Assalamualaikum.
Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan sambungan KL
Gangster iaitu KL Gangster 2. Pengambaran filem ini telah dimulakan pada
1 Disember 2011 yang lalu dan dijangka akan ditayangkan pada 3 Oktober 2013 . Berikut merupakan sipnosis dan trailer filem KL Gangster 2.
Cerita
ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu
Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak
dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu.
Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba
kesusahan di samping ibu(Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara
ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.
Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi
semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah
nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek
semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan
laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah.
Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.
Sementara itu, Don(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di
KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tanduk
Don tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur
dengan kekuatan Don.
Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof)
merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkan Don dan
meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan
ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos
ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi
oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.
King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya
membuatkan Don berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan
King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster
terbesar di KL apabila Don menyerang King dan Malek. Mereka hampir
tumpas ditangan Don namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya
melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang
sama di badan Don dan pembunuh ayahnya.
Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Don. Berjayakah Malek
membalas dendam terhadap Don untuk ayahnya? Berjayakah King dan Shark
mendominasi seluruh kawasan di KL? Apakah kesudahan nasib Malek, Jai
dan Ibunya?
Official Trailer KL Gangster 2 Full Movie
1 pendapat bernas:
Tak aci la update pasal movie! kahkah!
Post a Comment