CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Aurat lelaki - Sedar atau Tidak?


Assalamualaikum .
Aurat lelaki yang wajib ditutupi daripada pandangan seorang lelaki lain adalah bahagian tubuh antara pusat dan lutut. Sekali lagi diulangi, bahagian tubuh antara pusat. Bukannya cuma menutup pusat dan lutut sahaja. Ini bermakna bahawa seorang lelaki tidak diharuskan melihat aurat lelaki lain pada bahagian yang terletak antara pusat dan lututnya.

Hukum ini disepakati oleh jumhur ulama' berdasarkan kepada beberapa buah hadis yang sahih, antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a yang bermaksud :

" Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan bahagian yang terletak di bawah pusat adalah juga aurat."

Amru bin Shuib pula meriwayatkan daripada bapanya daripada datuknya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :

"Apabila salah seorang diantara kamu mengahwinkan hamba wanitanya dengan hamba lelakinya atau orang upahannya maka dia (iaitu hamba wanitanya) dilarang sama sekali melihat auratnya kerana apa sahaja yang(bahagian anggota) yang terletak dibawah pusatnya hingga kepada dua lututnya adalah auratnya"

Selanjutnya Rasulullah s.a.w juga melarang melihat aurat itu sebagaimana sabda baginda bermaksud:

Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.

Hanya Imam Malik yang bercanggah pendapat dengan mengatakan bahawa paha bukanlah aurat. Bagaimanapun, terdapat beberapa dalil yang mengukuhkan pendapat
jumhur ulamak di antaranya:

Sebuah Hadis riwayat Jurhud al-Aslami, beliau berkata bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w telah duduk bersama-sama kami, pada saat itu paha saya terdedah, lalu baginda bertanya saya: Apakah tidak kamu tahu bahawa paha itu aurat?

Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w telah bersabda kepada Ali r.a :

Janganlah kamu dedahkan paha kamu dan jangan pula kamu melihat paha orang lain sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati.

Malah Rasulullah s.a.w juga melarang kita mendedahkan aurat biarpun ketika bersendirian sebagaimana sabda baginda bermaksud :

Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang yang tidak berpisah denganmu, kecuali ketika membuang air (besar dan kecil) dan ketika seseorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya.

sumber : sini

7 pendapat bernas:

Betul tuh..ramai yg buat endah tak endah je.. perempuan pun sama jak =='

 

NK TYE MKNANYA ISTRIPON XLEH TGK JGK KE AURAT SUAMI?

 

melihat aurat antara suami dan isteri hukumnya adalah harus...

boleh rujuk sini : http://bin-sahak.blogspot.com/2011/09/hukum-melihat-aurat-antara-suami-isteri.html

 

em.. aurat : samadengan = kadang2 lupa

 

nice sharing
smtime orang tahu tapi wat tak tahu huhuh

 

hhohoho nampak nye ramai yg pakai mazhab maliki kah?? huhu...semua nak tunjuk paha...kihkihkih..lg2 tume main bola or bersukan tu...kihkihkih...

 

Mr.petak pun nak bagi komen sikit kat sini...

Aurat tu mmg penting :)