CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Harga makanan d'kedai MaMaK naik

assalamualaikum dan salam sejahtera...
berdasarkan apa yang aku baru baca kat laman web kosmo tadi harga makanan di kedai mamak akan dinaikkan mulai tahun hadapan...kenaikan ini disebabkan para pengusaha tidak dapat menanaggung kos harga barangan yang semakin meningkat akibat dari kenaikan harga minyak...


KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan. Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus.Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah.
rasanya pulau pinang yang akan paling terasa kesannya sebab kebanyakkan kedai makanan mamak berada di pulau pinang...walaupun mungkin hanya dinaikkan pada kadar 5-10 % ianya tetap memberikan kesan kepada harga makanan tersebut...lepas ini kalau nak makan pun kena berjimat dan kena demand...

ulangtahun pertama blog ceritasekupang

assalamualaikum dan salam sejahtera....
ini merupakan post khas sempena ulang tahun pertama ceritaskupang.blogspot.com  pada 22/12/2010  yang lalu....masa berlalu dengan begitu pantas...setahun berlalu meninggalkan banyak kenangan dalam aku berblog ini...sebenarnya aku pun tak sangka yang aku dapat berblog selama setahun...mulanya rasa mungkin akan hanya bertahan selama beberapa bulan saja...blog ini bermula operasinya pada akhir tahun lepas....







awal-awal dulu memang rajin, dalam satu hari saja kadang-kadang 2-3 entri aku post tapi skrang bukan jadi malas tapi aku jarang sikit update sebab sibuk sikit dan jarang dapat online....dalam setahun aku berblog ni macam-macam dah aku post...ada yang baik dan mungkin ada yang buruk...kalau ada sesiapa yang terasa dengan post-post sebelum ni aku ingin memohon kemaafan...doakan aku dapat terus berblog....

pentingkah budaya jaga tepi kain orang??

assalamualaikum dan salam sejahtera....
hari ni baru ada masa, mood dan kemudahan internet untuk aku mengupdate blog ini...rasanya memang dah agak lama aku tinggalkan blog ini tanpa sebarang entri...aku pun tak tahu kenapa aku dah mula malas nak update blog ini...kadang-kadang masa dah ada masa dan mood tak da idea yang datang hingap pula...rasanya dah cukup kot aku merepek untuk membuka entri ini....

budaya jaga tepi kain orang adakah ia sesuatu yang penting??? 
pendapat masing-masing memang berbeza tapi ini pendapat aku...sebenarnya budaya ini sebenarnya penting walaupun kadang-kadang ianya mungkin akan merimaskan dan menganggu sebelah pihak...budaya ini adalah sama dengan erti kata mengambil berat...setiap sesuatu pasti ada keburukan dan kebaikan....apa yang patut kita lakukan hanyalah terimanya dengan hati yang terbuka dan cuba fikir semula apa yang cuba disampaikan....ambil sesuatu yang baik dan buang yang tidak baik...

p/s: blog ini tidak akan aktif seperti biasa...harap maklum...terima kasih kerana sudi berkunjung...

Selamat Tahun Baru 1432 Hijrah



assalamualaikum dan salam sejahtera....
akhirnya setelah lebih kurang seminggu tak update hari ni dapat juga nak update...minggu lepas tak dapat nak update blog sebab sibuk membantu menguruskan minggu sual kenal @ orientasi....sebenarnya hari jumaat hari tu dah abis dah tapi kepenatan yang melanda masih kekal sehingga semalam jadi hari ni baru dapat nak menaip kat sini...diam tak diam follower blog ni dah masuk ke angka 4 ratus orang semasa entri ini ditaip...terima kasih kepada semua yang telah follow blog ini...lama tak update memang memberi kesan kepada trafik blog tetapi bersyukur juga sebab ada juga yang sudi ziarah blog ini walaupun tiada update....tak lama lagi kita akan menyambut maal-hijrah atau tahun baru Islam iaitu 1432 hijrah...setiap tahun pasti kita akan tetapkan azam baru tapi cuba ingat balik azam yang lepas-lepas adakah ianya sudah tertunai...


Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi). Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya. Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.


p/s : soklan kat formspring terdelete sebab on9 masa terlalu penat....minta maaf kepada semua yg tanya soklan tu...