Assalamualaikum.
Sedar tak sedar kita sudah hampir ke penghujung Syaaban dan tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menempuhi bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan. Tidak dinafikan ramai daripada kita lebih menantikan bulan Syawal berbanding dengan bulan Ramadhan itu sendiri. Persiapan untuk menghadapi Syawal sudah mula dilakukan sebelum tiba bulan Ramadhan lagi tetapi bila persiapan bulan Ramadhan itu sendiri tidak dilakukan walaupun sudah tahu yang bulan Ramadhan itu lebih banyak ganjarannya dan kelebihannya berbanding bulan Syawal.
Sebelum berakhirnya Syaaban ini mari kita semak semula persediaan yang telah dan perlu kita lakukan sebelum menghadapi Ramadhan yang penuh barakah. Sebenarnya terlalu banyak persediaan yang patut kita lakukan menjelang ramadhan. Antara yang lain ialah:
1) Persediaan ilmu agama.
Ramai
orang yang berpuasa tanpa ilmu di dada. Dikhuatiri ibadah yang
diharapkan mendapat pahala sebaliknya tidak diterima malahan mendapat
dosa. Menjelang Ramadhan, kita diseru meluangkan masa menuntut ilmu
agama. Sama ada dengan cara membaca buku, menghadiri kuliah-kuliah agama
atau melayari internet. Perkara yang perlu diberi keutamaan ialah
berkaitan dengan ibadah puasa seperti rukun, syarat sah, perkara yang
membatalkan puasa, adab dan juga akhlak orang berpuasa. Hal ini begitu
penting untuk mendapat kesempurnaan ibadah puasa.
2) Persediaan kesihatan.
Ibadah
puasa melibatkan kesihatan tubuh badan. Kesihatan tubuh badan yang
sempurna menjamin kesempurnaan ibadah puasa. Kecerdasan seluruh anggota
badan diperlukan kerana pada bulan puasalah tubuh badan dikerah bekerja
kuat melaksanakan solat sunat tarawih, qiamullail , membaca al –Quran,
iktikaf dan sebagainya.
Penjagaan
kesihatan ini termasuklah menjaga pemakanan yang seimbang, riadah dan
menjauhkan diri dari perkara yang mendatangkan penyakit seperti tabiat
merokok.
3) Persediaan dari sudut kewangan.
Di antara amalan yang begitu mulia dalam bulan Ramadhan ialah bersedekah. Rasulullah SAW merupakan seorang yang paling dermawan dan baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a:
“Rasulullah
saw ialah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di
bulan Ramadhan di saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap
malam untuk mengajarkan Al- Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW
melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari)
Bagi
mendapat kelebihan bulan Ramadhan , kita juga harus menangguhkan
sedekah pada bulan-bulan lain semata-mata untuk disedekahkan pada
bulan Ramadhan dengan syarat ia bukanlah sedekah yang dihajati seperti
orang fakir miskin yang memerlukan dan orang dalam keadaan susah dan
berhutang.
4) Memperbanyak menyebut hal berkaitan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan.
Di antara persiapan lain yang perlu ada ialah memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan. Hal ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita untuk membuat persediaan bertemu Ramadhan. Bukankah sesuatu acara itu akan menjadi lebih meriah dan suasananya dapat dirasai jika diwar-warkan. Contoh mudah, bagaimanakah perasaan kita di saat diwar-warkan sesuatu sambutan yang besar, seperti Piala Dunia Bola Sepak. Pada ketika itu seluruh saluran media hebat membuat promosi. Kesannya seluruh masyarakat dunia termasuk rakyat Malaysia ternanti-nanti dan merasai bahang temasya tersebut. Apatah lagi bulan yang begitu mulia ini sepatutnya lebih layak disebut-sebut kemulian dan ganjarannya oleh media massa dan seluruh umat Islam.
Semoga dengan kita dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang dengan ilmu yang penuh dan mencukupi untuk menjadikannya Ramadhan yang terbaik buat kita kerana kita tidak tahu adakah kita masih mampu bertemu dengan Ramadhan yang akan datang di alam dunia atau di alam yang lain.
sumber : Portal Rasmi Masjid Negara
2 pendapat bernas:
lg seminggu je, dah senja la tu kan..huhu, hopefully boleh buat yg terbaik lg bulan ni,
sbb bulan2 lepas agak sibuk dengan raya je...huhuu, entahla sbb kena buat kuih kot..ekekeke... selamat berpuasa!!!
nice share sekupang dua... skrg dah bley countdown ikut jam untuk kite bersama2 menemui bulan ramadhan..
Post a Comment