assalamualaikum~~~
MANUSIA, BUMI DAN KUBUR
Menurut Imam Anas bin Malik bumi ini menyeru manusia setiap hari dengan 10 panggilan:
1. ‘wahai anak cucu adam, kamu berjalan di atasku, ingatlah tempat kembalimu di dalam perutku’.
2. ‘kamu melakukan maksiat dan dosa-dosa di atasku, ingatlah kamu akan diseksa dalam perutku’.
3. ‘kamu bergurau senda di atasku, ingatlah kamu akan menangis dalam perutku’.
4. ‘kamu memakan barang haram di atasku, ingatlah cacing akan memakan kamu di dalam perutku’.
5. ‘kamu bergembira di atasku, ingatlah kamu akan merasa susah dalam perutku’.
6. ‘kamu menggunakan barang-barang haram di atasku, ingatlah kamu akan hancur dalam perutku’.
7. ‘kamu bersikap sombong di atasku, ingatlah kamu akan menjadi hina dina dalam perutku’.
8. ‘kamu berjalan dengan bersukaria di atasku, ingatlah kamu akan merasa kesedihan dalam perutku’.
9. ‘kamu berjalan diterangi cahaya di atasku, ingatlah kamu akan kegelapan di dalam perutku’.
10.’kamu berada dalam keramaian di atasku, ingatlah kamu akan duduk bersendirian dalam perutku’.

Ketahuilah, setiap hari kubur akan memanggil manusia sebanyak 5 kali:
1. ‘aku adalah rumah yang sunyi dan keseorangan. Bagi memeriahkannya hendaklah kamu membaca Al-Quran’.
2. ‘aku adalah rumah yang gelap gelita. Terangilah aku dengan sembahyang malam’.
3. ‘aku adalah rumah yang dipenuhi dengan habuk dan debu. Hendaklah kamu membawa bekal taqwa dan amal-amal soleh’.
4. ‘aku adalah rumah yang dipenuhi ular. Bawalah pendinding iaitu bacaan ‘Bismillahirrahmanirrahim” hingga mencucurkan air mata’.
5. ‘aku adalah rumah pertanyaan Mungkar Nakir. Perbanyakkanlah membaca ‘Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah’ agar kamu dapat memberi jawapan kepadanya’.

Rasulullah bersabda:
‘Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat’
-riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Al Hakim.

‘Apabila seseorang itu sudah mati, maka diperlihatkan kepadanya tempat dimana ia akan duduk, pada setiap pagi dan petang. Jika ia termasuk ahli syurga, maka ia (melihat) syurga, dan apabila ia termasuk ahli neraka, maka ia pun (melihat) neraka’ Sabda nabi lagi: ‘Kemudian dikatakan: ‘inilah tempatmu yang dibangkitkan di Hari Kiamat’. -Riwayat Muslim.
Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."
-Al Jumuah ayat 8.
-Al Jumuah ayat 8.
wallahualam.
sumber>>> http://www.jejariaccess.com
sekadar ingin berkongsi...
~cerita sekupang~
0 pendapat bernas:
Post a Comment