CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Gunung Rushmore Inspirasi Gunung Hokage


Assalamualaikum.
Gunung Rushmore di Amerika Syarikat telah diisytiharkan sebagai monumen kebangsaan pada tahun 1925. Di situ terdapat ukiran kepala patung di bahagian permukaan batu granit pada gunung itu. Diukir oleh Gutzon Borglum, seorang yang berketurunan Denmark-Amerika bersama dengan anak lelekinya, Lincoln Borglum, ukiran sepanjang 60 kaki (18 meter) itu memaparkan kepala kepada empat orang bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu George Washington, Thomas Jefferson, Theodore Roosevelt dan Abraham Lincoln (dari kiri ke kanan). Seluruh memorial itu meliputi kawasan seluas 1,278.45 ekar (5.17 km2) dan ia berada pada 5,725 kaki (1,745 m) dari aras laut.


Gunung Rushmore 


Gunung Hokage adalah satu mercu tanda yang terdapat di Konoha. Sebuah bongkah gunung yang terletak berhampiran dengan bahagian belakang Kediaman Hokage telah diukir dengan wajah ninja yang digelar Hokage kampung Konoha. Pada awalnya, hanya terdapat empat wajah Hokage telah diukir iaitu Hokage Pertama, Hokage Kedua, Hokage Ketiga dan Hokage Keempat. Namun, ketika selang masa di antara siri plot Naruto dan Naruto: Shippuden bermula, monumen tersebut telah ditambah dengan ukiran wajah Hokage terkini yang sedang memerintah Hokage Kelima.


Gunung Hokage


Bagi penduduk Konoha, ia merupakan suatu simbol yang harus dihormati dan lambang kemegahan. Nampak bukan persamaan kedua-dua gunung ini. Kedua-duanya mempamerkan wajah pemimpin tertinggi mereka. Cuma satu adalah realti dan satu lagi adalah ciptaan didalam anime. Terima kasih kerana sudi membaca.


Kita Sebagai Duta

Assalamualaikum...
Kenapa aku cakap macam tu?? Aku dapat ilham untuk menulis entri ini semalam semasa mendengar forum. Untuk pemulaan entri ini apa kata kita selidik dulu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan duta. Berdasarkan kamus dewan bahasa online duta bermaksud wakil kerajaan di sesebuah negara luar (asing). ~ besar wakil kerajaan yg tertinggi di negara asing. Kedutaan pejabat tempat duta dan pegawai-pegawainya bertugas. 


 
Seorang duta merupakan wakil kepada sesebuah negara. Mereka ini adalah seseorang yang membawa imej sesebuah negara. Jika dikatakan sebagai wakil kerajaan seseorang itu mestilah mengetahui banyak perkara mengenai negara. 




Apa yang aku cuba sampaikan ialah kita sebagai seorang muslim adalah duta kepada agama kita iaitu Islam. Kita sebenarnya wakil Islam kepada golongan yang lain dalam keadaan kita sedar.Mereka diluar sana seringkali menilai kita dari perwatakan dan apa yang kita lakukan. 




Kita seharusnya sentiasa menjaga imej diri kita dan imej Islam seperti mana kita menjaga pakaian kita. Contohnya jika ada air atau sesuatu tumpah pada pakaian di sebuah majlis yang dihadiri oleh semua VVIP atau VVVIP pastinya kita akan merasa tidak selesa dan ingin segera menghilangkan kesan tersebut. 




Begitu jugalah kita harus menjaga imej Islam. Jika kita sebagai seorang duta kita seharusnya memberi contoh yang baik kepada orang sekeliling kerana dalam keadaan yang kita tidak sedari kita sebenarnya membawa nama Islam bersama kita. Tanggungjawab sebagai seorang duta adalah satu tanggungjawab yang sangat besar terutama dari aspek yang telah dikupas iaitu dari aspek Islam. 




Fatwa-fatwa ke atas April Fool


Assalamualaikum. 
April Fool ialah sejarah pembantaian tentara Salib terhadap Muslim Spanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan. Berikut merupakan  fatwa yang telah diputuskan ke atas perayaan April Fool.

Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah menyebutkan:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah s.a.w bersabda: Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah s.a.w  juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi sallallahu alaihi wassalam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

 


Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentuk pun. Sambutan ini adalah dilarang kerana empat sebab:

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas yang mungkin disebabkan penipuan itu boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Rasulullah s.a.w  memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]