assalamualaikum...
alhamdulillah sudah masuk hari ke-15 kita berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini...
macam mana puasa selama 14 hari berlalu???
semoga puasa kita selama 14 hari itu diterima Allah s.w.t.
Maruah merupakan salah satu sifat yang dikehendaki oleh semua agama. Setiap manusia wajib menjaga maruahnya dan juga maruah orang lain. Menjaga maruah bermaksud menjaga kehormatan diri daripada perkara-perkara yang mencemarkan nama baik seseorang. Kenali erti maruah dengan mudah. Maruah haruslah di jaga, dan harus di ingat jika sekali tercalar, ia akan meninggalkan kesan yang lama dalam kehidupan anda. Orang yang menjaga maruahnya adalah orang yang berada di landasan yang betul dan sering melakukan perkara yang betul dan baik.
Ini adalah erti Maruah melalui ejaan M A R U A H
M :- Maruah letaknya di muka. Kerana itu orang menutup muka apabila malu.
A :- Aura yang baik akan membuatkan maruah anda naik begitu juga sebaliknya.
R :- Reputasi menceriminkan maruah anda. Jagalah reputasi diri jangan sampai di pijak orang.
U :- Ungkapan orang terhadap kita menggambarkan sejauh mana maruah kita dinobatkan. Buruk ungkapan yang keluar makaburuklah maruah kita sedangkan KATA itu adalah maruah diri. Jadilah insan yang mengotakan kata-kata. Mereka yang suka bermain dengan kata-kata dan tidak mengotakannya, jatuh dalam golongan orang yang tidak bermaruah kerana tidak membuat orang percaya kepada kata-katanya sendiri. Maka jangan sekali-kali mungkir janji dan mengeluarkan kata-kata tanpa usul periksa.
A :- Anggapan masyarakat juga mencerminkan nilai maruah kita. Oleh itu, amat penting menjaga maruah diri agar anggapan orang terhadap kita tidak serong.
H :- Harga diri tidak boleh dijual beli dan ia jua adalah lambang nilai maruah individu. Jangan sesekali meletak nilai pada harga diri anda.
setakat itu saja untuk kali ini...diharapkan ada kebaikan dari entri ini....
segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang tidak itu dari kelemahan diri ini...
assalamualaikum...
0 pendapat bernas:
Post a Comment