bernas:
salam..perkongsian yg bagus
nice info, :)
salam kenal...saya follow blog ni :)
terima kasih kongsi info..
Thankz sharing ;),nak puasa dah
pakat puasa bulan ni
info berguna..gandakan usaha tingkatkan amalan..semoga diterimaNYa..:D
salam kenal...memang perlukan info ni, thanks...
Post a Comment