Assalamualaikum....
Seseorang yang berpuasa sangat perlu berusaha semaksima dengan seluruh tenaga dan jiwa supaya puasanya diterima oleh Allah S.W.T. Salah satu caranya ilah dengan menjaga adab puasa dengan saksama. Jika dikaji dengan tajam dan teliti tentang apa yang terkandung dalam makna puasa, pasti didapati pelbagai hikmah, diantaranya ialah,
1- 1- Mengurangkan kekuatan badaniah, mengurangkan makan dan minum, supaya keikhlasan tumbuh subur di dalam jiwa. Selain itu, diharapkan agar jiwa malakiyah bertambah tinggi. Sifat malakiyah bermaksud himpunan dari pelbagai sifat keutamaan dan kesempurnaan yang bercirikan malaikat.
2- 2- Bersifat dengan salah satu sifat Allah S.W.T dalam sebahagian waktu. Iaitu tidak makan dan minum, dan menyerupakan diri dengan golongan Muqarrabin iaitu orang yang menahan diri dari menuruti hawa nafsu dan kesenangan dunia.
3- 3-Membiasakan diri dengan bersabar dan tetap menahan kesusahan serta bagi menguatkan azam dan kehendak serta cita-cita. Orang yang sedang berpuasa perlu menguatkan diri untuk menjauhkan nafsu dari segala yang diinginkan olehnya, seperti makan, minum dan menggauli isteri, serta menolak segala bentuk nafsu dengan penuh keteguhan hati, kesabaran dan kemahuan.
4- 4- Puasa juga dapat menjaga diri dari jatuh ke dalam jurang dosa dan maksiat.
5- 5- Menggerakkan orang berharta atau golongan kaya untuk menolong golongan miskin yang serba kekurangan, mengambil tahu dan peduli dengan mereka serta mengelakkan kelaparan dan bahaya kebuluran dari mereka.
Segala yang baik itu dari Allah s.w.t dan tidak dari kelemahan diri. Sekadar ingin berkongsi. Assalamualaikum.
2 pendapat bernas:
nice entri.insyaAllah mga kta sma mnjga maruah kita..
Alhamdulillah 14 hr berpuasa smua bjln lncr..hrpnya diterima olehNya..amin
Terima kasih sebab sudi baca entri ini...
Post a Comment