Assalamualaikum.
Hukum Islam ialah aturan yang telah ditetapkan didalam Islam berpandukan al-quran dan sunnah. Hukum Islam atau hukum syarak ini terbahagi kepada halal, haram, fardu, wajib, sunat, mubah/harus dan makruh.
Halal adalah sesuatu perkara, benda, atau perbuatan yang diizinkan dan dibolehkan. Istilah ini dalam kosakata seharian sering digunakan untuk merujuk kepada makanan dan minuman yang diizinkan untuk dijualbeli menurut Islam.
Haram adalah sesuatu perkara yang dilarang dan berdosa sekiranya dilakukan dan mendapat pahala sekiranya ditinggalkan. Sebagai contoh sihir, zina, menfitnah, makan harta anak yatim, mencuri atau meminum sesuatu yang memabukkan. Perbuatan Haram boleh membawa seseorang itu ke neraka.
Wajib ialah sesuatu amalan yang fardu, yakni yang mesti dilakukan. Sekiranya dilakukan, orang itu akan mendapat pahala dan jika diabaikan, dia akan berdosa dan kelak diseksa. Contohnya adalah mengerjakan solat lima kali dalam sehari dan berpuasa pada bulan Ramadhan.
Fardu adalah amalan yang wajib dilakukan. Sekiranya di lakukan akan mendapat pahala, dan jika diabaikan akan mendapat dosa dan akan diseksa pada hari akhirat sekiranya tidak bertaubat. Fardu terbahagi kepada dua iaitu fardu ain dan fardu kifayah.
Fardu ain ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap orang Islam yang baligh dan berakal. Fardu Ain merupakan tanggungjawab individu. Sebelum dia mengerjakannya, kekal wajib dia melakukannya. Contohnya adalah seperti mengerjakan solat lima waktu dalam sehari semalam.
Fardu Kifayah merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh sesebuah komuniti orang Islam yang baligh dan berakal.Tidak perlu setiap orang membuatnya, tetapi sekiranya dilakukan oleh
segolongan daripada mereka, maka lepaslah kewajipan terhadap yang
lainnya.Contohnya adalah seperti menyembahyangkan jenazah. Tidak perlu
keseluruhan ummah datang untuk menyembahyangkan si-mati, hanya beberapa
orang sudah cukup.
Mubah atau harus a adalah perkara yang tiada dosa jika ditinggalkan dan tiada pahala jika dilakukan. Contohnya makan, minum, bersiar-siar dan sebagainya. Namun perkara-perkara mubah juga boleh menjadi sunat dan mendapat ganjaran pahala sekiranya perkara-perkara mubah itu diniatkan dan disempurnakan dengan baik kerana Allah Taala.
Makruh adalah sesuatu perbuatan yang tidak mendapat dosa jika dikerjakan tetapi akan mendapat pahala sekiranya ditinggalkan. Contohnya ialah memberi sesuatu dengan tangan kiri dan menerima dengan tangan kiri.
Islam adalah agama yang syumul yang melengkapi segala keperluan manusia. Setiap larangan dan kebenaran pasti adalah hikmah yang tersembunyi. Semua itu hanya dapat diketahui hanya selepas melakukan kajian dan mendalami ilmu. Harap selepas ini kita dapat lebih mengenali setiap hukum ini dan tidak lagi keliru antara satu hukum dengan hukum yang lain.
9 pendapat bernas:
thanks for sharing cs ^_^
susah nak jumpa entry mcm ni
teruskan yeah =)
nice ni kawan.
uih.. dapat mana buku tu?
kebas adik punye ke :sosek
Salam kenal...tqvm for updating & sharing
nice
blog yang menarik..
owhhh, acetu rupenye, tp tp klu makruh tu yg BL pnah dgr dia kurng skit eyh pahala...erk? hehe
owhhh, acetu rupenye, tp tp klu makruh tu yg BL pnah dgr dia kurng skit eyh pahala...erk? hehe
Beri Input sikit
Hukum Islam ada 5 perkara
Wajib =Farduh Kifayah
Farduh Ain
Sunah
Haram
Makruh
Mubah = Halal
difinisinya sudah disebutkan dengan jelas,disini Saya hanya menjadikan sub category sahaja
Demikian agar mudah di pahami
terima kasih
Post a Comment