Assalamualaikum.
Burj Khalifa atau Menara Khalifa dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai, ialah sebuah bangunan pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828 m. Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010. Bangunan ini merupakan sebahagian porjek pembangunan besar-besaran seluas 2 km2 (490-ekar) yang dikenali sebagai Downtown Burj Khalifa di "Persilangan Pertama" di sepanjang Jalan Sheikh Zayed, berhampiran kawasan perniagaan utama Dubai.
Berikut merupakan antara rekod semasa yang dipegang oleh Burj Khalifa :
- Pencakar langit tertinggi hingga paras puncaknya: 828 m (mengatasi Taipei 101 – 509.2 m.
- Struktur tertinggi yang pernah dibina: 828 m (mengatasi menara radio Warsaw – 646.38 m.
- Struktur wujud yang tertinggi: 828 m (mengatasi menara KVLY-TV – 628.8 m).
- Struktur bebas tertinggi: 828 m (mengatasi Menara CN – 553.3 m).
- Bangunan yang terbanyak tingkatnya: 160 (mengatasi 1 dan 2 World Trade Center – 110)
- Pemasangan lif tertinggi di dunia.
- Lif terlaju di dunia pada kelajuan 64 km/j atau 18 m/s (59 kaki/s) (mengatasi Taipei 101 – 16.83 m/s)
- Pengepaman konkrit menegak tertinggi (untuk bangunan): 606 m (mengatasi Taipei 101 – 449.2 m.
- Pengepaman konkrit menegak tertinggi (untuk mana-mana usaha pembinaan) 606 m (mengatasi Loji Tenaga Hidroelektrik Riva del Garda, Itali) – 532 m.
- Struktur tertinggi dunia pertama dalam sejarah yang menyediakan ruang perumahan.
- Dek pencerapan (observation deck) luaran tertinggi di dunia.
- Masjid tertinggi di dunia (terletak di tingkat 158).
- Lif yang terpanjang perjalanannya di dunia.
- Lif perkhidmatan tertinggi di dunia.
- Pemasangan muka bangunan aluminium dan kaca tertinggi di dunia pada ketinggian 512 m
sumber : wikipedia
15 pendapat bernas:
tinggi giler kan? fuh seram den. gayat. haha
cs pun gayat juga...haha..
waa..
masjid tertinggi di dunia..
agak2 solat jumaat ada di buat di situ x? kalo ada, agak2 ada jemaah tertido x waktu dengar khutbah?
mesti ramai akan buat solat jumaat kat situ... tertido tu tak pasti kyo... ^_^
Assalamualaikum cs..
wow..info baru.. byk masjid ditubuhkan..tp berapa ramai yg mengimarahkan masjid tu??
waalaikumussalam..
semua tu bergantung kepada diri sendiri...tapi kita hendaklah sentiasa mengingatkan antara satu sama lain...
assalamualaikum..wow lif terlaju..nak naik..nak naik..hahhaha...tnggi gler..gayat wooo!haha
waalaikumussalam...
kalau naik mesti akan rasa macam naik roller coster...haha...
assalam..
wahh..tnggi tu :fuh
lift pling laju..
agk2 brape lme bleh than lift 2 ??
wassalam...
rasanya boleh tahan lama kalau selalu diselenggara...
wahhhhhh kagum2 tgiinyewwww.......tp BL 827m....:apa nak dekat2 la eyk hahahhaahahk XD :larikkkk
wahhhhhh kagum2 tgiinyewwww.......tp BL 827m....:apa nak dekat2 la eyk hahahhaahahk XD :larikkkk
wah tingginya bL...haha.
tinggi tinggi nak kemana -.-
menuju ke syurga kot...haha..
Post a Comment