CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Waktu Disunatkan Azan Dilaungkan


Assalamualaikum. 
Azan pada bahasa membawa maksud memberitahu atau seruan, pengistiharan dan pengumuman. Pada syarak pula azan ialah zikir yang ditentukan untuk memeberitahu telah masuknya waktu solat fardu.

Antara waktu dan ketikanya disunatkan untuk dilaungkan azan ialah :

1 - Azan dan Iqamah kepada bayi yang baru dilahirkan sama ada lelaki atau perempuan. 


2 - Ketika berlaku kebakaran kerana syaitan secara tidak langsung memarakkan lagi nyalaan api.


3 - Ketika sesat di dalam hutan atau di perjalanan kerana azan dapat memberi petunjuk dengan izin Allah.


4 - Orang yang dirasuk syaitan. Syaitan menjadi gerun dengan kalimah-kalimah azan. 


5 - Bagi orang yang hendak memulakan perjalanan jauh seperti mengerjakan haji.


6 -  Ketika berperang untuk meningkatkan semangat para pejuang. 


 “Ada dua waktu tidak ditolak doa orang yang berdoa, iaitu ketika iqamah sembahyang dan dalam barisan jihad pada jalan Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban) 




Cara Mengira Zikir Menggunakan Jari Jemari

Assalamualaikum
Zikir bermaksud ingat atau sebut. Biasanya kita lihat kebanyakan orang akan mengira zikir mereka  menggunakan tasbih dan ada juga yang mengira dengan menggunakan jari. Sebenarnya sebelum ini cs pun tidak tahu macam mana cara untuk mengira zikir dengan menggunakan jari. 



Biasanya hentam sja kiranya. Kebetulan 2-3 minggu lepas cs jumpa satu gambar yang telah dikongsikan oleh salah satu fan page di facebook yang mengajar bagaimana untuk mengira zikir dengan menggunakan jari jemari kita. Jadi untuk entri ini cs nak berkongsi gambar yang telah dikongsikan kepada cs tempoh hari. 

 



Rasanya tidak perlu cs nak huraikan lagi gambar diatas ini kerana ianya sudah lengkap dan mudah difahami. Penerangan yang diberikan didalam gambar juga tidak begitu rumit dan sangat ringkas. Jadi pasti tidak ada masalah untuk memahaminya kan. 

"Dari Abu Dhar berkata, lalu beliau bertanya kepada Muhammad Rasullallah ,"Sukakah engkau(Muhammad s.a.w) memberitahu ucapan apakah yang paling disukai oleh Allah? "(Muhammad menjawab s.a.w) SubahanAllahi Wabihamdi (Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi-Nya).

- H A T I -


Assalamualaikum.
Hati merupakan salah satu anggota badan yang paling penting dalam diri setiap manusia. Ianya merupakan tempat yang diturunkan ilmu pengetahuan dan rahmat dari Allah s.w.t. Kata Saidina Ali RA : " Bekas-bekas (tempat diturunkan ilmu dan rahmat) Allah di dunia ini adalah hati". Para ulama membahagikan hati kepada 4 bahagian iaitu :


Hati  Hidup
  ialah hati yang tenang diselaputi dengan iman dan dipenuhi dengan cahaya.Yakin dan Ikhlas serta dipenuhi dengan cinta kepada Allah SWT. Mencintai apa sahaja yang Allah Cintai serta Redha kepada Allah SWT.





Hati Mati 
ialah hati yang dipenuhi dengan kegelapan dan bersifat ganas, seperti rumah yang ditinggalkan dan didiami oleh syaitan, Dipenuhi dengan  sifat munafiq, kafir dan maksiat. hatinya adalah seperti hati orang kafir.






Hati Sakit
ialah hati yang Imannya sentiasa berubah, kadang-kadang menjadi munafiq dan kadang-kadang berminat kepada Islam, Hatinya sentiasa dibelai dengan nafsu, bergelombang dengan fitnah dan tergoda dengan syaitan, ia adalah hati yang terlalu lemah iman.




Hati Yang Kosong
ialah hati yang apa jua diisi ia tidak membawa apa-apa faedah,tidak mengenal kebaikan dan tidak mengenal kejahatan, apa yang menjadi matlamatnya adalah nafsu semata-mata, inilah hati orang munafiq.





Hati yang bersih dapat menolong kita mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Kita tidak dapat melihat apa yang ada dalam hati seseorang itu, jadi tidak perlu kita menuding siapa yang baik dan siapa yang jahat. Tetapi peribadi yang baik itu sendiri kadang-kadang dapat menggambarkan hati yang baik. Sama - sama kita semak hati dan cuba perbaiki hati kita supaya menjadi lebih baik.