CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

berzikir dan Kelebihannya

assalamualaikum...alhamdulillah dapat lagi menulis entry@post kat sini.....
untuk entry kali ini nak menulis tentang zikir dan kelebihannya...



Zikir (ذکر) berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud ingat atau sebut. Di dalam Islam, zikir lebih merujuk kepada ingat kepada Allah atau menyebut nama-nama Allah. Di dalam Islam, zikir kepada Allah adalah sebahagian ibadat dan orang Islam yang melakukannya mendapat pahala.
Alim ulama bersepakat mengatakan zikir yang paling disukai oleh Allah adalah subhanAllahi wabihamdi
Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud:
"Dari Abu Dhar berkata, lalu beliau bertanya kepada Muhammad Rasullallah ,"Sukakah engkau(Muhammad) memberitahu ucapan apakah yang paling disukai oleh Allah? "(Muhammad menjawab)SubahanAllahi Wabihamdi(Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi-Nya).






Kelebihan Zikir Kepada Allah

Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:
“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.”  Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26
“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”    Surah 7: Al A’raf,  Ayat 205
“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” Surah 3: Al Imran Ayat 191
“Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku.”   Surah 20 Ta Ha Ayat 14
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.” Surah 33: Al Ahzab Ayat 21
Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.




Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka:
“Dari mana kamu datang?”




Malaikat menjawab:




“Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia.  Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”


Allah s.w.t berfirman:


“Apakah yang mereka pohonkan.?”


Para Malaikat menjawab:


“Mereka memohon Syurga dari-Mu.”


Allah berfirman:


“Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”


Para Malaikat menjawab:


“Belum, wahai Tuhan.”


Allah berfirman:


“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku?”


Malaikat berkata lagi:


“Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.”


Allah berfirman:


“Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?”


Malaikat menjawab:


“Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”


Allah berfirman:


“Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”


Malaikat menjawab:


“Belum.”


Allah berfirman:


“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku.”


Malaikat terus berkata:


“Mereka juga memohon keampunan-Mu.”


Allah berfirman:


“Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”




Malaikat berkata lagi:




“Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.”


Allah berfirman:


“Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.”




setakat itu sahaja untuk entri kali ini...diharapkan kita dapat sesuatu dari entri kali ini...segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan segala yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri ini...assalamualaikum



Apakah itu Malaikat??

assalamualaikum...alhamdulillah dapat lagi menulis entry@post kat sini...setelah lama mencari idea untuk menulis...akhirnya dapat jugak idea untuk menulis tentang malaikat...

Malaikat dalam Islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. Malaikat dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju).

Sejarah Malaikat
Malaikat telah lama wujud atau diciptakan sebelum kewujudan Adam sebagai manusia pertama. Malah, malaikat juga yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengambil tanah di bumi untuk dijadikan acuan kepada penciptaan Adam.Malaikat pertama yang diutuskan Allah s.w.t untuk mengambil tanah adalah Jibril kemudian Mikail namun kedua-duanya gagal dan pulang ke hadrat Allah s.w.t kerana tanah menangis memohon agar tidak mengambil mereka sebaliknya mengambil bahan-bahan lain untuk dijadikan manusia.Kemudian Allah s.w.t mengutus Izrail,dengan taat dan tanpa menghiraukan tangisan tanah,maka Izrail merentap mereka dan membawanya kepada Allah s.w.t.Sempena peristiwa ini Allah s.w.t telah melantik Izrail sebagai malaikat pencabut nyawa-"Malaikatul Maut".Tugas ini ditolak Izrail kerana sekiranya manusia akan mengutuk serta membencinya namun Allah s.w.t memberi jaminan kepada Izrail dengan menjadikan setiap maut pasti ada penyebabnya agar Izrail tidak dipersalahkan.

Malaikat wajib
Di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman adalah :-
Menyampaikan wahyu Allah.
Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat[1]
Mencabut nyawa.
Menyoal mayat di dalam kubur.[2]
Menyoal mayat di dalam kubur.[3]
Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
Mencatat segala amalan baik manusia.
Mencatat segala perlakuan buruk manusia.
Dari nama-nama malaikat di atas hanya tiga yang disebut dalam Al Qur'an, yaitu Jibril (QS 2 Al Baqarah : 97,98 dan QS 66 At Tahrim : 4), Mikail (QS 2 Al Baqarah : 98) dan Malik (QS Al Hujurat). Sedangkan Israfil, Munkar dan Nakir disebut dalam Hadits.
Nama Malaikat Maut, Izrail, tidak ditemukan sumbernya baik dalam Al Quran mahupun Hadits. Kemungkinan nama malaikat Izrail didapat dari sumber Israiliyat. Dalam Al Qur'an dia hanya disebut Malaikat Maut.
Walau namanya hanya disebut dua kali dalam Al Qur'an, malaikat Jibril juga disebut di banyak tempat dalam Al Qur'an dengan sebutan lain seperti Ruhul Qudus, Ruhul Amin dan lain lain.
Selain dari sepuluh malaikat ini terdapat beberapa malaikat yang tidak diketahui berapa banyak bilangannya melainkan Allah s.w.t.Salah satu daripada mereka diberi nama Zabaniyah yang merupakan malaikat Allah s.w.t yang ditugaskan untuk membawa ahli neraka ke neraka dan menyeksa mereka serta menyeksa dan menangkap Iblis ketika ketibaan sakaratulmaut Iblis,umumnya malaikat Zabaniyah diberikan tugas untuk melakukan azab-azab tertentu dengan perintah Allah s.w.t.Malaikat-malaikat juga diturunkan Allah s.w.t ketika umat Islam berperang membantu tentera Islam sehingga tentera kafir gentar melihat bilangan tentera Islam yang banyak.
Beriman Dengan Ajmal
Beriman kepada malaikat yang ajmal ialah percaya akan wujudnya malaikat yang lain selain daripada sepuluh malaikat yang wajib diketahui tersebut dan wujudnya beberapa malaikat lain yang tidak diketahui berapa bilangannya melainkan Allah.
Antara malaikat yang wajib diketahui secara ajmal ialah malaikat pemegang atau yang menanggung Arasy iaitu empat malaikat dan pada hari akhirat akan ditambah sebanyak empat lagi menjadikannya lapan malaikat penanggung arasy. Juga diketahui akan wujudnya malaikat penjaga manusia atau Hafzah.Ia juga sering digelar Qarin. Qarin turut wujud dalam bentuk syaitan. Berikut merupakan malaikat lain selain daripada 10 yang wajib diketahui ialah:
  • Malaikat Zabaniyah - malaikat penyeksa didalam neraka yang banyak bilangannya sehingga ada riwayat menyebut bilangan mereka sehingga 70,000.
  • Hamalatul Arsy - empat malaikat penanggung Arasy Allah (pada hari kiamat jumlahnya akan ditambah empat menjadi lapan)
  • Malaikat Rahmat (kitab Daqoiqul Akhbar)
  • Malaikat Kiraman Katibin - pencatat amal baik dan buruk
  • Malaikat Harut dan Marut
Dalam Islam, Iman kepada malaikat adalah salah satu Rukun Iman. Beriman kepada malaikat adalah percaya dan membenarkan dengan hati bahawa malaikat Allah SWT benar-benar wujud. Malaikat bersifat ghaib, tidak dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi dapat diketahui dan difahami secara majaz(metafora), seperti adanya wahyu yang diterima oleh para nabi dan rasul. Para nabi dan rasul menerima wahyu melalui perantara malaikat Allah SWT.


setakat itu saja untuk kali ini...
jika ada lagi kesempatan mungkin akan bersambung bab malaikat...assalamualaikum...

NAk tergolong dalam bloglist terkini


Assalamualaikum...alhamdulillah ada lagi hari untuk menulis...sya  pun nak join gak....
sya dah berblog dah masuk 5 bulan...mula berblog pada awal tahun 2010...
dalam sehari mungkin mungkin saya akan post sekurang-kurangnya 1 post...harap dapat tergolong dalam bloglist abg ben...setakat itu sja...assalamualaikum...







Sujud Sahwi dan cara melakukannya

assalamualaikum...pada entri@post kali ini aku ingin membincangkan pasal sujud sahwi.Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.
Doa sujud sahwi adalah seperti berikut:
Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."
Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu.
  1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan
    1. Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.
  2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan
    1. Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.
  3. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu
    1. Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:
      1. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
      2. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.

Hal-hal Berkenaan Dengan Sujud Sahwi
  1. Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja, dan ia belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya, maka ia wajib kembali kepada rukun yang tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia sudah berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dengan rukun pada rakaat berikutnya itu. Pada kedua-dua hal ini, wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya.
  2. Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka harus pula melakukan salam sekali lagi.
  3. Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja, maka batallah solatnya.
    1. Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab'adh tersebut, maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi.
    2. Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam.
    3. Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya, maka sunat ab'adh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.
  4. Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.
  5. Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.

setakat itu saja untuk kali ini...sehingga waktu yang akan datang...assalamualaikum

maklumat dari sini

review Iron Man 2

assalamualaikum...petang tadi pi tengok crita iron man 2...
walaupun tak tengok crita iron man 1 boleh paham gak crita yang no 2 ini...
petang tdi keluaq umah dalam pukul 1 petang...sampai destinasi dalam pukul 2 lebih...
bajet nak tengok dalam pukul 2:45 tpi FULL lak...nasib baik dapat tiket tapi cerita pukul 4 lar...
kira jadi lar...mungkin sbb crita ini adalah salah satu crita yang dtunggu-tunggu untuk tahun 2010...




masa nak beli tiket...











apa yang aku wat sebelum crita iron man 2 mula...aku lepak kat sini  sampai pukul 4...








sambil menikmati ayam tandoori ni...layan lar...memang sedap...










lepas dah abih  menikmati hidangan aku terus gerak pi JJ perda penang....untuk menikmati tayangan lak...



crita yang penuh dengan aksi...elemen CGI yang digunakan memang bagus...overall untuk crita ini aku bagi 5/5...harap yang belum tengok 2 boleh lar pi layan crita ni...setakat itu sja untuk kali ini...harap dapat tulis entri lagi...insyaAllah...assalamualaikum...

Nak PI tgk Iron MAn 2

assalamualaikum...petang ni nak pi tgk iron man 2....
walaupun tak pernah tgk iron man 1 nak gak pi tgk iron man  2...
sebenarnya tengah malas nak pi pun....
oleh sebab tak mau kecewakan hati kawan2  terpaksa aku setuju dengan kawan aku 2...haha...
janji nak jumpa pukul 12:40...jam sekarang dah 12:15 tak siap lagi pun...sempat lagi nak berblog...
setakat itu sja kot aku nak merepek untuk kali ini,...nanti kalu ada masa lagi boleh aku sambung merepek lagi...aha...setakat itu saja dan kepada sapa2 nak ikut boleh tggu kat JJ seberang jaya....terima kasih.....assalamualaikum.

Asal Usul Hari Pekerja

assalamualaikum. Hari ini merupakan hari pekerja. Jadi hari ini nak berkongsi lak pasal hari pekerja ini. Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.
Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan? Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka, idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia proletariat.
Di Amerika Syarikat, perarakan Hari Buruh yang pertama telah diadakan pada 5 September, 1882 oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York untuk memperingati pencapaian serta sumbangan tenaga pekerja di sana. Namun banyak kesatuan pekerja yang lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai hari buruh. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari berhenti bekerja antarabangsa. Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi [saiz] ini. Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai hari buruh di AS kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh. [1]
Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah bertumbuh dan menjadi segar. Perluahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad dia untuk bermogok pada 1hb Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.
Dalam kes ini, seperti tiga puluh tahun sebelum itu di Australia, para pekerja hanya memikirkan demonstrasi sekali. Kongres telah mengambil keputusan bahawa pekerja dari semua negara akan berdemonstrasi bersama bagi hari bekerja lapan jam pada 1hb Mei, 1890. Tidak ada sesiapa yang berucap mengenai pengulangan cuti itu bagi tahun-tahun akan datang. Sememangnya, tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan betapa pantas idea ini akan berjaya dan betapa lajunya dipupuk oleh kelas-kelas pekerja. Namun, ia cukup untuk meraihkan Hari Mei [Pekerja] hanya sekali supaya semua orang memahami dan berpendapat bahawa Hari Mei mesti menjadi perayaan tahunan dan berterusan.
Satu haribulan Mei menuntut pengenalan hari bekerja lapan jam. Tetapi malah selepas matlamat ini telah dicapai, Hari Mei tidak dilepaskan. Selagi perjuangan pekerja menentang borjuasi dan kelas pemerintah berterusan, selagi segala tuntutan-tuntutan belum dicapai, Hari Mei akan menjadi perluahan tahunan bagi tuntutan-tuntutan ini. Dan apabila hari-hari yang lebih baik muncul, apabila kelas pekerja sedunia telah memenangi kejayaannya, pada masa itu juga umat manusia akan meraihkan Hari Mei dalam kehormatan bagi perjuangan-perjuangan pahit dan kemelaratan masa yang lalu. Setakat itu saja untuk kali ini. Selamat hari buruh kepada semua pekerja di Malaysia. Assalamualaikum...

Cerita Artis Malaysia ----Din Beramboi

Din Beramboi.jpgassalamualaikum...alhamdulillah dapat lagi nak menaip kat sini...ini post yang ke 101...dah 101 benda yang mungkin aku telah kongsikan. entri ini ingin berceritakan tentang Meor Ahmad Fuad Meor Badri atau lebih dikenali dengan nama din beramboi. kepada yang ingin mengetahui lebih tentang beliau pada hari ini ada rancangan cerita artis Malaysia di astro ria pada jam 1 petang yang akan menceritakan biografi beliau sepanjang menjadi insan seni. setakat itu saja untuk kali ini. Assalamualaikum..

adamaya free download

assalamualaikum...alhamdulillah pada post ini nak kongsi dengan blogger link untuk download free drama adamaya akt tv3. Rasanya ramai yang tahu pasal cerita ini jadi mungkin ada yang berminat nak download. Jadi nak share link dengan yang lain. klik sini untuk ke laman web. Sebelum download kena register dulu. Register free sja jangan risau. Koleksi dari episod 1 hingga 13.



view dari laman web tersebut...sekadar ingin berkongsi...assalamualaikum...