CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Hukum Qaza' (Mencukur Sebahagian Kepala)

Assalamualaikum.
Pernah tak korang dengar perkataan Qaza' ? Mesti ramai yang keliru dan blur bila dengar perkataan tu kan.Qaza’ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya.

Qaza ini boleh dikatakan sudah menjadi trend. Kalau masih tak faham dengan perkataan tu rasanya ada satu cara untuk menjelaskan perkara ini , iaitu dengan menunjukan gambar rupa qaza ini.


Contoh Qaza'






 

Imam Nawawi berkata dalam kitab Raudatut Talibin:


Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian kepala samada ditempat yg berbeza atau tempat yang sama.

DALIL MAKRUH


Ibnu Umar berkata “AKu mendengar Rasulullah saw menegah dari Qaza’ :


Sesungguhnya Nabi saw melihat seorang budak mencukur sebahagian kepalanya dan membiarkan sebahagian yg lain. Nabi saw menegahnya dan berkata “ Hendaklah kamu mencukur semuanya atau membiarkan semuanya.”


Sekiranya qaza’ meniru cara agama orang kafir  ia dilarang. Ini berdasarkan hadis :

"Sesiapa yang meniru suatu kaum maka dia tergolong kaum tersebut. ” Hadis sahih riwayat Abu Daud

Jadi rasanya semua boleh faham dengan apa yang dimaksudkan dengan fesyen qaza' ini. Banyak perkara yang kita mungkin anggap hukumnya harus tetapi ia sebenarnya haram atau makruh. Jadi sebelum membuat apa-apa keputusan dan tindakan kita perlu merujuk kepada Al-quran dan Hadis terlebih dahulu. Islam merupakan gaya hidup yang sempurna dan semua perkara mempunyai garis panduan tersendiri.

8 pendapat bernas:

Tak smart pun buat camtu.. =P

 

Dulu saya hampir buat gaya rambut yang pendek kat tepi tapi ada corak....sangat sangat hampir nak buat tp sy decide untuk tunggu dulu.....esoknya bila tgk kt FB psl benda ni....fuh lega sy x buat huhuhuhu

 

haram atau makruh..
mana satu bro??
kes camne yg haram?
kes camne yg makruh??

 

is there any problem if we get that kind of haircut.. im a law student just eager to know how we should banned this kind of self impression? no offence but just give me some negative feedback from implementation of this haircut.

 

Soalan sama macam Kyo..

Mana jawapannya...? Jangan biarkan soalan tergantung tanpa jawapan.. :cool

Orang kita ni kan memang suka jadi pengikut tanpa usul periksa.. :ragu

 

pemain bola mesia ramai wat qaza. kenapa mufti tak tego? huhu

 

Maksudnya khilaf la tu.. Ada sholar yg berpendapat ianya haram dan ada yg berpendapat makruh.. Even kalau makruh pun dah dekat2 dgn haram bro.. Baik dijauhkan lah.. Allahua'lam