assalamualaikum..
alhamdulillah diberikan lagi kesempatan olehNya untuk menaip lagi diruangan ini..
dalam keadaan yang tidak kita sedari sudah masuk hari keempat kita akan berpuasa...
alhamdulillah segalanya berjalan lancar setakat hari ini...
Sahur merupakan salah satu daripada amalan sunat pada bulan Ramadhan. Terdapat banyak manfaat daripada bersahur tetapi ramai diantara kita yang enggan bersahur dengan alasan mengantuk atau letih walaupun ianya telah dianjurkan oleh Rasullulah s.a.w. Sebenarnya waktu kita bersahur merupakan salah satu waktu mustajab untuk berdoa dan Allah s.w.t tidak akan menghampakan doa mereka insyaAllah. Selain daripada mendapat keberkatan dari bersahur, mereka yang bersahur juga akan mendapat kekuatan untuk mengerjakan ibadat sepanjang hari.
Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut. Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.
Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.
Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban ; Baihaqi
segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang tidak itu dari kelemahan diri ini...
selamat bersahur...sekian...assalamualaikum...
5 pendapat bernas:
kita digalakkan melewatkan sahur tapi jangan terlepas lak..hehe
selamat berpuasa..=)
latest entry Ekspedisi Jelajah Gua - Episode 2 (Gua Angin)
Betul2...
selamat bersahur =)
thnx berkongsi...salam sahur dari saya
terima kasih....
Post a Comment