CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Kata Sekupang Mengenai Fast Five (Fast Furious 5)


Assalamualaikum.
Rasanya dah lama aku tak tulis pasal movie, jadi kali ini nak tulis pasal movie yang sudah ditayangkan sejak 2 hari lepas iaitu Fast And Furious 5 atau Fast Five dipasaran Amerika Syarikat. Fast Five merupakan siri kelima dari siri filem Fast and Furious. Filem bermula dengan Dominic Toretto (Van Diesel) berjaya melarikan diri dari penjara dengan bantuan adiknya, Mia Toretto (Jordana Brewster) dan Brian O’Connor (Paul Walker) lantas membentuk satu trio yang dikehendaki oleh FBI.

Mereka melarikan diri ke Rio, Brazil dan mula menjalankan kegiatan biasa mereka iaitu merompak kereta mewah. Namun, apa yang terjadi ialah mereka telah tersilap merompak kereta yang sepatutnya dihantar kepada Reyes, seorang hartawan taiko di Rio yang merupakan dalang kepada semua kegiatan jenayah di Rio. Rupanya terdapat sesuatu pada kereta itu yang sangat penting buat Reyes.
FBI mula menghantar pemburu terhebat mereka, Hobss (lakonan The Rock) untuk memburu mereka bertiga di Rio. Begitu juga dengan Reyes dan kuncu-kuncunya yang mahukan semula kereta tersebut. Namun seperti biasa, hero tak boleh goyang. Menyedari mereka mempunyai sesuatu yang penting buat Reyes, mereka merancang untuk merompak harta Reyes yang bernilai 100juta, dan ini merupakan cabaran hebat kerana Rio bukan tempat mereka dan Reyes telah merasuah seluruh Rio bagi melindungi hartanya.

Lantas, mereka mula mengumpulkan star-star dalam bidang rompakan yang mereka pernah kenali (dari Fast and Furious 1 hinggalah Fast and Furious 4). Setiap mereka mempunyai kepakaran masing-masing dan semuanya memang handal dalam lumba kereta haram. Antara yang menarik ialah Han (dari Fast Furious Tokyo Drift), Tej dan Roman Pearce (dari Fast Furious 2) dan Gisele dan Don (dari Fast and Furious 1). Jadi berjayakah mereka dalam mission imposibble ini? Macam mana pulak nak tewaskan the Rock yang besar gabak itu?






Filem ini memang penuh dengan aksi dari awal sampai habis. Ada juga banyak adegan dan dialog yang lucu buat satu panggung ketawa. Durasi filem ini selama 2 jam 12 minit memang akan memuaskan hati sesiapa yang menonton dipawagam. Jalan ceritanya ada sedikit menyelitkan babak dari salah satu permainan lumba kereta iaitu Need For Speed "Undercover" pada bahagian akhir cerita ini. Filem ini mungkin akan ada sambungannya iaitu bahagian keenam sebab pada akhir cerita ini macam tergantung. Nak tahu apa yang terjadi pada akhir cerita ini, bolehlah menonton filem ini sendiri dipawagam berdekatan atau kat bawah ini aku ada selitkan link untuk download, tetapi kualitinya tidaklah sebaik anda menontonnya dipawagam.

5 pendapat bernas:

aih.. bro x layan wayang ke citer nih?

 

mesti best sound effect nih...rugi tak tengok...

 

kyo - baru lepas tengok tu yang buat entri ni...

puteraduyong - memang best bro...layan habis...

 

agak2 berapa kali kena tgk cite ni disebabkan kegempakan cite ni?

kalau kena tgk bnyk kali, aku nk cari dvd. kalau tgk skali je, baek aku tgk wayang je

 

memang banyak bro..memang kena cari DVD bro...haha..