Assalamualaikum...
pada post ini saya ingin membincangkan tentang bida'ah.
MAKSUD BIDAAH
Dimensi bahasa: Sesuatu yang baru yang tidak ada contohnya dari masa yang lepas.
Dimensi syarak:
1) Rekaan baru dalam agama yang menyerupai syarak,
2) Bertujuan menghampirkan diri pada ALLAH
"Setiap bidaah adalah sesat." -Hadis Riwayat Muslim.
Dengan kata lain: Orang yang membuat cara baru dalam bentuk apa pun yang disandarkan pada agama (ibadah), dapat dicop sebagai penipu agama. Mereka gemar membuat sesuatu perkara yang nampaknya seolah-olah agama tetapi pada hakikatnya menyimpang dari tuntutan agama.
Contoh-contoh Bida'ah
1- Imam berdoa sesudah solat subuh dan asar sambil menghadap makmum dan disambut makmum dengan bacaan amin. Nabi tidak pernah berbuat demikian walaupun sekali.
2- Bertasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah) dan takbir (ALLAHuakbar) setelah solat adalah sunnah tetapi irama yang dibuat-buat adalah termasuk bid'ah. Mereka sudah mengetahui asas yang diguna pakai dalam amalannya adalah hadis yang datang dari Rasullulah, tetapi anehnya, mereka beranggapan bahawa cari sebegitu (berzikir secara beramai-ramai dengan suara yang kuat) sebagai salah satu langkah untuk menegakkan sunnag Rasulullah.
3- Bidaah membaca selawat sebelum azan sehingga orang awam menganggap bahawa bacaan tersebut merupakan sebahagian daripada azan. Padahal yang sebenarnya kalimat-kalimat azan itu adalah terpelihara dan sudah menjadi ketetapan syarak.
4- Bidaah membaca Al-Quran dan zikir dihadapan jenazah dengan suara keras. Tentang membca Al-Quran dan zikir itu sendiri sudah jelas ada dalam Islam, tetapi bukan dengan cara demikian.
5- Bidaah memakakai pakaian untuk berkabung atau apa cara tanda menunjukkan kesedihan atas si mati (termasuk meraung-raung). Padahal Rasulullah pernah bersabda: "Barangsiapa membaca 'inna lillahi wainna ilaihi raji'un ketika ditimpa musibah, Allah akan menghilangkan musibahnya itu dan memperbaiki keadaan selanjutnya serta memberikan ganti yang diredaiNya".
6- Bidaah bagi keluarga si mati menyediakan makanan dan membuat kenduri untuk para penziarah. Sepatutnya, orang yang datang perlu menggembirakan keluarga si mati.
7- Walimatul urus (majlis perkhawinan) merupakan satu tradisi yang baik tetapi Islam tidak merestui adanya berlebih-lebihan dan bermewah-mewahan yang menyebabkan pembaziran.
8- Bidaah membaca talkin dan al-Quran atas kubur.
BAHAYA BIDAAH
1. Bid’ah merupakan tipuan yang tak ubahnya dengan tipuan dalam perdagangan. Barang yang baik dicampur dengan barang yang buruk yang kemudiannya dibawa ke pasar untuk ditawarkan kepada orang ramai seraya dikatakan bahawa barang tersebut adalah baik, tidak cacat dan tidak ada aib sedikit pun.
2. Sedangkan dalam hal ibadah, kita wajib berittiba’(mengikut sepenuhnya tanpa pindaan) kerana itu adalah asas dalam agama. Jadi, mereka model-model dan cara-cara baru dalam ibadah adalah bid’ah yang sesat dan terkutuk.
APA YANG PATUT DILAKUKAN?
1. Apabila sudah pasti bahawa Rasulullah tidak pernah mengerjakannya, kita wajib meninggalkannya sekalipun larangannya tidak ada. Dan kalau kita kerjakan, itu termasuk bidaah.
2. Mengapa kita harus memberatkan diri terhadap sesuatu yang ALLAH sendiri sudah memberikan keringanan (rukhsah)? Mengapa pula kita harus menyibukkan diri pada sesuatu yang kita cipta sendiri tanpa tahu samaada ia diterima atau tidak?
WUJUDKAH BIDAAH HASANAH?
1. Tidak wujud sebarang bidaah hasanah (bidaah yang baik, kononnya) di dalam syarak.
2. Sudah dinyatakan semua bidaah adalah sesat dan tempatnya adalah neraka.
WUJUDKAH BIDAAH DALAM URUSAN DUNIAWI?
1. Bidaah hanya wujud dalam urusan akhirat.
2. Dalam urusan duniawi, Umat Islam dituntut untuk membuat perkara baru (invention) - Cth: dalam bidang industri, pertanian, perubatan. Sabda Rasulullah: "Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu." (HR Muslim)
3. Muslimin perlu mengikut ketetapan ALLAH dan mengarahkan kesemua fikiran dan tenaga mereka untuk membuat perkara-perkara baru di dalam urusan dunia supaya mereka menjadi mulia dan menguasai dunia sebagaimana saudara-saudara Islam sebelum mereka.
"Sunnah Ditatang, Bida'ah Ditentang."
~wassalam~
2 pendapat bernas:
wallaweyh . banyak gak yg org kita sala buat kan . masyaALLAH . kene bagi attention ni .
dunia akhir zaman...apabila ilmu diangkat dengan dimatikan orang2 berilmu..
Post a Comment