CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Lidah - Antara Aib Dan Kebaikan

Assalamualaikum.
Lidah ialah salah satu organ manusia yang kadang kala sukar dikawal. Ianya juga menjadi salah satu dari jalan aib dan kebaikan kita terbuka. Lidah dan percakapan adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan pada dalam perhubungan sesama manusia. 


Lidah juga kadang-kadang boleh menjadi pemula dan pengakhir kepada satu pertelingkahan. Ini adalah satu hadis yang mengajar kita untuk menjaga lidah supaya tidak menyesal pada akhir perbualan.

Sabda Rasulullah  s.a.w yang bermaksud,

 “Dan janganlah kamu berbicara dengan satu perbicaraan yang akan menyebabkan kamu terpaksa meminta maaf esoknya." ’(Hadis riwayat Ibnu Majah).


Perbualan merupakan salah satu tempat paling mudah pertelingkahan berlaku akibat salah paham. Kita juga dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Banyak perkara baik boleh datang dari lidah dan ianya bergantung kepada penggunanya. 


Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.

BcR 1st Year Gath Anniversary : Breaking The Ice

Assalamualaikum..
Buat kali ketiga bcr mengadakan gathering  dan ianya merupakan salah satu gathering yang besar buat geng bcr. Gathering ini diadakan sempena ulangtahun pertama penubuhan BCRoom. Kali ini ianya diadakan di Sunway Piramid. Terdapat 2 aktiviti yang telah dirancang dan berjaya dilakukan pada gathering kali ini iaitu bowling dan ice skating. Dianggarkan seramai 12 orang yang hadir pada gathering kali ini. 


klik untuk kepuasan maksima
Perjalanan cs dimulakan dihentian lrt wangsa maju menuju ke KL Sentral untuk menunggu 2 lagi blogger lain iaitu cikmatakuyu dan wan. Walaupun begitu perjalanan cs tidak berjalan lancar disebabkan tersilap naik platform dan tersilap naik platform lalu dibawa kelaluan bertentangan. Nasib cs agak baik sebab hanya terdapat 2 stesen sahaja sebelum lrt berpatah balik. 




Sampai ke KL Sentral terus menuju ke food court yang terletak di tingkat atas sekali. Selepas sarapan dan menunggu yang lain sampai, cs bertolak ke ke stesen kelana jaya sebelum menaiki bas rapid ke sunway piramid. Sebaik sampai di Sunway Piramid, terus menuju ke tempat yang telah disetujui iaitu bowling. Sampai sahaja di tempat bowling ternampak jt iaitu penganjur kepada gathering telah menunggu. 



Selepas bermain bowling yang telah dijuari oleh cs sendiri. (bangga jap) itu pun disebabkan juara gathering lepas tidak dapat hadir kalau tidak memang kalah. Selepas bermain bowling, semua bersolat dan menikmati makan tengah hari yang telah disponsor oleh diri sendiri dan terus ke tempat ice skating untuk melakukan aktiviti kedua yang telah dirancang. 




Bermain ice skating ternyata sesuatu yang sangat menyeronokkan sebab bagi yang tinggal jauh pasti tidak dapat selalu berice skating. Itu sahaja aktiviti yang diadakan pada gathering kali ini. Ternyata semua yang hadir sangat sporting dan tidak sombong. Harap bcr akan mengadakan gathering lagi selepas ini. Sekalung tahniah kepada semua yang hadir kerana menjayakan gathering kali ini. Semua yang hadir bagaikan satu keluarga. 


Semua yang hadir. 
Mereka yang hadir ialah  Jejaka Terhangat Red CintaTulip Jeszyuu Beauty Lover Fafa, Wan, Feeza MachoGadis TerbilangNanamanes Mieefieena zazaSHY PedangtajamSuffer8zineRainys, dan The Crow (tak dapat jumpa sebab datang kejap pastu hilang). Minta maaf kalau ada yang tertinggal nama diatas ini. BcR menghubungkan sesama blogger. 

p/s : gambar lain boleh dilihat di sini dan sini .. terima kasih kepada yang sudi tangkap gambar.. 

A Love Story - aimanazlan

Assalamualaikum. 
Kali ini cs akan berceritakan mengenai satu vlog yang dihasilkan oleh aimanazlan yang bertajuk "A Love Story". Vlog ini boleh memberi inspirasi kepada sesiapa yang mengalami masalah cinta. Satu masalah yang sering dialami oleh remaja. Vlog ini mungkin tidak dapat menjawab soalan-soalan anda mengenai cinta tetapi ianya sedikit sebanyak mungkin memberi pengajaran kepada sesiapa yang mengejar cinta sebelum nikah. 



Pada yang tidak dapat menonton video ini atas sebab internet yang perlahan, cs akan cuba ceritakan sedikit mengenai vlog ini. Vlog ini menceritakan satu kisah cinta yang benar-benar berlaku terhadap seorang gadis yang bertanyakan mengenai perhubungan (hubungan lelaki, perempuan, boyfriend dan girlfriend)  kepada aimanazlan melalui email 4 bulan lepas. Walaupun saudara aimanazlan ini bukan seorang yang pakar dalam percintaan ini tetapi beliau membuat keputusan untuk membantu gadis tadi.

Soalan pertama iaitu dari email pertama bertanyakan tentang bolehkah kita menjalinkan hubungan sebelum perkhawinan dan bagaimana kita tahu adakah dia adalah seseorang yang telah diciptakan untuk kita. Aimanazlan menjawab " Hubungan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim hanya boleh selepas perkhawinan dan dia memberikan panduan untuk gadis tadi bagaimana untuk mengejar perkhawinan. Gadis tadi berterima kasih dengan jawapan yang diberi aimanazlan dan gadis tadi menyatakan bahawa ianya susah untuk bercakap dengan orang mengenai topik seperti ini. 

Melalui email kedua yang dihantar kepada aimanazlan dia menyatakan yang dia mempunyai boyfriend dan telah berpisah dengannya selepas beberapa ketika. Dengan alasan dia tidak mahu perhubungan seperti ini sebelum perkhawinan. Tetapi budaya masyarakat sekarang menampakkan kita perlu mempunyai hubungan sebelum perkhawinan dan dia tidak mahu perkara seperti ini lagi. Dipendekkan cerita, selepas putus hubungan dengan teman lelaki gadis berkenaan semakin mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan memohon untuk diberikan kekuatan. Selepas sebulan berpisah gadis terbabit mendapat tawaran untuk menjadi guru sementara di kampung halamanya. 

Kurang seminggu bekerja, beliau dilamar di facebook oleh cikgu yang mengajar disekolah yang sama. Pada awalnya, dia merasakan perkara tersebut merupakan gurauan tetapi tidak lama selepas melamar lelaki tadi terus berjumpa dengan ibubapa gadis tadi dan keluarganya bersetuju. Doa gadis tadi terjawab untuk merasa cinta yang halal. InsyaAllah pada 21 November 2011 mereka akan berkahwin dan tarikh berkenaan merupakan 2 bulan selepas perkenalan. Gadis tadi berbangga untuk dapat cinta sebegini  dan meminta untuk tolong doakan mereka agar kekal di dunia dan akhirat.

Cerita ini sudah menunjukkan jika kita berdoa dengan Allah s.w.t dan redha kepadaNya kita akan mendapat sesuatu yang lebih bermakna walaupun terpaksa mengorbankan sesuatu yang berharga. Apa yang cs cuba ceritakan mungkin tidak 100% seperti video diatas tetapi cs dah cuba yang terbaik untuk menceritakan apa yang ada dalam vlog diatas. Sebenarnya ini bukan vlog pertama yang dihasilkan oleh aimanazlan tetapi merupakan vlog ke 21 beliau. Disini cs sertakan link facebook dan Youtube aimanazlan. 


Bahasa Melayu - Susah Sangat Kah Untuk Digunakan?

Assalamualaikum. 

Itu reaksi pertama cs apabila melihat kebanyakan golongan muda sekarang menggunakan ejaan bahasa yang tidak ada langsung dalam kamus. 

Bahasa ini rasanya baru muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Serius cs penat nak membaca perkataan macam tu. 

Klik untuk besarkan.

Perkara macam ini boleh  merosakkan bahasa itu sendiri, walaupun dalam keadaan kita tidak sedar ianya sudah pun dirosakkan oleh budak-budak yang merasakan bahasa itu sangat comel. 

Sebenarnya bagi sesetengah golongan ianya merupakan satu bahasa yang sangat letih untuk dibaca. Sedarlah kita ada bahasa yang sangat mudah dan cantik yang boleh digunakan. Tidak perlu cipta sesuatu yang tidak berguna dan sia-sia. 

Sayangi Bahasa Kita

Duit Ditelan Mesin Atm

Assalamualaikum.
Mungkin agak lucu dan pelik apabila dikatakan mesin atm menelan duit yang sudah dikeluarkan, tetapi perkara ini telah berlaku pada cs 2 hari lepas. Selepas melakukan rutin mengeluarkan wang seperti biasa pada mesin atm cs pun simpan kad atm dulu dalam dompet, mungkin cs mengambil masa yang terlalu lama untuk menyimpan kad atm yang membuatkan duit itu ditelan semula oleh mesin atm.




Atas nasihat dari beberapa orang di bcr cs pun pergi untuk membuat laporan kepada pihak bank pagi tadi, Selepas menunggu hampir setengah jam, akhirnya sampai juga giliran cs. Pelik juga walaupun, cs tidak pergi pada waktu makan tengah hari, tetap ada ramai orang yang datang pada hari ini. Selepas membuat laporan, cs diminta untuk menunggu satu minggu untuk laporan tersebut diproses.


Pengajaran yang cs dapat, lain kali kena cepat-cepat ambil duit kat mesin atm. Rasanya duit itu ditelan merupakan salah satu daripada langkah keselamatan yang dicipta untuk mengelakkan daripada berlaku kecurian akibat kelalaian pengguna itu sendiri. Jadi tidak boleh nak salahkan mesin atm sepenuhnya sebab ianya hanyalah sebuah mesin yang telah diprogram oleh manusia.




Perasaan - Salah Satu Permainan Paling Menyeronokkan

Assalamualaikum.
Bila diceritakan mengenai susahnya menghargai sesuatu ini memang sangat subjektif. Dari satu sudut yang berbeza ia boleh berkait dengan perasaan orang. Bak kata Feeza Macho pada salah satu status di facebooknya yang telah diterjemah berbunyi "Dalam semua mainan di dunia. Orang memilih perasaan untuk bermain." 




 Kenapa kita suka bermain dengan perasaan ? Apakah ianya sesuatu yang menyeronokkan ?






Ya, ianya menyeronokkan jika kita berjaya bermain dengan perasaan orang lain tetapi apabila ianya terkena pada diri sendiri bermain dengan perasaan ini akan menjadi sesuatu yang sangat dibenci. Sudah pasti ramai yang akan membenci perkara yang tidak disukai berlaku pada diri sendiri, tetapi adakah perkara yang sama kita fikir apabila kita melakukannya pada orang lain. 





 

Menghargai perasaan orang yang ketika kita sayang atau suka akan menjadi lebih mudah berbanding dengan orang yang kita benci atau muak. Sama juga apabila kita hendak meminta pertolongan seseorang, pasti ianya sangat mudah apabila kita ditolong dengan mudah tanpa perlu memujuk dengan lama. 
 


Sekurang-kurangnya cuba ucapkan "terima kasih" kepada orang yang telah menolong kita kerana ianya adalah satu kata-kata yang boleh membuat seseorang itu merasa dihargai. Kadang-kadang memang orang yang menolong itu tidak akan berharap dengan ganjaran tetapi "terima kasih" merupakan salah satu ganjaran yang sangat mudah dilafaz dan sangat bernilai kepada yang mendengarnya.






Perasaan orang memang sesuatu yang sangat rumit kadang-kadang. Memang sangat susah untuk difahami, tetapi kita perlu berusaha memahainya walaupun sedikit. Salah satu sikap yang paling penting dalam perlu ada untuk saling menjaga perasaan masing-masing adalah sikap saling bertolak ansur. Sekiranya kita boleh bertolak ansur sudah pasti perasaan kedua belah pihak akan saling terjaga. Hidup kena adil jangan selalu pentingkan diri. 

Puss In Boots : Filem Animasi Wajib Tengok Bagi Pencinta Kucing !!


Assalamualaikum.
Filem Puss in Boots ini merupakan filem animasi pertama yang aku tonton di pawagam. Sebelum ini biasa tonton filem bukan animasi sebab aku tidak begitu tertarik untuk menonton filem animasi dipawagam. Filem ini mengisahkan bagaimana Puss in Boots mendapat gelarannya. Bagi yang tidak tahu kucing ini merupakan watak yang sama dari filem animasi Shrek. 


Puss telah berjumpa semula dengan Humpy (dibantu oleh Kitty). Pada mulanya Puss enggan membantu Kitty dan Humpty Dumpty tetapi setelah dipujuk, akhirnya Puss bersetuju. Mereka bertiga berjaya mendapatkan kacang ajaib tersebeut dari Jack dan Jill dan telah menggunakannya untuk mengambil telur emas yang dijaga oleh seekor monster yang ganas.  Di luar pengetahuan Puss, kitty Softpaws dan humpty Dumpty sebenarnya mempunyai rancangan buruk terhadap Puss.


Pertama sekali apa yang boleh dikatakan adalah filem ini mempunyai kekuatan pada grafik yang sangat baik berbanding filem animasi yang lain. Filem ini juga mempunyai kekuatan pada segi komedi kerana ada beberapa babak yang boleh membuatkan satu panggung ketawa. Walaupun durasi filem ini memakan masa selama 90 minit, jalan ceritanya membuatkan anda merasa filem ini hanya sekejap ditonton. 

salah satu babak yang kelakar

Selain itu, terdapat beberapa imbas kembali yang disusun dengan baik membuatkan jalan fiem ini mudah difahami oleh semua yang menonton. Akhir sekali, seperti yang dikatakan pada tajuk entri ini semua pencinta kucing wajib tengok filem animasi ini kerana semua kucing-kucing yang dipertontonkan amat comel dan anda tidak akan berasa rugi menontonnya dipawagam.

p/s: pawagam hari ini penuh dengan budak tadika yang buat rombongan menonton filem ini. riuh juga keadaannya...