CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Aidilfitri Jaga-jaga Dalam Bersalaman

Assalamualaikum.
Ramadan telah meninggalkan kita . Syawal pula tiba mengantikannya . Entah sempat atau tidak bertemu Ramadan pada tahun seterusnya. Ramadan kali ini berlalu sangat pantas . Dalam menghayati Ramadan, tiba-tiba tersedar yang ianya sudah tiba pada penghujungnya. Harapnya latihan amal yang dilakukan sepanjang ramadan tahun ini dapat dikekalkan pada bulan-bulan yang akan datang sebelum dapat ketemu semula dengan Ramadan tahun hadapan. 


1 Syawal. hari yang menjadi titik penentu kepada latihan yang dijalani dalam madrasah ramadan. hari dimana orang yang berpuasa meraikan kemenangan berpuasa sepanjang ramadan.  Hari yang disambut dengan meriah. ziarah menziarahi sudah menjadi kewajipan dihari indah ini. Dalam tidak sedar . bersalaman dengan bukan mahram . hukum bersalam dengan bukan mahram seperti yang ramai maklum adalah haram .kalau keluarga yang ahlinya kecil mungkin mudah . kalau yang ramai  pasti keliru sama ada orang yang kita bersalam itu mahram kita atau bukan jom tengok ringkasan dari peta ranting dibawah.





Selepas tengok peta ranting kat atas ini boleh bagi sedikit sebanyak klu siapa yang menjadi mahram dan bukan mahram kepada kita supaya dapat berhati-hati dalam bersalaman ketika ziarah menziarahi nanti . Akhir kata, Selamat menyambut Aidilfitri dan . minta maaf akan ketelanjuran kata pada yang terasa hati . ucapan kepada semua gengbcr khasnya dan semua pembaca blog ini amnya . Sehingga entri akan datang. 


*Bila bersentuh bukan mahram macam tidak berdosa tapi bila bersentuh anjing atau khinzir yang boleh bersamak pula macam  dosa besar.
 

KL Gangster 2 Trailer & Sipnosis

Assalamualaikum.
Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan sambungan KL Gangster iaitu KL Gangster 2. Pengambaran filem ini telah dimulakan pada 1 Disember 2011 yang lalu dan dijangka akan ditayangkan pada 3 Oktober 2013 .
Berikut merupakan sipnosis  dan trailer filem KL Gangster 2.

Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.


Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.
Sementara itu, Don(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tanduk Don tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Don.
Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkan Don dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.
King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Don berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Don menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Don namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Don dan pembunuh ayahnya.

Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Don. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Don untuk ayahnya? Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL? Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?
Official Trailer KL Gangster 2 Full Movie