CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Apa itu Doping Test ?

Assalamualaikum.
'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit. 'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang. Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.

Terdapat beberapa alasan kenapa penggunaan bahan ini diharamkan : 

- Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul. 


- Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa.

- Undang-Undang - Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan.


Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia yang telah berjaya memenangi pingat emas pada acara bola sepak Sukan Sea 2011. Tetapi provokasi Indonesia tidak berakhir disitu apabila 3 pemain bola sepak Malaysia disuruh untuk melakukan "Doping test". Akhirnya provokasi Indonesia tidak berjaya kerana ketiga-tiga pemain itu bebas daripada bahan yang dilarang.

Kenalpasti Warna Urin Anda

Assalamualaikum.
Urin merupakan bahan kumbahan cecair badan yang disingkir oleh buah pinggang melalui proses penapisan dikenali sebagai air buangan. Terdapat banyak warna urin dan setiap satu ada maksudnya yang tersendiri. Warna urin memang akan berubah-ubah, perubahan urin ini dipengaruhi oleh beberapa faktor, faktor yang terpenting adalah kadar air dalam tubuh kita.  Perubahan warna urin itu boleh dijadikan sebagai pengukur cecair dalam badan kita.


Warna urin jernih memang warna normal urin jika warna berubah menjadi kuning muda atau bahkan menjadi kuning tua itu bermakna tubuh kita sudah mulai kurang cecair, mungkin pengambilan air yang kurang atau aktiviti yang banyak kerana cairan tubuh kita paling banyak dikeluarkan melalui buang air kecil, dan berpeluh. Jernih menunjukkan terlebih air, yang biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air dehidrat. Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam aliran darah melalui lebih-hidrat.
 

Kuning/Kuning bata cair mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah. Sesetengah ubat seperti rifampin dan pyridium boleh menukar urine menjadi kuning bata. Kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing. Memakan ubi bit mampu menyebabkan urine mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara. Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow / mungkin disebabkan oleh permakanan vitamin tambahan, terutama vitamin B.


Urin gelap atau perang mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert. Urin berwarna hitam atau gelap dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma. Urin kemerahan atau kelabu mungkin disebabkan oleh porphyria. Porphyria bukannya satu penyakit yang berjangkit tetapi merupakan penyakit genetik yang boleh diwarisi. Bagi mencegah supaya warna urin tidak kuning adalah dengan meminum air putih minimum 8 gelas sehari,ukuran itu disesuaikan dengan aktiviti seharian kita.

p/s: untuk pengetahuan idea untuk menulis entri ini tidak datang semasa membuang air kecil...harap maklum.

11/11 Dalam Sejarah

Assalamualaikum.
Semakin hari masa dirasakan berlalu semakin pantas, hari ini sudah hampir masuk ke pertengahan bulan November. Tarikh hari ini ialah 11/11/11 yang sangat ditunggu-tunggu oleh ramai orang didunia. Perasan atau tidak sebenar banyak perkara lain yang telah berlaku pada tarikh 11/11 sepanjang abad. Berikut merupakan beberapa peristiwa sepanjang abad ini yang telah dicatatkan dalam sejarah. 

- 1675 - Gottfried Leibniz mendemonstrasikan kamiran kalkulus buat pertama kalinya untuk mencari luas di bawah graf bagi fungsi y = f(x). 

- 1880 - Perompak bank dan penyamun Australia Ned Kelly digantung di Melbourne. 

- 1918 - Perang Dunia Pertama berakhir. 

-1930 - Albert Einstein dan Leó Szilárd mendapat paten bagi ciptaan mereka, peti sejuk Einstein.

- 1965 - Perdana Menteri Tanggungan Mahkota British Rhodesia Selatan Ian Smith mengeluarkan Perisytiharan Kemerdekaan Satu Pihak Rhodesia.

- 1975 - Krisis Perlembagaan Australia 1975 berlaku apabila Gabenor Jeneral Australia, Sir John Kerr menyingkirkan Perdana Menteri Gough Whitlam.

- 1978 - Maumoon Abdul Gayoom memulakan penggal pertamanya sebagai Presiden Maldives.

- 2004 - Pengerusi pertama Pertubuhan Pembebasan Palestin Yasser Arafat meninggal dunia di Paris, dan digantikan oleh Mahmoud Abbas.

- 2008 - Ketua kepurbaan Mesir Zahi Hawass mengumumkan penemuan sebuah piramid berumur 4,300 tahun milik Ratu Sesheshet, bonda Raja Teti.

Sepanjang kita hidup ini banyak perkara yang telah dan akan berlaku. Peristiwa yang lampau dikatakan sebagai sejarah dan peristiwa akan datang pula dikatakan sebagai rancangan tetapi semuanya ditentukan Allah s.w.t. 


Entri Khas Aidiladha

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pada hari ini iaitu 6/11/2011 bersamaan dengan 10 zulhijjah tahun 1432 hijrah kita menyambut salah satu daripada perayaan yang sangat besar ertinya dalam sejarah Islam iaitu hari raya aidiladha atau lebih dikenali dengan nama hari raya haji dan hari raya korban.
 

Dikesempatan ini cs ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua pembaca blog ini. Mari sama-sama kita menghayati pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail untuk menunjukkan rasa taat kepada Allah s.w.t. Disini cs ingin berkongsi satu hadis yang berkaitan dengan hari raya Aidiladha.


 “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)


Sekali lagi Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua yang menyambutnya.. 



Trafik vs Komen

Assalamualaikum.
Idea ini datang masa tengah baring-baring sebelum ke alam lain. Bila idea dah ketuk minda, mata pun boleh tahan segar tapi perut agak lapar, terus bangun hidupkan balik senjata untuk berblog untuk hasilkan entri baru ini. Trafik dan komen memang tidak dapat dipisahkan oleh blogger sudah menjadi tradisi bagi setiap blogger yang inginkan trafik dan komen.

Apa itu trafik? Rasanya ramai blogger tahu apa itu trafik. Pada mereka yang tidak tahu, trafik adalah jumlah pelawat yang datang ke blog kita. 

Apa itu Komen? Erti kata komen sudah pasti ramai yang dah tahu juga. Pada mereka yang tidak tahu, komen adalah pendapat, luahan atau cemuhan terhadap sesuatu perkara. (pada pandangan cs).

Blogger ini ada macam-macam jenis. Ada diantara blogger ini sangat mengejar trafik sehingga mengabaikan dan tidak mementingkan komen, dan ada sesetengah dari mereka sangat mementingkan komen berbanding trafik diblog, tidak dilupakan mereka yang mengejarkan kedua-duanya. Sepanjang cs berblog ini banyak jenis blog yang dah pernah cs jumpa dan singgah. Kadang-kadang tu pelik juga trafik tinggi tapi komen tu langsung tiada. 

Berdasarkan pemerhatian cs juga, blog-blog yang mengeluarkan kata-kata dan pendapat sendiri lebih mendapat komen dan tempat diantara pembaca-pembaca blog berbanding blog yang tidak mengeluarkan pendapat sendiri sebaliknya hanya menjadi tukang masak yang hanya pandai membuat kopi dan memasak pasta diblog masing. Cs sendiri tidak terlepas dari menjadi tukang masak sebab tu blog ini kekal picisan. Jadi anda blogger yang jenis bagaimana? Adakah yang mengejar Trafik dan Komen atau hanya mengejar Trafik??

Windows 7 berwajah baru

Assalamualaikum.
Selepas bosan melihat tema  windows 7 yang aku guna sebelum ini, aku buat keputusan untuk melakukan sedikit perubahan kepada rupa bentuknya. Selepas beberapa tema ditukar dan akhirnya ini adalah rupa terbaru windows 7 yang aku gunakan.


Klik sini untuk lihat kaedah ubah rupa windows anda.