Assalamualaikum.
Perasan atau tidak kita sekarang ni menghadapi masalah iaitu keadaan persekitaran semakin panas dari hari ke hari. Berikut merupakan antara kesan cuaca kepada tubuh badan manusia.
Keadaan ini bersifat sementara dan akan berubah minggu depan. Itu merupakan apa yang dikatakan oleh Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.
20° Celcius - selesa, denyut nadi normal.
25° Celsius - peluh biasa.
30° Celsius - Ketidakselesaan.
40° Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.
45° Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.Keadaan ini bersifat sementara dan akan berubah minggu depan. Itu merupakan apa yang dikatakan oleh Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.
KUALA LUMPUR: Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.
Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.

"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya.
Namun, beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal pada Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada Mei 1998.
"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9°C), Alor Setar (37.5°C), Lubuk Merbau (37.0°C), Melaka (38.0°C), Batu dan Kuala Krai (38.0°C)," katanya.
Saw berkata, keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering dan menjadikan api mudah marak, seterusnya boleh menyumbang kepada jerubu.
Beliau menasihatkan orang ramai mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya meminum air dalam kuantiti yang banyak," katanya.
Sementara itu, di beberapa kedai elektrik sekitar bandar raya Kuala Lumpur, jualan pendingin hawa meningkat.
Penolong Pengurus Courts Mammoth Cawangan Cheras, Abdul Rahim Mohammad, berkata dua tiga hari kebelakangan ini, banyak pelanggan yang membeli pendingin hawa.
"Saya tidak dapat memberikan jumlahnya tetapi memang kami ada dapat banyak tempahan daripada pelanggan," katanya.
Syarikat Sen Heng Cawangan Kepong juga mencatat peningkatan penjualan produk itu dalam tempoh seminggu lalu.
"Satu minggu saya rasa purata dalam 12 unit. Semalam sahaja empat hingga lima unit dijual. Sebelum ini tidak seperti sekarang, saya rasa ini adalah disebabkan faktor cuaca sekarang," kata jurujual, Mohd Hairani Abdul Wahab. - Bernama

9 pendapat bernas:
fuuh.. tapi ok la x sampai 40..
kat negara lain, waktu musim panas memang perkara biasa aa bileh suhu melebihi 40~
kat negara lain mereka mungkin dah terbiasa tapi kita ni baru nak biasakan diri...
berpeluh je spnjg mase...
rase xselesa lur...
kne mandi kerap...
huuhuhuh
betul2...badan berbau memang xselesa...
ttbe air-cond laris..lg bukak aircond lg la memanaskan udara luar..musim2 panas ni mmg jarang la kluar rumah..
betul tu....pasaran aircond akan mendapat keuntungan yang mendadak...
itu baru suhu 36 ke?
panas weihhh
haihhh
nasib sekarang hujan kembali
Review Filem Kongsi
mak aih
tahun 1998 rupa2nya panas gila ekk
baru tahu
Analisis Hans : Maharaja Lawak Episod Ketujuh
betul dan tAHun tu juga tahun kegawatan ekonomi...
Post a Comment