CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Demam Euro 2012 Sudah Dirasai


Assalamualaikum.
Kejohanan Bola Sepak Eropah atau lebih dikenali dengan EUFA EURO pada tahun ini akan membuka tirainya pada 8 jun iaitu tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi tetapi bahangnya sudah mula dirasai. Ini mungkin kerana EUFA UERO adalah kejohanan bola sepak terbesar antara negara-negara eropah. Diadakan setiap empat tahun sekali sejak 1960, kejuaraan ini pada awalnya dinamakan sebagai Piala Negara-Negara Eropah (European Nations Cup), kemudian diganti dengan Kejohanan Bola Sepak Eropah (European Football Championship) pada 1968.


Logo Rasmi Kejohanan Bola Sepak Eropah 2012

Dari 1960 hingga 1976 hanya empat pasukan yang layak dari pusingan kelayakan ke kejohanan akhir. Dari 1980 hingga 1992, lapan pasukan layak menyertai dan semenjak 1996 hingga kini enam belas pasukan bermain pada kejohanan ini. Pasukan-pasukan tersebut dipilih melalui perlawanan pada pusingan kelayakan. Tuan rumah mendapat tempat secara automatik.
  
Sebanyak 16 pasukan telah layak ke pusingan akhir Eufa Euro 2012 selepas mengharungi sesi kelayakan dan telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Berikut merupakan senarai pasukan yang telah layak dalam kumpulan masing-masing.

Kumpulan A



Poland Poland

Greece Greece

Russia Russia

Czech Republic Czech Republic

Kumpulan B

Netherlands Netherlands

Denmark Denmark

Germany Germany

Portugal Portugal



Kumpulan C 

Spain Spain

Italy Italy

Republic of Ireland Republic of Ireland

Croatia Croatia

Kumpulan D

Ukraine Ukraine

Sweden Sweden

France France

England England




















 
Terdapat banyak pasukan pilihan yang hebat dan siapa yang menjadi johan juga sukar untuk diramal. Pasukan yang menjadi pilihan cs untuk menyokong untuk kejohanan kali ini ialah pasukan Sepanyol. Anda pula bagaimana ? Apa pasukan pilihan anda ? Jom kongsi bersama di ruangan komen dibawah. 

p/s : 57 hari lagi sebelum Ramadhan .. :)

Apa itu hukum Islam ?


Assalamualaikum.
Hukum Islam ialah aturan yang telah ditetapkan didalam Islam berpandukan al-quran dan sunnah. Hukum Islam atau hukum syarak ini terbahagi kepada halal, haram, fardu, wajib, sunat, mubah/harus dan makruh. 



Halal adalah sesuatu perkara, benda, atau perbuatan yang diizinkan dan dibolehkan. Istilah ini dalam kosakata seharian sering digunakan untuk merujuk kepada makanan dan minuman yang diizinkan untuk dijualbeli menurut Islam.



Haram adalah sesuatu perkara yang dilarang dan berdosa sekiranya dilakukan dan mendapat pahala sekiranya ditinggalkan. Sebagai contoh sihir, zina, menfitnah, makan harta anak yatim, mencuri atau meminum sesuatu yang memabukkan. Perbuatan Haram boleh membawa seseorang itu ke neraka.




Wajib ialah sesuatu amalan yang fardu, yakni yang mesti dilakukan. Sekiranya dilakukan, orang itu akan mendapat pahala dan jika diabaikan, dia akan berdosa dan kelak diseksa. Contohnya adalah mengerjakan solat lima kali dalam sehari dan berpuasa pada bulan Ramadhan.






Sunat dapat merujuk pada status hukum syariat sebuah aktiviti dalam Islam yang dianjurkan sehingga pelakunya mendapatkan pahala, namun bila ditinggalkan tidak mendapatkan dosa.  Contohnya ialah solat sunat, puasa Isnin dan Khamis, solat tahajud, memelihara janggut, dan sebagainya.




Fardu adalah amalan yang wajib dilakukan. Sekiranya di lakukan akan mendapat pahala, dan jika diabaikan akan mendapat dosa dan akan diseksa pada hari akhirat sekiranya tidak bertaubat. Fardu terbahagi kepada dua iaitu fardu ain dan fardu kifayah. 

Fardu ain ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap orang Islam yang baligh dan berakal. Fardu Ain merupakan tanggungjawab individu. Sebelum dia mengerjakannya, kekal wajib dia melakukannya. Contohnya adalah seperti mengerjakan solat lima waktu dalam sehari semalam.

Fardu Kifayah merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh sesebuah komuniti orang Islam yang baligh dan berakal.Tidak perlu setiap orang membuatnya, tetapi sekiranya dilakukan oleh segolongan daripada mereka, maka lepaslah kewajipan terhadap yang lainnya.Contohnya adalah seperti menyembahyangkan jenazah. Tidak perlu keseluruhan ummah datang untuk menyembahyangkan si-mati, hanya beberapa orang sudah cukup. 











Mubah atau harus a adalah perkara yang tiada dosa jika ditinggalkan dan tiada pahala jika dilakukan. Contohnya makan, minum, bersiar-siar dan sebagainya. Namun perkara-perkara mubah juga boleh menjadi sunat dan mendapat ganjaran pahala sekiranya perkara-perkara mubah itu diniatkan dan disempurnakan dengan baik kerana Allah Taala.



Makruh adalah sesuatu perbuatan yang tidak mendapat dosa jika dikerjakan tetapi akan mendapat pahala sekiranya ditinggalkan. Contohnya ialah memberi sesuatu dengan tangan kiri dan menerima dengan tangan kiri.



Islam adalah agama yang syumul yang melengkapi segala keperluan manusia. Setiap larangan dan kebenaran pasti adalah hikmah yang tersembunyi. Semua itu hanya dapat diketahui hanya selepas melakukan kajian dan mendalami ilmu. Harap selepas ini kita dapat lebih mengenali setiap hukum ini dan tidak lagi keliru antara satu hukum dengan hukum yang lain.



Aurat lelaki - Sedar atau Tidak?


Assalamualaikum .
Aurat lelaki yang wajib ditutupi daripada pandangan seorang lelaki lain adalah bahagian tubuh antara pusat dan lutut. Sekali lagi diulangi, bahagian tubuh antara pusat. Bukannya cuma menutup pusat dan lutut sahaja. Ini bermakna bahawa seorang lelaki tidak diharuskan melihat aurat lelaki lain pada bahagian yang terletak antara pusat dan lututnya.

Hukum ini disepakati oleh jumhur ulama' berdasarkan kepada beberapa buah hadis yang sahih, antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a yang bermaksud :

" Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan bahagian yang terletak di bawah pusat adalah juga aurat."

Amru bin Shuib pula meriwayatkan daripada bapanya daripada datuknya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :

"Apabila salah seorang diantara kamu mengahwinkan hamba wanitanya dengan hamba lelakinya atau orang upahannya maka dia (iaitu hamba wanitanya) dilarang sama sekali melihat auratnya kerana apa sahaja yang(bahagian anggota) yang terletak dibawah pusatnya hingga kepada dua lututnya adalah auratnya"

Selanjutnya Rasulullah s.a.w juga melarang melihat aurat itu sebagaimana sabda baginda bermaksud:

Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.

Hanya Imam Malik yang bercanggah pendapat dengan mengatakan bahawa paha bukanlah aurat. Bagaimanapun, terdapat beberapa dalil yang mengukuhkan pendapat
jumhur ulamak di antaranya:

Sebuah Hadis riwayat Jurhud al-Aslami, beliau berkata bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w telah duduk bersama-sama kami, pada saat itu paha saya terdedah, lalu baginda bertanya saya: Apakah tidak kamu tahu bahawa paha itu aurat?

Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w telah bersabda kepada Ali r.a :

Janganlah kamu dedahkan paha kamu dan jangan pula kamu melihat paha orang lain sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati.

Malah Rasulullah s.a.w juga melarang kita mendedahkan aurat biarpun ketika bersendirian sebagaimana sabda baginda bermaksud :

Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang yang tidak berpisah denganmu, kecuali ketika membuang air (besar dan kecil) dan ketika seseorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya.

sumber : sini