CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Panduan Menggunakan Google dengan lebih advanced


Assalamualaikum..
Google, Inc. merupakan sebuah syarikat awam Amerika Syarikat, yang mendapat untung dari iklan yang berkaitan dengan enjin gelintar Internet, e-mel, pemetaan dalam talian, produktiviti pejabat, rangkaian sosial dan perkhidmatan berkongsi video. Google pada awalnya ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad pada 7 September 1998. Syarikat yang bertapak di Mountain View, California ini mempunyai 19,786 orang pekerja sepenuh masa setakat 31 Mac 2009. Eric Schmidt, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Novell, merupakan CEO Google sekarang, semenjak penubuh syarikat ini Larry Page meletak jawatan. Google juga menyediakan kata kunci untuk carian bagi pelbagai info penting untuk query data yang dicari umpamanya:


"INURL:ceritasekupang.blogspot.com" Fungsi "inurl"  ialah mencari url yang memiliki data yang dicari. jika seperti diatas, Google akan memaparkan Login admin.


 klik gambar untuk kepuasan maksima

"INTITLE:"ceritasekupang"  keyword untuk mencari index file menggunakan maklumat title.

 klik gambar untuk kepuasan maksima

"FILETYPE:pdf" kunci carian file mengikut format file.


 klik gambar untuk kepuasan maksima

"SITE:ceritasekupang.blogspot.com" Mencari segala maklumat domain terbabit yang ada dlm database google.
 klik gambar untuk kepuasan maksima

Basic operator diatas dapat dimanipulasi dengan lebih detail jika anda memahami penggunaannya dengan lebih tepat. untuk info yang lebih lanjut sila klik sini.


Wordless Wednesday #? - Stress


Assalamualaikum.





KeNa JaWaB sOaLaN


 Assalamualaikum...

soalan yang telah ditag oleh miss ct

Soalan 1 : Nama betol
azman

Soalan 2 : Nama palsu...
nama palsu atau nama samaran... 
ceritasekupang@cs ...

Soalan 3 : Hobi
online dan belajar menggunakan komputer...

Soalan 4 : Cita-cita
cita-cita jangka pendek menamatkan pengajian...cita-cita jangka panjang menjadi seorang yang berguna...

Soalan 5 : Suka makan
nasi goreng 4 tayar @pattaya

Soalan 6 : Suka minum
kopi ...

Soalan 7 : Single or double
double burger egg with cheese ... kena sekali kompem terbaring...

soalan 8 : Berat
last kali timbang ... tak ingat..

soalan 9 : lelaki / prmpuan yang disukai
ofkos yang sedap mata memandang ... sedap lagi biskut merry cicah milo...

soalan 10: perkataan yang disukai

soalan 11 : binatang kesayangan
kucing ...

soalan 12 : Adakah anda sedang sukakan seseorang?
erm ... sukakan seseorang

soalan 13 : suka duduk kat kampung ke bandar?
duduk umah sendiri paling best..

soalan 14 : Nak kawin umur berapa?
banyak lagi belum ada...lambat lagi ni...

soalan 15 : Nak letak nama anak ape?
nama yang bawa maksud yang baik...

soalan 16 : Kalau suka ckp suka?
kalau sedap  cakap sedap ...

soalan 17 : Anda stalker?
aktiviti masa lapang ...

soalan 18 : kata-kata semangat diri
anda adalah anda...

soalan 19 : tempat paling di minati.
rumah sendiri ..

soalan 20 : suka lagu dan sebab
suka lagu sebab best ..

soalan 21 : tak tau
banyak benda...

soalan 22 : tak suka pergi
tempat yang tak suka...

soalan 23 : sangat suka makanan
berkhasiat

soalan 24 : suka baby?

soalan 25 : anak manja? 
 






  akhirnya berjaya habiskan 25 soalan  
tag 

Wordless Wednesday #? - Malu


Assalamualaikum...



Rasulullah saw bersabda;
“Sesungguhnya setiap agama ada akhlak tersendiri dan akhlak Islam adalah malu” 
(Ibnu Majah:4181)




Rekod Dipegang Burj Khalifa


Assalamualaikum.
Burj Khalifa atau Menara Khalifa dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai, ialah sebuah bangunan pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828 m. Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010. Bangunan ini merupakan sebahagian porjek pembangunan besar-besaran seluas 2 km2 (490-ekar) yang dikenali sebagai Downtown Burj Khalifa di "Persilangan Pertama" di sepanjang Jalan Sheikh Zayed, berhampiran kawasan perniagaan utama Dubai. 

Berikut merupakan antara rekod semasa yang dipegang oleh Burj Khalifa : 

- Pencakar langit tertinggi hingga paras puncaknya: 828 m (mengatasi Taipei 101 – 509.2 m.

- Struktur tertinggi yang pernah dibina: 828 m  (mengatasi menara radio Warsaw – 646.38 m.

- Struktur wujud yang tertinggi: 828 m  (mengatasi menara KVLY-TV – 628.8 m).

- Struktur bebas tertinggi: 828 m  (mengatasi Menara CN – 553.3 m).


- Bangunan yang terbanyak tingkatnya: 160 (mengatasi 1 dan 2 World Trade Center – 110)

- Pemasangan lif tertinggi di dunia.


- Lif terlaju di dunia pada kelajuan 64 km/j atau 18 m/s (59 kaki/s) (mengatasi Taipei 101 – 16.83 m/s)

- Pengepaman konkrit menegak tertinggi (untuk bangunan): 606 m (mengatasi Taipei 101 – 449.2 m.

- Pengepaman konkrit menegak tertinggi (untuk mana-mana usaha pembinaan) 606 m (mengatasi Loji Tenaga Hidroelektrik Riva del Garda, Itali) – 532 m.

- Struktur tertinggi dunia pertama dalam sejarah yang menyediakan ruang perumahan.

- Dek pencerapan (observation deck) luaran tertinggi di dunia.

- Masjid tertinggi di dunia (terletak di tingkat 158).

- Lif yang terpanjang perjalanannya di dunia.

- Lif perkhidmatan tertinggi di dunia.

- Pemasangan muka bangunan aluminium dan kaca tertinggi di dunia pada ketinggian 512 m



sumber : wikipedia

Wordless Wednesday #? - Awas!!!


 Assalamualaikum...




Kaedah Biasa Digunakan Penggodam


Assalamualaikum.
Penggodam ialah seorang yang mencipta dan mengubah suai perisian dan perkakasan komputer, termasuklah pengaturcaraan komputer, pentadbiran, dan urusan-yang berkaitan dengan keselamatan. Dalam pengaturcaraan komputer, penggodam ialah seorang pengaturcara yang menggodam atau mencapai matlamat dengan menggunakan satu siri pengubahsuaian untuk mengeksploit atau melanjutkan kod atau sumber. Dalam keselamatan komputer, penggodam merupakan orang yang mengkhusus dalam kerja berkaitan mekanisme keselamatan sistem komputer dan rangkaian. 

Walaupun ia termasuk mereka yang berusahan menguatkan mekanisme-mekanisme tersebut, ia lebih kerap digunakan, terutamanya dalam media massa, untuk merujuk kepada mereka yang cuba masuk melepasi mekanisme-mekanisme tersebut.Dalam budaya penggodam, penggodam ialah seorang yang telah mencapai status sosial tertentu dan dikenali di kalangan ahli budaya tersebut untuk komitmennya terhadap nilai budaya dan jumlah tertentu pengetahuan teknik. Terdapat beberapa cara yang berulang kali digunakan oleh penjenayah komputer dan pakar keselamatan untuk menembus masuk ke dalam satu-satu sistem.

Eksploitasi keselamatan (Exploitation of safety) 
- Aplikasi yang disediakan untuk mengambil kesempatan terhadap kelemahan yang diketahui.
Penghidu paket  (Packet sniffer)
- Satu aplikasi yang menangkap paket data TCP/IP, yang boleh digunakan untuk mengesan kata laluan dan data lain semasa dalam perjalanan sama ada di dalam komputer atau rangkaian.
 
Rootkit 
- Satu kit alat yang menyorokkan fakta bahawa keselamatan komputer telah terjejas. Kit alat ini mungkin termasuk pengganti untuk dedua system supaya mustahil untuk pengguna sah mengesannya dengan melihat pada jadual proses.
 
Kejuruteraan sosial (Social Engineering)
- Meyakinkan orang lain untuk memberikan apa-apa bentuk maklumat mengenai suatu sistem, kerap kali dengan dakwaan palsu. Contoh ketara ialah menanya seseorang mengenai kata laluan atau akaun mereka dengan menyamar sebagai seseorang. Contoh yang lebih licik ialah menanyai mengenai barangan promosi atau rujukan teknikal mengenai sistem syarikat, mungkin dengan berpura-pura sebagai wartawan.
 
Kuda trojan (Trojan Horse)
- Program ini direka kononnya untuk membuat suatu perkara, seperti satu perisian sah, tetapi sebenarnya melakukan perkara lain. Tetapi ia tidak semestinya program jahat. Kuda Trojan boleh digunakan untuk membuka pintu belakang dalam sistem komputer supaya pencipta program tersebut boleh kembali dan menceroboh masuk. Virus yang menipu pengguna untuk memuat turun dan menjalankannya juga kadang kala dipanggil kuda Trojan. Nama ini berasal dari Kuda Trojan. Lihat juga Pendail.
 
Pengimbas kerentanan (Vulnerability scanner)
- Alat yang digunakan untuk memeriksa komputer dalam rangkaian dengan cepat, jika ada kelemahan yang diketahui. Penggodam juga biasanya menggunakan pengimbas port (port scanner). Program ini memeriksa port mana pada suatu komputer yang “terbuka” atau boleh digunakan untuk memasukinya, dan ada kalanya mengesan program yang menggunakan port tersebut, serta versinya. (Nota: Firewall mempertahankan komputer dari penceroboh dengan mengehadkan capaian masuk dan keluar kepada port/mesin, namun ia masih boleh dipintas.)
 
Cacing (Worm)
- Seperti virus, program cacing boleh menyalin dirinya. Bezanya ialah cacing tidak mencipta berbilang salinan dirinya pada satu sistem: ia membiak melalui rangkaian komputer. Ia boleh dibandingkan dengan bakteria dalam biologi. Ramai orang menggabungkan istilah "virus" dan "worm", dan menggunakan keduanya untuk memperihalkan mana-mana program yang merebak. Ini kerana sesuatu program itu boleh jadi mempunyai ciri-ciri kasar kedua-dua cacing dan virus.

sumber : wikipedia + google