Assalamualaikum.
Rejab
bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud
bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah
menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia
dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang
di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan
mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab.
Antara peristiwa penting yang berlaku pada bulan rejab ialah :
1. Hijrah Pertama Dalam Islam
Ada di kalangan sahabat yang
mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila
pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan
orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke
negeri Habsyah. Tujuan hijrah ini untuk
menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam
berkembang.
2. Israk dan Mikraj
Israk dan Mikraj ertinya
Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan
diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5
waktu dari Allah SWT. Terdapat khilaf ulamak mengenai
tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama bersepakat
menerima ianya berlaku pada 27 Rejab.
3.
Peperangan Tabuk
Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk
di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000
orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan
diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang
sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang
disaksikan oleh Rasulullah SAW.
4.
Pembebasan Baitul Maqdis
Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al
Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan
Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi
ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah
500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya
selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam
di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari
Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul
Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5.
Lahirnya Imam Syafie RH
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah,
Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada
imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti
mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga
dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al
Umm.
sumber : sini
3 pendapat bernas:
owhh remind me back to sirah... hehhe =D tq cs....lupa dah isra' mi'raj bulan rejab..huhu
puasa banyak sket bulan ni yok~
thx for sharing
kadang2 kalau guna nama lain kita mudah tertipu jika kurang ilmu
Post a Comment