Assalamualaikum...
Kenapa
aku cakap macam tu?? Aku dapat ilham untuk menulis entri ini semalam
semasa mendengar forum. Untuk pemulaan entri ini apa kata kita selidik
dulu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan duta. Berdasarkan kamus
dewan bahasa online duta bermaksud wakil kerajaan di sesebuah negara luar (asing). ~ besar wakil kerajaan yg tertinggi di negara asing. Kedutaan pejabat tempat duta
dan pegawai-pegawainya bertugas.
Seorang duta merupakan wakil kepada sesebuah negara. Mereka ini adalah seseorang yang membawa imej sesebuah negara. Jika dikatakan sebagai wakil kerajaan seseorang itu mestilah mengetahui banyak perkara mengenai negara.
Seorang duta merupakan wakil kepada sesebuah negara. Mereka ini adalah seseorang yang membawa imej sesebuah negara. Jika dikatakan sebagai wakil kerajaan seseorang itu mestilah mengetahui banyak perkara mengenai negara.
Apa yang aku cuba sampaikan ialah kita sebagai seorang muslim adalah duta kepada agama kita iaitu Islam. Kita sebenarnya wakil Islam kepada golongan yang lain dalam keadaan kita sedar.Mereka diluar sana seringkali menilai kita dari perwatakan dan apa yang kita lakukan.
Kita seharusnya sentiasa menjaga imej diri kita dan imej Islam seperti mana kita menjaga pakaian kita. Contohnya jika ada air atau sesuatu tumpah pada pakaian di sebuah majlis yang dihadiri oleh semua VVIP atau VVVIP pastinya kita akan merasa tidak selesa dan ingin segera menghilangkan kesan tersebut.
Begitu jugalah kita harus menjaga imej Islam. Jika kita sebagai seorang duta kita seharusnya memberi contoh yang baik kepada orang sekeliling kerana dalam keadaan yang kita tidak sedari kita sebenarnya membawa nama Islam bersama kita. Tanggungjawab sebagai seorang duta adalah satu tanggungjawab yang sangat besar terutama dari aspek yang telah dikupas iaitu dari aspek Islam.
3 pendapat bernas:
Banyak sangat pandangan negatif terhadap islam.. sampai terbitnya istilah ISLAMOPHOBIA.. apakah? salah siapa? salahnya apabila mereka memandang Islam through muslims.. Bila muslims sendiri brwatakan hampeh, agama suci Islam pulak yg jadi mangsa..
In fact, Islam bukan hanya sekadar agama yg berlumba mengutip sebanyak mungkin penganutnya, tapi Islam adalah tanda aras untuk kehidupan yang baik sebenarnya.. Islam is the way of life, not a religion :)
p/s: CS, sorry dah terbuat entri lain plak dalam komen nih.. HAHA!
kita mewakili agama kita. melayu mewakili islam. pernah haritu, dlm ceramah sorang ustaz. dia cite pasal dakwah dia kat orang asli, yg takde agama. dia ajak masuk islam. tp orang asli tu tak nak, sebab katanya, orang melayu sendiri teruk. dia tak nak jadi mcm melayu..sedih sungguh bunyinya..=(
Blogwalking, di blog sobat...
Post a Comment